Banjir Besar Kg. Pasir Putih

Salam Palestine

Minggu yang mencabar. Khamis yang siangnya biasa-biasa sahaja, tidak disangka berubah tragedi malamnya. Aku yang sedang khusyuk di depan laptop, dikejutkan dengan jeritan adikku dari ruang tamu.

"Kak Mirah..cepat-cepat kasi keluar keretamu" Jeritnya tercungap-cungap

Aku tidak terkejut sangat. Bukan baru kali ini, air naik tinggi hingga mencecah parkir kereta. Sudah acapkali berlaku. Aku yang malas mahu keluar dan bersiap, sekadar memberikannya kunci kereta. Mengarahkannya meminta tolong abang sulungku.

Aku yang masih tidak beranjak dari depan laptop, rasa tidak senang apabila suasana agak kecoh di luar. Aku bergegas ke koridor melihat sendiri apa yang terjadi.

MasyaAllah..derasnya air banjir ni. Aku sangat terkejut. Suasana memang sudah mula kelam kabut. Apatah lagi jiran-jiranku yang rumahnya rendah. Berhempas pulas cuba menyelamatkan barang-barang yang mampu diangkat. Emak ku dari arah dapur menjerit-jerit meminta kami membantunya mengalihkan barang-barang yang sudah mula hanyut.

Aku hanya mampu beristighfar dan tergamam melihat derasnya air yang sangat pantas memanjat rumah. Segera aku meminta adik-adik ku solat hajat meminta pertolongan Sang Kuasa, moga ujianNya ini mampu kami hadapi dan semuanya selamat.

Kami semua hanya mampu mundar-mandir. Sekejap ke belakang rumah, melihat emak yang resah ditangga dapur. Risau melihat air yang semakin deras. Kejutannya belum hilang, apabila tangki air yang besar dan berisi air itu boleh hanyut dibawah air. Kemudian ke depan rumah lagi, duduk ditangga, berdoa janganlah air sampai mencecah lantai.

Bermula pukul 7.30 malam hingga 11.00 malam, barulah air mula mahu surut. Itupun masih deras lagi. Aku juga mendapat khabar dari abang iparku, keretaku tidak dapat diselamatkan. AllahuAkbar..sedikit terkesan juga mendengar khabar itu.. Tidurku malam itu, ternyata tidak lena. Apatah lagi orang-orang kampung masih berjaga-jaga.

Keesokan paginya, kesayuan meneman pagi kami semua. Melihat kampung bagai tsunami kecil. Kereta yang senasib dengan keretaku, terdampar bersalut lumpur. Syukur kami sekeluarga panjatkan, kami masih punya rumah yang utuh berdiri. Sadang ada rumah yang ranap. Sesungguhnya kisah semalam ini, sekali lagi, menguji keimanan kami semua. Aku yang "patah kaki" beberapa hari, seharusnya, meluang masa berbicara pada Sang Penguasa, menyelam hikmah semua ketentuan ini.

Buat semua sahabat yang mengirim doa agar kami selamat dan tidak putus mengirim ucapan takziah serta keprihatinan atas musibah ini, terima kasih aku ucapkan.

Sedikit gambar yang sempat kami ambil, dalam keresahan melihat banjir yang bukan seperti biasa...






Comments

Unknown said…
Semoga semua keluarga dikawasan yg terlibat tetap kuat menghadapi semua..
ameen!

ASSALAMAUALAIKUM kak mira,

innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

kak mira n keluarga kuatkan ksabaran ya... tiadalah sesuatu perkara itu brlaku melainkan takdirnya yg mnentukan...

moga2 sentiasa tabah n redha kpd khendaknya, insyaAllah dia akan ganti kdp Yg lebih baik dri apa yg ada jk kta redha n sabar dgn mehnahnya, insyaAllah... smoga Allah merahmati penduduk kampung pasir putih n dbrikan ksbaran yg tggi kpd penduduk smuanya... ameen ya Salam...

ya Allah ampunkanlah dosa n kesalahan kami, dan rahmati belas kasihanlah kpd kami, kalau engkau tidak mngampunkan n blas kasihan pda kami, maka tentu kami trmasuk dlm klgn hambamu yg rugi, oleh yg dmikian, ampunkan n maafkanlah kami serta sayanglah kpd kami.. ameen, oerkenankanlah ya Allah wahai Tuhan yg maha pengasih lagi maha belas kasihan n penyayang.. (",)

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam