Khilaf yang tak terpadam...



Telah lelah aku mencuba
Habis upaya aku berusaha
Menghangatkan kedinginan
Menjernihkan kekeruhan
Merungkaikan kekalutan

Kita masih begini
semakin jauh dan menyendiri
meninggal pergi semua memori
bagai semalam tiada erti
bagai kelmarin hanya mimpi

Tidak mampu ku selindungi lagi
pedih dan terlukanya hati
saat kau berterusan memilih
meminta aku mendepani
segalanya memang berakhir begini

Andai ini ketentuannya
Pada khilafku yang tak terpadam
Apa upaya aku menahan
Dari menjalani sebuah hukuman

Aku masih berbisik
pada sekeping hati yang patah
semua ini isyarat dariNya
kasih manusia mudah sirna
Sudahlah lemas di laut rasa
Sedang ada yang setia
Tidak pernah lelah
Bahkan maha pemurah
Raja yang empunya
Cinta dan segala cinta
Allah..Allah Yang Esa.

Comments

Anonymous said…
Cinta itu mengajar kita memiliki sesuatu

lantas mengajar kita memberi sesuatu

dan terkadang tertolak.

Tertolak bukan kerana cinta kita tidak bernilai

tapi kerana ‘kesempatan memberi’ yang terlewat!

Kelewatan itulah takdir.

Mengajar kita redha dan itulah pekerjaan jiwa.

Ada juga yang kecewa

menderita kerana jiwa mereka lemah.

Mereka menderita bukan kerana mereka “mencintai”

tapi “mengantungkan kebahagiaan” pada yang dicintai

Makhluk!

Itulah kesalahan besar dalam mengenal erti CINTA!

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam