Posts

Showing posts from January, 2010

Cerita biasa..

Image
P erjalanan ke Quranic Teen Circle anjuran Nisa' Kawasan Tawau dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Pelajar ku iringi dengan aktiviti memerah minda. Perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit itu menjadi ruang minda berputar ligat memproses data-data yang ada di minda. Banyaknya berkisar kehidupan diri sendiri. Tengah hari itu menjadi medan muhasabah pula. Bertambah 'feel' bila perjalanan diiringi muzik dan lagu dari filem 'hangat' di kalangan aktivis dakwah di Tawau ini, filem Ketika Cinta Bertasbih. Terbayang watak-watak yang ada dalam filem tersebut. Berbezanya aku dengan Abdullah Khaerul Azzam. Anak yatim yang susah kehidupannya. Namun tidak pernah bersungut dengan kesusahannya. Bahkan sentiasa optimis dengan kehidupan. Aku juga anak yatim. Namun acapkali merasa terbeban dengan beban yang sentiasa hadir menguji keimanan. Adakalanya, berkira dengan adik-adik. Walhal, siapalah lagi yang diharapkan menjaga dan memenuhi kepeluan mereka. Jauhnya ak u dari karekt

Ketika Cinta Bertasbih

Image
M enahan mata dari terlena. Tidak mahu membiasakan mata dibuai siang hari begini. Takut malamnya susah pula mahu lena. Ruang yang ada dimanfaatkan untuk menulis satu entry yang lama sudah difikirkan mahu digazetkan di bicara sufi. Agaknya ini ulasan filem yang pertama dalam senarai entry. Sememangnya masa diperuntukan dua tiga hari ini untuk membuat sedikit kajian berkenaan sebuah filem iaitu Ketika Cinta Bertasbih hasil karya novelis terkemuka Indonesia Habiburrahman El-Shirazy [Kang Abik] arahan Chaerul Umam. Tidak berniat mahu mengulas watak demi watak atau jalan cerita filem ini kerana umum sudah mengetahuinya. Sekadar mahu memberi pujian pada filem berwajah islamik ini. Barisan pelakon terutama 5 tunjang utamanya benar-benar menghayati wataknya hingga terasa lakonan itu hidup dan meninggalkan kesan. Ternyata pelakon yang baru temui bakat mereka melalui satu ujibakat, mempunyai bakat lakonan yang sangat hebat. Terzahir keikhlasan mereka melakonkan watak yang diamanahkan. Kholidi As

@w@keN

langkah tetap dititi walau tidak punya destinasi hanya menurut kata hati membiar qalbu diasak sepi langkah masih terus walau semakin berkabus hingga bagai lemas dipukul arus mengapa laluan semakin sukar kenapa jalan semakin sempit hingga bagai dihimpit dan diri terus tersepit lemahnya diri..lemahnya diri.. kaki sudah tidak tegak berdiri akhirnya jatuh terduduk di bumi dihadapan kabus masih tebal tidak terpamer walau sejalur sinar haruskah langkah tidak pasti ini diteruskan mencari kekuatan di segenap ruang terasa ada bisikan di sanubari pulanglah..kembali pada yang pasti jalan ini bukan milikmu selagi punya ruang dan masa pulanglah............................... [kesilapan yng disedari dan diperbetulkan = pengajaran dan pengalaman yang DIMAKNAKAN]

Terus bertahan....

"Cikgu.." sapa satu suara mengejtkan aku. "Ehh..dari mana? buat apa sekarang?" tanyaku bak polis menyoal siasat. "Dari sana, saya kerja di sini sekarang." Jawabnya sambil menunjukkan sampul surat alamat tempat kerjanya. "Kerja apa? office boy?" tanyaku lanjut. "Ndaklah...kerani" jawabnya malu-malu. "Bah oklah tu..kerja bagus-bagus ya..nanti jangan lupa belanja cikgu makan." pesanku diselangi gurauan. Dia hanya ketawa sambil berusaha 'menyorokan' sebatang rokok yang sedang membara dibalik sampul surat pejabat tempatnya bekerja. "Rokok tu bah...mau juga di tapok-tapok (disorok)" perliku dengan sedikit jelingan. "Ndaklah.." jawabnya mengelak dengan senyuman. "Oklah..cikgu mau jalan sudah..bagus-bagus ya kerja" pesanku sekali lagi sambil izin berlalu dulu. "Ok cikgu.." jawabnya sekali lagi dengan senyuman manis. Kereta yang "parking" bukan ditempat 'parking' tidak m

Pelajaran yang bererti

T awau bermandikan hujan dua tiga hari ini. Ramalan cuaca petang tadi yang ku dengar menerusi berita radio memaklumkan keadaan akan berterusan beberapa hari lagi. Syukurlah, aku sudah lama merindui titisan jernih membasahi bumi peladang ini. Biar bertambah subur jagung dan kekacang yang mak tanam di belakang rumah kakak. Suka benar aku melihat riak wajah mak tatkala mengutip hasil tanamannya di atas sebidang tanah yang sekangkang kera cuma. Bertcucuk tanam di kawasan perumahan batu. Jarang berlaku. Tetapi tidak untuk mak. Bersemangat benar dia memanfaatkan apa yang ada. Pengajaran secara tidak langsung yang ku pelajari di lewat usia dewasa ini. Pengalaman memang sesuatu yang bermakna andai mahu dimengerti dan difahami. Tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit. Cuma bermodalkan pengertian dan akan lebih bermakna andai dimanfaati. Tidak sangka, sudah lebih daripada separuh Januari dilewati. Juga tidak aku sangka, baru hari ini ada entry baru mengisi kesepian bicara sufi. Bukan ti