Posts

Showing posts from October, 2010

Berani Untuk Bermimpi

Image
Salam Palestine Mood "perjuangan" berada pada tahap memberangsangkan. Maklum sahaja, 3 minggu berturut di ziarahi pimpinan dari tanah semenanjung. Mendengar butiran kata penguat semangat untuk terus berjuang demi menyuburkan bumi bawah bayu ini dengan sinaran iman yang bermula dari penghayatan Islam yang syumul. Menyedarkan masyarakat Sabah yang menjadi negeri termiskin di bumi Malaysia agar sedar dan keluar dari kepompong kemiskinan ini. Keluar dari miskin harta dan terlebih utama miskin iman. Bumi bawah bayu ini terkenal dengan kesuburannya. Terkenal dengan alam hijaunya. Harusnya kedamaian dan nikmat anugerah alam ini membantu warganya untuk tidak terus dibalut apa jua kemiskinan. Mahu bebas darinya, harus dengan anjakan paradigma. Buang jauh-jauh mentaliti lama. Generasi lama perlu sedar zaman "di gula-gulakan" dengan kain batik, tangki air, RM50 sudah berakhir. Itu semua tidak harus dibiarkan menjadi senjata mereka si penabur janji manis untuk melindungi segala

Kau gerakkan jiwa ini

Bicara kita malam itu.. dia : Awak anak emak ...Emak awak lagi perlukan awak saya : dialog ni dah pernah di lafazkan pd saya suatu masa dulu..sebab tu saya kata..saya perlu berhenti bermimpi..tetapi belajar menerima realiti :( dia : Yes..Awak kena hormati emak awak..Emak awak amat memerlukan awak..Kesian dia saya : hmm..sedang membina kekuatan itu..menelan fakta inilah dakwah saya yang utama dia : itulah tadhiyah..pengorbanan saya : hmm..ntahlah susah saya nak ungkap dengan kata-kata apa yang saya dah lalui..macam mana saya luahkan pun..saya akan mati pada satu kesimpulan iaitu dakwah kepada mereka lebih aula dia : Awak kena ingat..Diri kita bukan hak kita..Kita hanya memegang ruh masuliyah saja. saya : saya letih seorang berhadapan semua ini..bukan baru..saya rentasinya sekian lama.. kejahilan mereka motivasi juang saya dia : Biarpun keinginan seorang manusia itu ingin juga merasa nikmat kebersamaan namun di situla

Tentang Cinta

Image
kelmarin kau tanya aku tentang cinta aku kata cinta itu duka lara semalam kau bertanya lagi tentang cinta aku kata cinta itu seksa jiwa hari ini kau tidak lagi bertanya tetapi penuh yakin berkata mahukah kau bercinta cinta yang penuh bahagia bukan cinta buta manusia tetapi cinta pada pencipta kau buat aku tersenyum ceria pasti indah kalau kita berdua menyulam cinta itu bersama ayuh..kita terbang ke syurga cinta ~white bridge~ 9.20 am

Kumpul kekuatan

Image
Salam Palestine Malam sudah lewat, dingin malam terasa benar malam ini. Seharian cuaca mendung dan sesekali rintik hujan renyai membasahi bumi. Syukur juga cuaca begini, dalam keadaan kami terpaksa berprogram di markaz tarbiyyah yang menjadi saksi perkumpulan kami. Tidaklah berpanas dan boleh duduk dalam keadaan yang selesa. Seperti kelazimnya, program sebegini akan menjadi ruang menyuntik motivasi aktivis dakwah, bersama bermuhasabah berkongsi idea agar gerak kerja dakwah menjadi lebih tersusun dan berkesan. Mendegar amanat-amanat pimpinan buat bekal di jalan dakwah yang tidak mudah ini. Mendengar semuanya, terasa diri tidak benar-benar serius lagi di jalan dakwah ini. Kerja dakwah masih menjadi aktiviti sampingan. Masih banyak waktu rehat yang diluangkan. Tidur yang lena, makan yang berselera masih menjadi keutamaan. Tetapi kerap juga merungut sibuk dengan pelbagai urusan tatkala ada amanah dakwah yang perlu disempurnakan. Arghh..aku benar-benar marah pada diri kali ini. Sepanjang k

Jangan pernah berhenti

Salam Palestine Baru beberapa hari lepas, di ruang ini, aku melontarkan rasa resah jiwa dek kekeringan dari siraman dakwah dan tarbiyyah. Alhamdulillah..minggu ini, Allah hilangkan resah jiwa itu. Usrah berjaya dihadiri dengan sebaiknya. Kemudiaan pula mendapat jemputan diskusi bersama adik-adik HEPI PERPPIS. Bermuzakarah dan melontar pandangan buat mereka agar persatuan lebih maju dan proaktif. Mendengar luahan mereka pada masalah yang terpaksa mereka pikul dan tanggung, sedikit tamparan buat diri yang sering sahaja berada di zon selesa dalam jalan dakwah ini. Melihat wajah bersemangat namun ada riak keletihan di wajah mereka, terkenang zaman aku di posisi seperti mereka. Penuh dengan halangan dan sekatan. Halangan keluarga yang tidak memahami syariat, sekatan kewangan, beban akademik dan pelbagai lagi. Namun, dalam usia yang begitu muda, semua itu mampu dihadam sebagai mehnah dan tribulasi dalam laluan perjuangan yang harus ditempuh dengan sabar dan tenang. Namun, berfikir sedalamnya