Posts

Showing posts from July, 2009

BERITA TERGEMPAR

PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN Dengan rasminya SMK JAMBATAN PUTIH, TAWAU akan DITUTUP daripada beroperasi bermula JUMAAT [ 31/JULAI/2009] hingga KHAMIS [6 OGOS 2009] akibat HINI @ SELESMA BABI @ INFLUENZA A [anak-anak didik semua jangan pula ambil kesempatan ni "berfoya-foya" di bandar ya..takda maknanya kuarantin kalau kalian berkeliaran juga di bandar Tawau yang indah pada "highway"nya jak tu..selamat mengulangkaji untuk ujian topikal yang terpaksa ditunda hingga sekolah kembali beroperasi..lagi satu, jangan pula rindu-rindukan cikgu sepanjang kita dikuarantin ni.. :-) ]

Maafkan aku..

Astaghfirullah..semoga Allah ampunkan dosa.. Benar-benar terkesima hari ini. Hari yang menjawab segala persoalan yang mengacau rasa dan jiwa mengganggu fikir dan hati. Mahu juga sebulan menanggung rasa tidak enak akibat tindakan seorang sahabat yang memilih jalan yang "tidak bijak" dalam menghadapi krisis jiwanya. Tindakan yang tidak pernah terfikir akan di ambil oleh dia. Kalau orang lain mungkin boleh ku terima, tetapi ini dia..sungguh..sungguh aku tidak mempercayainya.Sepanjang tempoh "hibernasinya" itu, aku juga hampir tiap detik menyiasat mencari asbab dan puncanya. Mengapa dia bertindak sedemikian rupa. Dalam keasyikan mencari sebab musababnya, bagai tertampar aku dibuat dengan hasil pencariaanku. Sungguh tidak aku sangka dan menyangka, bahawalah AKULAH punca dia mengambil tindakan "tidak bijak" itu. Saat mengetahuinya, terasa bersalah dan berdosanya diri ini. Sungguh tidak menyangka..sekali lagi tak perasan terlebih perasaan. Bermati-matian mengangg

Lepas rindu

Image
A lhamdulillah..streamyx di Tawau sudah kembali beroperasi. Empat hari pengguna streamyx di Tawau terpaksa ber"puasa" dari mengakses internet akibat kebakaran pejabat Telekom di Sandakan. Empat hari itu juga terasa kesunyiaan, kebosanan dan kesepian yang teramat. Baru mengaku betapa dekatnya internet dengan diri ini..huhu Sepanjang tempoh "ber"puasa" ini, masa banyak diisi dengan bermain-main bersama adobe photoshop. Cuba-cuba meneroka bidang grafik pula. Pasti saja bicara_sufi lebih padat terisi dengan kehadiran gamabr-gambar yang kekadang lebih cepat mesejnya sampai berbanding madah-madah kata. Tetapi mengaku sendiri, masih berada di tahap "beginner" untuk bidang ini. Banyak lagi cerita mahu dikongsi namun terpaksa menahannya dahulu. Inipun mencuri ruang waktu sementara masuk ke kelas pukul 7.50 ini. :D

Lakaran kehidupan

Image
L ain sedikit perasaan bangun pagi hari ini. Satu kesan tidur lewat semalam. Dua kesan perbincangan tengah malam semalam. Sedikit mamai lah ke sekolah. Memandu pun macam tak betul saja. Lagi pula, "mata keduaku" tertinggal. Berbalam-balam pandangan. Syukur selamat sampai ke sekolah. Hampir 2 jam lamanya bersembang dengan dia. Dia yang penting di dalam hidup. Banyak meninggalkan cerita dan kenangan dalam kanvas kehidupan. Lama tidak berbual bicara, banyaklah cerita-cerita baru dan lama dikongsi bersama. Syukur dengan perkembangan terbarunya. Benar culaan sebelum ini. Dia sedang meniti sesuatu yang manis dan bererti. Hidupnya semakin baik dan menuju kebahagiaan. Apa yang masih bersisa di kotak fikiran. Satu perkataan yang dikaitkan dengan diri. HIPOKRIT! Terkesima juga bila dilabel dengan kata ini. Walau hakikatnya dia tidak memaksudkan yang diri ini bersikap sebegini dalam semua perkara. Tidak sesekali menyalahkan dia. Sebaliknya menghukum diri sendiri. Cuma masih terfikir, su

Mengakhiratkan Dunia

Image
"Kenapa sekarang ni dah jarang dengar suara. Kalau dulu ada lah jugak gurau-gurau mesra..dengar jugaklah bising-bising" Tegur seorang rakan sekerja usai kami bersolat zuhur di bilik kesihatan merangkap surau guru perempuan. Seperti biasa, teguran-teguran sebegini hanyaku balas dengan senyuman lebar dan memulangkan kembali persoalan buat yang bertanya "Iya ka? " "Iyalah..duk bilik guru menghadap laptop je. Tak bunyi apapun" balasnya lagi Aku tersenyum saja... Aku akui, memang sikapku agak berubah s edikit tahun ni. Kurang bunyi suaraku kedengaran di bilik guru. Mungkin ramai yang membuat kesimpulan, sebab sahabat baikku dunia-akhirat merangkap teman sebelah semeja telah berkahwin. Bahkan sedang sarat mengandung nak sulungnya. Perubahan statusnya mungkin menjadi mangkin aku menjadi agak pendiam. Hipotesis ini tidak aku terima sepenuhnya. Aku sendiri mahu merubah diri. Dari dahulu lagi aku sering meminta padanNya yang Maha Meng atur agar aku kurang berkata-k

Berdiri seorang perindu

Image
masa kian menjauh jarak telah memisah jiwa masih merindu resah terus membelenggu mengcengkam sukma dan kalbu kasih takkan jua bersatu mengingati hati yang mati menanti kasih yang layu mengharap sesuatu yang tidak pasti menjadikan diri hanyut terbuang lemas di pukul ombak lautan kenangan silam menanti bila akhirnya rasa-rasa ini menyisih sirna dari kamar hati pergi dari kotak minda menanti dan menanti mengharap tanpa henti diri terdampar, berlabuh dan bermukim di pulau perubahan membina semula diri dengan kaki sendiri tanpa terus dihantui kisah dan kenangan ini aku mahu..sungguh aku mahu!!! [aku hilang khabarmu..aku kabur keadaanmu..namun..hati berbisik pasti..kau semakin baik..hidupmu terarah lurus..kau sudah tidak menoleh..kau telah berjaya meninggalkan kenangan dan kisah kita..jika ini akhir sebuah ceritera..aku terima seadanya..cuma beriku ruang dan waktu..menjadi sepertimu...]

Mohon dimengerti..

"Tahniah..Amirah..berjaya menghidupkan majlis." "Ish..taklah kak.. "Tidak-tidak..memang kamu berjaya..dulu-dulu pun ada yang macam kamu ni. Kami dah lalui semua ni..cuma nanti jangan terus senyap. Ini latihan untuk kamu sebelum jadi pimpinan" Dialog ringkasku dengan ketua DMPKT usai majlis Munaqasyah. "Tahniah..semoga makin perkasa..sama-sama kita jadi insan solehah" Satu mesej ku terima lebih kurang setengah jam berakhirnya Munaqasyah. Dialog dan mesej yang membuatku tidak selesa dan menjadikanku ligat berfikir. Allah..apa yang telah aku lakukan hari ini. Sungguh aku tidak mahu lagi di"kenali" dengan gelaran "talkative" ataupun petah berkata-kata. Hari ini, takdir menentukan aku terpaksa menjadi pengerusi / moderator munaqasyah "ad-hock". Silap faham penganjur dan pengerusi sepatutnya, menjadikan aku mangsa keadaan. Dengan nawaitu tidak mahu majlis ini rosak, aku terima jua tugas dan amanah ini. Inilah mula cerita yang m

Mimpi yang tak sudah

Image
S atu dua hari tidak menulis. Berkejar dengan waktu. Memenuhi tuntutan beberapa tugasan yang memerlukan perhatian lebih. Dalam kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab, hati tidak pernah sunyi dan sepi dari terus berbahasa jiwa. Namun semuanya tidak terzahir dengan kata-kata. Tidak dapat dilafaz dengan madah indah. Benar-benar sekadar mahu bermukim di hati.. Biarlah sekadar sekeping potret menjadi rakan kongsi hati dengan insan-insan yang sudi singgah ziarah bicara_sufi.

Mata yang berat

Image
Aduh..kenapa tetiba diserang MENGANTUK sangat ni. Sudahlah hari ini kelas banyak, guru bertugas lagi, buku bertimbun minta disemak, mesyuarat sana sini..arghhhh!!!! [jeritan batin je pun..] Bertambah mata menjadi berat..minda sudah mula sarat..badan semakin tak larat..ada sesiapa nak bantu menyelamat? [entry saja-saja..cuba-cuba mengus ir ngantuk yang menyengat!]

Sendiri itu mandiri

Image
P enulisan lewat malam. Ikut rasa badan, mahu sudah berehat-rehat. Malangnya mata pula belum mahu lena. Agaknya kesan tidur siang yang banyak tadi. Kebetulan usrah bersama adik perpis hari ini tiada. Giliran Ustazah Mardiana untuk slot Al-Quran. Sepetanglah aku berlumba siapa "tidur paling lama" dengan anak buahku. :) Banyak juga isu sem asa berlaku dalam minggu ini. Bermula dengan berita gembira bagi seorang guru Sains seperti aku iaitu pemansuhan PPSMI. Bukan menolak kewajaran penguasaan Bahasa Inggeris, tetapi hakikatnya, PPSMI bukan langkah ampuh meningkatkan penguasaan bahasa asing itu di kalangan pelajar. Kemudian beberapa isu menyedihkan umat Islam sedunia. Antaranya, pergaduhan dan rusuhan yang membunuh ummat islam di XinJiang dan pembunuhan Wanita Muslimah Berhijab di Jerman . Krisis dunia yang cukup meruntun jiwa pencinta aga ma suci lagi benar ini. Perit melihatnya diperlakukan sesuka hati. Itu isu diluar tirai bumi Malaysia. Dalam negara yang dikatakan aman in

Tidak perasan terlebih perasaan..

Image
"tadi saya baca blog..macam sedih jak" "ya ka..ntahlah..akak terlalu mengikut rasa kot" A ntara bicara petang ku dengan salah seorang adindaku yang diharap-harapkan menjadi mata rant ai perjuangan di bumi Tawau ini. Tidak dinafikan, bicara_sufi seakan menjadi diari mayaku. Semasa berhajat membina blog ini, aku sudah berkira-kira apa isi kandungannya. Hajat di hati sememangnya mahu menulis apa saja yang di rasa. Asal masih menjaga adab dan tatasusila penulisan. Tidak membuka aib sesiapapun. Itu yang harus dipatuhi. Lagipun blog ini adalah blog peribadi. Kalau mahu bicara-bicara rasmi, sila kunjungi blog DMPKT. Disitu aku cuba menulis dengan lebih ilm iah dan topik yang lebih berat. Walaupun penulisannya masih terlalu mentah dan baru mahu merangkak. Mencuba lebih baik dari sekadar duduk diam kan? Semalam juga bersembang dengan sangat panjang dan "panas" dengan seorang sahabat seperjuangan. Berkali-kali beristighfar dan menahan genangan air mata dari terus tu

Hilang arah

Image
"kurang awak bercakap kalau awk puasa" "sambil tersenyum [senyuman tidak semanis biasa]..taklah..saya ada banyak masalah ni" "masalah apa?" "tak apalah..rahsia" Dialogku dengan teman sebelah meja, disekolah awal pagi ini. Dialog yang membuatku termenung-m enung sendirian. "Banyak masalah". Ayat yang tak kurancang pun tuk dipaculkan. Sekadar ayat bela diri, puasa penyebab aku kurang bercakap. Walau hakikatnya memang benar. Itulah sebabnya orang yang banyak sangat cakap macam aku ni kena puasa. Sambil tahan lapar dan dahaga, tah an lisan dari terus ber bicara. Apatah lagi yang sia-sia. Betulkah aku ada banyak masalah? Cuma yang pasti, aku semacam memikirkan sesuatu. Bagai ada yang tidak menyenangkan diri. Dan pastinya bukan hal keluarga. Ahli keluargaku semua dalam keadaan biasa-biasa saja. Kalau ada yang berkelakuan luar biasa pun, aku sudah boleh mengangg apnya biasa. Pasti saja hal perjuangan. Bisik minda pada hati. Hati seakan

Luahan senja

Sabtu yang menyenangkan! Hari ini tidak perlu hadir ke sekolah. Punya ruang untuk memanjakan mata. Hobi lama yang terpaksa di buang jauh-jauh dek kesibukan tugas rasmi mahupun urusan perjuangan. Tidak mengapa terpaksa membuang hobi ini kerana urusan akhirat yang lebih utama. Dunia ini nimatnya kan sekadar sementara cuma. Carilah nikmat yang lebih kekal dan jauh lebih lazat. Akhiratkan semua urusan dunia. Semalam sempat bermesyuarat bersama adik-adik JPP/M [ Jabatan Pembangunan Pelajar/Mahasiswa]. Membincangkan dan mengemaskini hala tuju serta perancangan aktiviti gerakan pelajar di bumi peladang ini. Walaupun jabatan ini di bawah dewan pemuda, aku "menebalkan" muka mengambil posisi di dalam organisasinya. lagipun telah mendapat restu dan persetujuan ketua pemuda yang lama. Rasanya ketua pemuda yang baru juga tidak ada halangan dengan kehadiran bbrapa orang muslimat dalam organisasi ini. Membicarakan tentang gerakan pelajar, bumi Tawau memang bertuah. Generasi pelapis perjuang

Santai-santai

S eawal maghrib, aku menerima satu sms daripada seorang sahabat yang sedang berkursus di Sandakan sambil melupakan seketika bumi Tawau [katanya padaku]. white = silent blue = honest red = helpful pink = naughty violet = luvly brown = cool orange = smart grey = talkative yellow = gorgeous black = cute Which colour/s suite me? Memerah otak beberapa minit, aku membalas " yellow" kerana itu "trademark"nya semasa di matirkulasi dulu. Tapi sesuai juga warna itu dengan karektornya. Walau kekadang "orange" lebih kerap ditonjolkannya. Usai memberi respon sms sahabat itu, aku menghantar kembali sms ini kepada beberapa orang responden. 2 lelaki dan 8 perempuan. Daripada 10, hanya 6 yang memberi respon. 4 orang tidak menjawab pertanyaanku ini. Mungkin tidak memahami soalan. Atau lewat malam baru mendapat jawapan. Sebab mahu dikata tiada kredit, mereka mengguunakan postpaid bukannya prepaid. Dapatan yang aku perolehi, undi terbanyak melabel aku sebagai talktive dan hon