Sebuah buku merah

Dia : Saya nak musafir dalam beberapa hari,.

Saya : Atas tujuan apa?

Dia : Memenuhi tuntutan kehidupan dunia. Alang-alang dah nak harijadi awak, saya nak belikan
hadiah sekali.

Seperti yang dijanjikan, beroleh 2 buah buku. Hadiah yang cukup besar rasanya. Walau hadiah ini diperolehi sebelum tarikh sah sebuah hari bernama hari ulangtahun kelahiran. Menerimanya 1 Mei 2011. Bersisa 12 hari sebelum 13 Mei 2011. Dengan azam dan kesunguhan yang tinggi aku nekad menghabiskan pembacaan dalam tempoh 12 hari itu.

Melihat tajuknya saja sudah cukup mengujakan untuk di hadam isinya. MENJADI WANITA SUPER DENGAN ASMAUL HUSNA. Ternyata isinya juga sehebat kulit bukunya. 12 hari pengalaman berteman buku ini menjadikan hari-hariku indah. Berbalut dengan ketenangan. Mengajarkan erti kesabaran. Menginspirasikan sebuah kecemerlangan hidup yang sejati.

Buku ini bernuansakan motivasi diri. Setiap Nama Allah yang indah diperjelaskan dengan hujah dan pandangan dari sumber yang pelbagai. Bukan sahaja daripada Al-Quran dan hadis ataupun kalam ulama' tetapi juga daripada sarjana barat. Menceduk hikmah yang sememangnya milik umat Islam.

Satu pengalaman yang paling terkesan sepanjang pembacaan buku ini, aku belajar dengan mendalam apa makna sebuah ujian. Bagaimana mendepaninya dan mengubahnya menjadi sisi yang positif. Menyentak lena pada dunia yang sangat sementara sifatnya ini. Tidak perlu menangis pada sebuah kehidupan yang ada hujungnya ini. Mengajar minda dan menyuluh hati, matlamat hakiki kehidupan ini bukan di sini, di dunia ini, tetapi di sana, akhirat yang pasti.

Terlalu banyak rasanya yang mahu dinukilkan, tetapi apa yang di rasa tidak mudah diterjemah menjadi sebuah kalimah. Cuma satu yang dapat ku simpulkan WANITA SUPER menurut buku ini adalah menjadi wanita yang rintang pada ujian. Positif pada kehidupan dan menyemai benih kehidupan dengan amal taqwa agar mampu menuai hasilnya di akhirat sana dengan beroleh fardausi yang diimpi.

13 Mei tahun ini, masih indah seperti tahun-tahun sebelumnya. Disamping jamuan ikan yang "besar-besar", sotong dan ketam yang menyelerakan, sumbangan ikhlas kakak sulungku, ucapan bertalu-talu teman-teman menerusi FB dan SMS dan tidak ketinggalan sebuah buku merah yang berjaya aku khatamkan pada 4.45 petang, 13 Mei 2011.



Penghargaan khas buat Si Pemberi Buku. Dalam maksud mu menghadiahkan ku buku ini. Andai ini permintaanmu buatku, dengan setulus hati aku berdoa, semoga Allah memilihku menjadi WANITA SUPER ini!



Comments

Lagenda said…
eh, selamat tarikh lahir.
ssalam.apabila saya membaca entri saudari, ada keazaman timbul untuk turut memupuk diri menjadi wanita super....mudah2an saya kuat untuk bangkit dari lembah kejahilan ini....
bicara_sufi said…
pesona sangkakala-saat kamu hayati bait-bait kata yang di nukil dalam buku merah ini, kamu pasti akan lebih teruja..berlari jauh meninggal kisah semalam..melambainya dengan lambaian taubat..mengejar pelangi indah dengan gengagaman keazaman, dunia akan kamu takluki dengan sebuah ketaqwaan..dan kamu lepaskannya tanpa rasa cinta kerana di hati mu telah mekar jambangan kasih mewangi jannatul firdausi.
AriZ said…
kak mira..jelesnya. nak juga orang hadiahkan buku ni...dah lama saya tak terima hadiah buku..mungkin sebab saya pun dah makin malas membaca. =_+'

jeles2. =P
bicara_sufi said…
mrs.urwah-sedang melakar mimpi punya sebuah buku karya sendiri..manatau mimpi menjadi realiti..akak terbangkan satu khusus untuk awak.. ^_^
AriZ said…
wow! InsyaAllah2.. saya menanti. ^___________^
Scha Aisyah said…
nak buku ini.. macam mana nk dapatkan ya? masih ada keluarannya kah??

Popular posts from this blog

Zon Selesa

Kisah Kita

Pendam