Demam AF lagi!

Kerja banyak namun rasa tidak tahu mahu buat kerja apa. Perkara biasa yang akan dihadapi tatkala kerja berlambak perlu diselesaikan. Sudahnya, mencari titik fokus agar kerja mampu diselesaikan satu persatu dengan baik, ku cari seketika "butang hijau" ku. Istilah yang ku pelajari daripada pakar motivasi tanah air, Dr Fadhilah Kamsah. Dan butang hijau ku malam ini adalah blogging..Apa "butang hijau" ni sebenarnya? Butang hijau ni adalah kita melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan motivasi diri kita. [ni tafsiran gaya bahasaku..kalau nak yang lebih tepat, tanya lah Dr Fadhilah Kamsah..hehe]



Sebentar tadi, sempat menjenguk Diari AF, rancangan realiti no 1 Malaysia. Geleng kepala juga dengar makluman, hampir 10 000 rakyat Malaysia yang hadir untuk uji bakat. Betapa besarnya kesan hiburan kepada masyarakat. Namun, membazir masa sebentar tadi melihat telatah dan karenah pelajar-pelajar AF, menjawab persoalan dan kehairananku.

Akademi Fantasia walau sudah sampai musim ke 8, namun masih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia, antara faktor kejayaannya adalah kesungguhan dan kekreatifan "team produksi" menjayakan rancangan tersebut. Lihat sahaja, rupa bentuk akademi yang menjadi "penjara" pelajar-pelajar tersebut, mewah dan mempesonakan. Bukan itu sahaja, dengan menyertai akademi, mereka dapat berpeluang berjumpa secara eksklusif dengan artis-artis pujaan mereka. Untung nasib, dapat berduet bersama lagi di hadapan ribuan penonton. Dalam pada itu, adegan-adegan drama yang menjadi taktik daripada AF1 hinggan AF8 masih menjadi senjata utama. Hingga cukup menjerat terutamanya golongan veteran untuk menjadi penonton setia.

Renungan sepintas lalu ini, menjawab persoalan dan kehairananku atas sambutan hangat Akademi Fantasia. Walau ramai yang sedar, impian mereka menjadi realiti sangat tipis. Buktinya, lihat sahaja mana perginya graduan-graduan AF sebelum ini. Adakah sudah berjaya menuju puncak? Atau masih terus bermimpi berada di pentas undian orang ramai.

Berada di pihak oposisi pada rancangan sebegini, menyedarkan bahawapara da'ie perlu bekerja lebih keras lagi. Harus berfikir dengan lebih bersungguh dan kreatif bagaimana mahu melariskan program-program yang dirangka dan direncana. Perlu menjadi pesaing hebat kepada AF, Mentor, One In A Million, LG Star dan yang seumpama dengannya.

Cuma yang penting, jangan sampai matlamat menghalalkan cara. Ini yang perlu dikawal. Adakalanya terlalu ghairah memburu impian hingga melekakan kita pada adab dan pantang larang. Paling penting, bijak membaca situasi dan persekitaran. Contohnya, kita memilih "membuang tudung labuh" ataupun "kopiah" semata-mata mahu mudah didekati oleh mad'u. Risau dengan kopiah dan tudung labuh itu, mewujudkan jurang serta mematikan peluang kita berdakwah. Terutamanya kepada golongan muda. Rasanya, "teori-teori" sebegini perlu dikaji terlebih dahulu. Yakinkah kita dengan imej "islamik" ini yang menjauhkan mad'u daripada kita? Atau sebenarnya sikap dan kemahiran komunikasi kita yang masih lemah. Mungkin contoh ini terlalu umum, namun adakalanya terzahir kerisauan melihat 'trend' baru dakwah hari ini.

Apapun jua, isu ini bersifat subjektif dan masing-masing punya pandangan yang tersendiri. Apa yang dilontarkan disini sekadar pandangan peribadi dengan keyakinan bahawa kekal dengan imej "islamik" masih membuka ruang kepada dakwah tanpa diskriminasi daripada mad'u. Paling penting teknik, kaedah dan pendekatan. Imej yang kita bawa adalah mukaddimah kepada apa yang kita mahu sampaikan. Melihat imej kita, mad'u sudah tahu produk kita adalah ISLAM. Islam yang hebat..bahkan sangat hebat dan sentiasa hebat! Jadi tidak perlu terlalu membuang masa bermukaddimah, terus boleh lompat ke langkah seterusnya.


Wallahua'lam..

Comments

Kamarudin Toyo said…
Salam. Wow.. meletups... bagus kak. rasanya imej islamik xmjauhkn mad'u dr kita, bahkan mndkatkan, wlaupon xdkt zahirny tp batinnya bcta2 utk mlakukn sdmikian rpa.( Lisanul Hal ). Seseorg tu dlht dr zahirnya kan?. pasl AF8 ni, sbnrnya ada sorg bekas pnyanyi nasyid saujana, dia jd mad'u AF LA PLAK. Sayangnya...klau ikut rncgn IMAM MUDA kn bagus..phala pon dpt.Berdoala kt agr penasyid2 tnh air dkukuhkn htinya.
bicara_sufi said…
mudah-mudahan begitulah hendaknya...apapun jua kita harus sentiasa mengingatkan diri dan menjaga hati..adakalanya berstatus da'ie yang bertanggungjawab menjaga mad'u mengalpakan diri kita juga lebih utama di jaga...semoga pemeliharaan Allah terus bersama kita.
hanaizor83 said…
..kita memilih "membuang tudung labuh" ataupun "kopiah" semata-mata mahu mudah didekati oleh mad'u. Risau dengan kopiah dan tudung labuh itu, mewujudkan jurang serta mematikan peluang kita berdakwah.."

er..dulu gagak skg merak..fikir2kan (khusus utk diri sendiri)...
bicara_sufi said…
hahaha...cantik kiasamun ogy..i like..tu lah, kita ni kan..sebab tu dlm buki bahtera penyelamat ada dinyatakan "para da'ie terlalu menumpukan kepada membaiki mad'u hingga lupa menumpukan pada diri sendiri"..semoga kita menjadi merak dalam ketaqwaan [at least merak ngn gagak masih sama spesies kan..hehe]
Kamarudin Toyo said…
hehe.. kak ogy rupanya tue..btul ktanya, klu mslimat n mslimin mmbcanya pasti smgt n istqmah dgn dakwahnya. pesanan2 yg smacam inilah wajar dikongsi. peringtn tuk dri sndiri tu yg utama. syukran kak..

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam