Posts

Showing posts from May, 2011

Semangat Yang Hilang

Image
aku mencari kamu lagi kamu yang sering pergi meninggalkan aku sendiri tanpa pesan akan kembali aku masih mencari kamu mengharap untuk terus bertamu jangan biarkan segunung rindu aku tanggung dalam sendu pernah ada kamu titip sebuah nota kasih minta aku jangan berpaling pada sebuah bai'ah cinta pernah ada kamu bisik sebuah azimat jiwa minta aku terus utuh pada sebuah ikrar cinta acapkali aku terleka pada buaian janji yang kau balut indah aku telan perit pedih menanggung derita kerana aku yakin semua akan sirna hilang pergi dari suramnya sukma aku akan terus mencari kamu memaksa kamu bermukim sejenak di kamar hati yang kelam menggerak kembali jiwa lemah ini menggetar kembali tubuh longlai ini menggagahkan kembali langkah dakwah ini pintaku tulus buat kamu kamu..si SEMANGAT ku yang HILANG jangan tinggalkan aku lagi jangan sesekali!

Rawat Hati

Image
Dia : Awak nampak tak bersemangat sejak akhir-akhir ini Saya : Saya pun rasa saya sedang tak bersemangat Dia : Ceritalah..saya pendengar yang baik Saya : Masalahnya saya bukan "pencerita" yang baik Dia : Awak kena bagi peluang orang lain bantu..saya tahu awak kuat..tapi adakalanya kekuatan yang awak ada tak cukup kuat untuk melawan rasa sakit yang awak sedang tanggung. Anggaplah saya bintang atau rembulan..awak sang malam yang sedang kekelaman.. saya nun di hujung sana..sedang menyinari awak.. Saya : Awak telah menyinari hati saya..sebuah senyuman yang mampu saya ukir kini, pancaran sinaran yang awak hadiahkan. Awak bantu saya tanpa perlu menjadi pendengar yang baik. Tetapi awak membantu saya dengan menjadi teman yang baik. Terus temankan saya kenal hakikat diri. Manusia tidak bernama manusia tanpa sebuah ujian. Dan awak tidak pernah meninggalkan saya terus hanyut dengan ujian ini, tetapi awak pim

Sebuah buku merah

Image
Dia : Saya nak musafir dalam beberapa hari,. Saya : Atas tujuan apa? Dia : Memenuhi tuntutan kehidupan dunia. Alang-alang dah nak harijadi awak, saya nak belikan hadiah sekali. Seperti yang dijanjikan, beroleh 2 buah buku. Hadiah yang cukup besar rasanya. Walau hadiah ini diperolehi sebelum tarikh sah sebuah hari bernama hari ulangtahun kelahiran. Menerimanya 1 Mei 2011. Bersisa 12 hari sebelum 13 Mei 2011. Dengan azam dan kesunguhan yang tinggi aku nekad menghabiskan pembacaan dalam tempoh 12 hari itu. Melihat tajuknya saja sudah cukup mengujakan untuk di hadam isinya. MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA. Ternyata isinya juga sehebat kulit bukunya. 12 hari pengalaman berteman buku ini menjadikan hari-hariku indah. Berbalut dengan ketenangan. Mengajarkan erti kesabaran. Menginspirasikan sebuah kecemerlangan hidup yang sejati. Buku ini bernuansakan motivasi diri. Setiap Nama Allah yang indah diperjelaskan dengan hujah dan pandangan dari sumber yang pelbagai. Bukan sahaja dar

Teman Musafir

Salam Palestine Cuti 3 hari nampaknya terisi bermakna. Diberi kekuatan dan kesempatan masa dan kewangan untuk bermusafir. Mulanya agak risau, bukan apa, teman musafir kali ini si adik-adik yang belum di kenali hati budinya dengan mendalam. Sekadar mengenali melalui usrah dan program-program yang kami hadir bersama. Benarlah kata, mahu mengenali seseorang dengan mendalam, kenali semasa musafir. Perjalanan 3 hari 2 malam ternyata menyingkap karektor mereka satu persatu. Bahkan karektorku juga pastinya sudah mereka kenali dengan lebih dekat. Terzahir siapa sebenarnya "kakak" yang mereka "segankan" ini. Musafir ke daerah yang terkenal dengan telur penyu ini memberi pelbagai input menarik. Bermula dari perbincangan mencari dan merealisasikan kemenangan dalam perjuangan menegak daulah Islamiyyah yang kami impikan hinggalah kepada mengambil ibrah dari karektor manusia yang pelbagai. Semuanya hanya menatijahkan satu, laksanakanlah segalanya hanya kerana mencari redha Allah,