Pecutan Akhir


Salam Ramadhan

Sampai juga kita akhirnya ke permulaan fasa ketiga bulan penuh keberkatan ini. Janji Allah pada fasa ini ialah pembebasan dari api neraka. Allah..satu anugerah yang sangat nikmat. Dinasihatkan kepada kita pada 10 malam terakhir ini, gandakan lagi amal ibadah. Maksimakan masa dengan sepenuhnya untuk fokus kepada amalan-amalan yang mampu beroleh pahala.

Kali ini, mengambil sedikit tindakan berani dan diluar kebiasaan. Awal-awal lagi, sudah mewartakan bahawa Ramadhan ini tiada sebarang 'pesta membuat kuih-muih'. Alasanku, tiada cuti. Kalau mengharap mengambil masa pulang dari sekolah ataupun pada malam hari, tidak larat rasanya. Dalam masa yang sama, berterus terang dengan semuanya, sayang 'masa keemasan untuk beribadah ini' dibazirkan dengan berhempas pulas membuat kuih raya. Bukan menafikan keperluannya, tetapi tidak berbaloi mengorbankan masa memburu lailatul qadar. Sudahnya, tahun ini 'kuih tunjuk' lah jawabnya. Raikan peniaga-peniaga kuih dimusim lebaran ini. :-)


Melakukan sesuatu perubahan sememangnya sukar. Terutama mahu memulakan langkah pertama. Lahir daripada kalangan keluarga yang 'kurang pengetahuan agama' satu cabaran besar. Kena berusaha keluar dari adat dan kebiasaan masyarakat yang tidak subur untuk jiwa dan rohani. Syukur punya kekuatan untuk bersuara. Lebih bersyukur apabila ahli keluarga mahu menerima idea dan saranan ini. Terasa benar manisnya menuai berkat sabar. Bersabar atas segala-galanya yang menguji diri sebelum ini.


Maka harus meneruskan langkah pertama ini. Terus berani mencetus perubahan. Merubah diri dan keluarga. Biar benar pada landasan syariat. Kemudian bergerak gagah bersama jamaah. Melebar dakwah pada ummah dan masyarakat. Moga mampu membina sebuah negara bangsa yang menjadikan taqwa sebagai dasar dan landasan. Mudah-mudahan terus mampu dan terpilih. Walau kekadang jatuh tersungkur juga. Terutamanya jiwa dan hati, yang mudah ralat pada emosi. Semoga jatuhnya tidak lama..segera bangkit menerus langkah. Walau kekadang ramai. kekadang seorang, kekadang bahagia, kekadang terhimpit..apa pun jua kondisi..jangan berhenti..terus dan terus cari redha Ilahi.


Comments

Anonymous said…
Tahniah akak...
Benda paling sukar bagi seorang daie sebenarnya bukan menyampaikan kepada orang awam.. tapi kepada org yang paling dekat dengan diri sendiri. cth mcm ahli keluarga atau sahabat baik.

hatta bagi keluarga yang tak biasa, kita nak ajak sama-sama tadarus pun rasa macam berat je mulut ni...

mabruk2 sebab berani mulakan langkah pertama. Moga setapak akak melangkah hari ini adalah satu permulaan untuk 1000 tapak akan datang.

Selamat memburu lailatul qadr~
bicara_sufi said…
thanks dik..

hmm..ada orang kata lailatul qadr dah lepas..awak jumpa tak? :D

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam