Jangan berpaling lagi
Salam Palestine Berbaki dalam 8 hari untuk kembali bertugas. Meneruskan langkah di tahun ke 5 bergelar pendidik. Seakan baru semalam melapor diri. Dengan tudung labuh dan mini jubah coklat, aku yang tanpa persediaan mental terus diminta melapor diri kerana agak lewat surat tiba ditangan ku. Dengan imej "ustazah" itu, pasti sahaja ramai yang kelihatan segan dan teragak-agak menegurku. Ditambah lagi dengan sikapku yang kurang ramah dan hanya pandai tersenyum apabila disapa. Seperti yang dijangka, ramai yang memanggilku dengan gelaran Ustazah. Sering aku membetulkan fakta, "saya Ustazah Sains". Empat tahun bukan tempoh yang singkat sebenarnya. Namun, untuk aku merasakan kepuasan dalam melangsaikan amanahku selaku pendidik berjiwa murabbi, aku masih sangat tidak layak untuk tersenyum. Jujur, tempoh ini aku lebih banyak belajar memahami persekitaran dan beban amanahku sahaja. Tidak dinafikan, cabaran mendepani remaja hari ini bukan boleh dipandang mudah. Menggunakan peng