Tidak Mahu REHAT!!!

Malam sudah lewat..patutnya sudah menunaikan hak mata. Tapi, memandangkan seharian tidak online dek menunaikan tanggungjawab sebagai adik pada kakak yang banyak berbudi. Seharian di Taman Daya Maju, membantu kakak sulung membuang habuk tebal rumahnya kesan "renovation" yang belum 100% selesai. Habuannya, makan malam bersama ikan-ikan [tak tahu nama] yang besar-besar dan pelbagai rasa di Restoran Sri Titingan. Memang kenyang dan mengenyangkan. Bersama dengan sup ketam jagung, udang dan sotong goreng tepung serta segelas kicai "peng". Tapi yang pastinya tanpa NASI PUTIH. [sudah 25 hari 'puasa' nasi = baru turun 1kilo..adakah kena puasa nasi 365 hari, baru mencapai berat yang "ideal"?]

Sempat juga mencuri masa, keluar menjenguk Quranic Teen Circle kali ke2 untuk tahun ini. Di kawasan solat muslimat, Masjid Kauthar. Angin yang bertiup lembut namun adakalanya agak "ganas" memang menyegarkan. Tahniah buat Ustazah Mardiana dan adik-adik pengelola atas kegigihan kalian menjayakan program. Melihat kalian, terimbau kenangan sibuk dan bersemangat seperti kalian.

Tatkala itu juga, aku dan sahabat-sahabat, baru pulang dari menara gading. Mengisi senggang masa meniti alam kerjaya. Belum mampu berkereta dan makan di restoran mewah. Masih turun naik bas dan berjalan kaki. Melepas lelah dan mengerat ukhuwwah di "warung ABC".

Kesusahan dan kekangan yang ada, tidak sama sekali menjadi penghalang untuk aku dan mereka terus memberikan komitmen yang terbaik untuk perjuangan. Tika itu juga, keadaan seperti hari ini, punya ibu, adik-adik atau ringkasnya keluarga yang perlu ditunaikan haknya. Dan, tika itu, kita sangat berjaya menunaikan segala amanh yang ada. Kita mampu menjadi anak yang solehah, mampu menjadi sahabat setia bahkan mampu memberi harapan kepada perjuangan, bahawa kita adalah generasi pelapis yang akan meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam di bumi peladang ini. Ke mana kita melangkah, mata pasti memandang. Kita berbeza dengan orang lain. Jalan kita berkeyakinan dengan imej muslimah yang kita bawa. Kita merasa kuat kerana ukhuwwah kita mantap. Kita saling bahu membahu dan surah As-Saff menjadi acuan karektor kita. Siapa lupa, diingatkan. Siapa lemah, dikuatkan. Siapa silap, dibetulkan. Walau kita ramai, hati kita satu. Fikrah kita padu. Hingga berpisah kita pasti mengundang rindu. Jarang kita mengeluh jika terpaksa kerap turun untuk usrah, mesyuarat ataupun apa-apa program. Kerana kita seronok dengannya. Disitulah medan dan ruang kita berkasih sayang dan melepas rindu. Walhal, jarak dan masa tidak jauh memisahkan kita.

Arghhh..itu cerita dulu-dulu. Realitinya, keadaan sudah tidak sama. Sudah berubah dan berbeza. Adakah kerana jarak kita memang benar-benar jauh? Tapi ada juga yang masih dekat. Adakah kerana ada yang sudah berteman? Tapi ada juga yang masih berseorangan. Adakah kerana kita sudah berkerjaya? Tapi kita juga belum sangat mewah. Adakah kerana..kerana..kerana..pelbagai alasan yang aku juga tidak tahu apakah dia. Aku hanya bisa merasakan..kita semakin jauh. Dan terlebih perit aku rasakan aku semakin jauh...jauh dari terus cemerlang di pentas perjuangan ini.

"Adakah tempoh rehat dalam perjuangan?" satu soalan yang pernah dibincangkan dalam usrah.

"Rehat macam mana?" aku bertanya lanjut dengan kening berkerut.

"hmm..rehat..bagi tempoh penyesuaian kepada individu yang menempuh alam baru" penjelasan lanjut daripada sahabat yang membuka topik perbincangan.

"Maksudnya..kalau yang baru kahwin..bagi "rehat" untuk menyesuaikan dengan alam rumahtangga..kalau yang baru kerja..bagi "rehat" untuk menyesuaikan diri dengan alam kerjaya...seorang sahabat lain pula menambah isi perbincangan.

Aku lihat sahabat yang bertanya tadi, mengangguk-angguk. Tanda soalanya difahami dengan baik. Topik ini masih segar diingatan walau telah berlalu 2 tahun lalu. Persoalan hari itu, tidak punya satu konklusi konkrit. Lebih bersifat subjektif dan dipulangkan kepada individu untuk membuat pertimbangan. Cuma garis panduan yang diberikan dan persoalan yang perlu difikirkan...

kalau benar ada tempoh rehat, berapa lama tempoh itu?

kalau benar ada tempoh rehat itu, yakinkah kita usia kita akan panjang hingga membolehkan kita "berehat"?


Realitinya..sudah ada sahabat yang sedang 'berehat" tika ini. Sedang ada juga sahabat yang tak pernah rehat. Bahakan terus gigih dan terus maju.

Aku??? aku tidak mahu rehat. Walau adakalanya aku penat. Aku takut masa rehat itulah aku dipanggil pulang. Apa mahu ku jawab dengan tuhan sekalian alam. Aku berehat sedang kerja dakwah belum sukses. Aku berehat sedang orang sedang berpenat. aku berehat, orang sedang maju dan mara memburu cita dan cintaNya.

Tolong aku.....pimpin dan papah aku tika ini. Jangan biarkan aku rehat walau hakikatnya aku sudah tidak cukup kuat. Biarlah aku berjalang tempang, asal aku terus mara. Aku tidak mahu rehat. Tidak mahu!

[monolog malam....maaf andai tidak difahami]

["tiga duri hati" bahagian kedua belum berjaya dipublishkan. Masih mencari masa untuk berkarya..insyaAllah..mudah-mudahan cuti 1-2 hari ini ada kelapangan]

Comments

YANIS BINTI ABBAS said…
Salam Perjuangan..
Terasa Diri termotivasi lagi, setelah membaca entri akak kali ni..
Adk letih kak, =( adk akn bangun utk terus kuat meneruskan usaha dakwah dbumi Sarawak ini.. yg sememangnya Bukan Islam agama Rasmi disini =( Politeknik Mukah yg Allah pilih utk adk meruskan perjuangan terlalu jauh daripd usaha agama.. Ditambah lagi berada di pedalaman jauh dari kota. Mujurlah masih ada insan bergelar pendidik disini dengan semangat yg ada kami baru membentuk sebuah orgnisasi islam! Insya-ALLaH bepandukan pengalaman yg ada bersama PERPPIS dahulu akn adk praktikkan disini.. walaupun dah terlalu lama xbergerak. Doakan kami disini ya kak =)
setanggi syurga said…
Ala syg.. On jak.. Oya, kak ita perlu tenaga ajk untuk smbutan Hari Ibu d Cwgn Taman Ria nya 0n 2nd april..u offer diri la jd ajk.. ajk tayangan n persiapan tempat.. which one u prefer.. of course tygn kan?.. hihih.. kurangkan monolog tingkatkan prestasi.. Can??.. Hihi.. Nombor kak ita ada kan?.. Hihi..

Good Luck.. i xde on 2nd April tu..so xle lead either one ajk yg k.ita perlukan tu.. ko contact k.ita..nnti i bg nama u ngan k.ita skali.. k syg?.. hihi

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam