Terasing
Salam Palestine Hujan sedang renyai membasahi Kg. Pasir Putih dan sekitarnya. Alhamdulillah..sejuk sikit petang ini. Kebiasaannya agak sukar kekal di bilik yang pasti dipanah mentari petang. Kipas siling usang yang sudah lama berbakti ini tidak mampu menyisih peluh yang membasahi tubuh. Jarang dapat duduk seharian di rumah tanpa sebarang tuntutan tugasan. Menyemak semula mesej-mesej yang masuk ke kedua-dua telefon bimbit murahku, sahih, tiada sebarang agenda yang perlu di hadiri. Bonda tercinta pantas memaklumkan, minta menghantarnya ke kenduri aqiqah keluarga. Aku akur kerana tidak punya alasan untuk menolak. Emak yang sememangnya sangat maklum aktiviti rutinku tidak akan meminta jika melihat aku terkejar masa. Rumah ibarat hotel singgahan. Balik untuk menyegarkan diri sahaja, kemudian pantas meluru keluar lagi. Sokongan emak penguat aku terus memotivasikan diri untuk memastikan diri melangkah di jalan juang yang masih panjang ini. Justeru, aku berusaha, semua keperluan emak aku tunai