saat dia bukan milik kita

"Awak pernah putus cinta?" soalnya bersungguh.

"Lebih dari 3 kali" ringkas jawapanku. Tanpa melihat pun wajah mulusnya.

"Tak sangka..nampak macam tak pernah bercinta" bersama sengihan dia menyapu belakangku manja.

Bicara tentang cinta memang indah. Membuai sukma membelai rasa. Pantas saja, cinta beri impak besar pada manusia. Walau saja cinta adakalanya menghadiahkan sebuah keperitan buat jiwa, tapi masih saja manusia menjadi pemburu cinta.

Aku saja, acapkali di tanya soal cinta. Samada dalam kalangan anak didik atau teman seperjuangan. Secara peribadinya, aku memang berminat memberi pandangan dan berkongsi pengalaman. Respon yang bersemangat dan bersungguh mungkin menjadi mangkin aku kerap diterjah persoalan cinta.

Allah Sang Pengatur Buana, penuh hikmah dan kebijaksanaan, dengan rahmat dan kasih sayangNya, mengatur setiap inci kehidupan insan sesuai dengan keadaannya. Aku kerap tersenyum. Saat memuhasabah diri berkaitan persoalan cinta dan jodoh. Pengalaman demi pengalaman dianugerahkanNya. Buat bekal untuk terus memberi. Berkongsi dengan mereka yang mahu mengerti akan hikmah sebuah ujian. Ujian jodoh dan percintaan.

Ada juga teman kehairanan. Pelik melihat "putus cinta" tanpa riak wajah suram muram. Apa yang mahu disesalkan. Saat dia bukan menjadi milik kita, pastinya dia bukan yang terbik untuk kita. Pegang sahaja janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Adakah janji yang lebih baik daripada janji Allah?

Ada juga yang bertanya..bukankah dia seorang Ustaz? Adakah seorang Ustaz itu bukan lelaki yang baik?

Ya..zahirnya seorang ustaz itu memang baik..tetapi bukan yang terbaik untuk kita. Mungkin seorang cikgu misalnya, lebih terbaik untuk kita!

Tetapi ada juga, seorang perempuan yang baik, jodohnya bukan seorang yang baik.

Ya..memang ada. Langit sejarah juga merakamkan kisah itu. Kisah Asiyah dan Firaun yang zalim. Tetapi, ada sesiapa yang mampu membuktikan, aturan itu bukan yang terbaik? Boleh jadi saja, dengan berkahwin dengan seorang lelaki yang kurang baik itu, menjadikan perempuan itu lebih baik di sisi Allah. Sekali lagi..pasangannya itu adalah yang terbaik untuknya.

Ringkas kisahnya..tugas kita hanyalah berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah. Hanya itu cagaran untuk turut mendapat yang terbaik di sisiNya. Berdoa bersungguh, mendapat cinta dan percintaan yang terbaik! Syarat utama percintaan yang terbaik pastinya tanpa gerak laku, fikir hati dan basah lidah dengan kalimat-kalimat cinta yang belum halal di zahirkan. Percintaan yang terbaik tidak memerlukan sms, telefon, emel, chating berjam-jam tanpa perkara-perkara yag harus dan mustahak. Andai anda menjaga ini terlebih dahulu..barulah layak untuk meminta.. hadihakan CINTA dan PERCINTAAN yang terbaik di sisiNya!

Comments

yusz felda said…
sabarlah... yang akan datang insya allah terbaik..
bicara_sufi said…
insyaAllah..sabar yang berpanjangan..
Entry ni entry motivasi..kepada yang masih mencari teman cinta..masih punya ruang yang terbentang..memilih dan berdoa, dianugerahkan cinta yang terbaik.
kepada yang sudah bertemu teman cinta, berusaha pula meraih syurga dunia.
Semoga semua dalam kebaikan. ^_^
yusz felda said…
iya... mencari yg sempurna 100% agak sukar... namun, bila dah jodoh nanti.. masing-masing akan melengkapi menjadikan 100%... beralah.. bertolak ansur.. berterus terang kunci kebahagian...

Doa tu kena betul-betul mendalam... sebutkan ciri-ciri yang diinginkan dalam doa.. tak perlu malu..

Jangan sahaja buruk sangka kepada Allah...

Yakin, diri mahu pasangan baik bukan? mestilah tuan diri baiki diri... nanti jodoh yang ketemu tak lari jauh sifatnya serasi dengan kita..

Try!
Salamiah Endut said…
Manis entry ni kak. =)

Jadi ingat dekat ayat 216 dari surah alBaqaroh.

p/s : Jodoh itu rahasya Tuhan ya kan? ^^,
Mis said…
Manisnya entri ni mira...☺️☺️

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam