Posts

Showing posts from December, 2011

Mereka Anugerah

Image
Salam Palestine Hari ini hari terakhir untuk 2011. Setahun berlalu lagi. Rumusan untuk tahun ini seakan mirip tahun-tahun sebelumnya. Tiada peristiwa yang istimewa tiada juga yang mengesan di sukma. Semua biasa dan seperti biasa. Cuma saja semalam, saya berjaya juga memenuhi hasrat hati yang lama saya simpan. Bertemu dan bersua secara santai dengan sahabat seperjuangan sedari alam sekolah lagi. Walau masa agak terbatas dan tidak banyak yang kami bualkan. Saya masih puas kerana kami masih seperti dahulu. Pertemuan yang lebih banyak di isi dengan tawa mesra. Istimewanya persahabatan kami, atmosferanya sentiasa ceria. Saya juga tidak mengerti, sejak akhir-akhir ini saya sangat merindui saat manis kami menyulam persahabatan terutama di alam persekolahan. Saya selalu terkenang, kami berjalan meronda keliling bandar, singgah menyejukan tekak dengan ABC yang memang terkenal di daerah ini. Adakalanya masak memasak bersama dan berkongsi cerita hingga lewat malam. Kami kongsi segalanya tanpa rah

Cerita Cuti

Image
Malam yang dingin. Kesan hujan panjang petang tadi. Kedinginan yang masih gagal memujuk mata untuk lena. Mudahan penyakit ini segera berakhir. Seperti hari-hari 2012 yang semakin tersisa. Pasti ramai yang merasa, terutama rakan guru dan juga anak-anak sekolah cuti tidak terasa sudah semakin hampir ke penghujungnya. Sekali lagi terakam dalam pita memori kehidupan. 2011 akan tinggal kenangan. Berkesempatan juga menikmati cuti dengan percutian. Walau sekadar merentas laluan darat sejauh 500km ke Kota Kinabalu. Memadailah untuk menghilangkan rasa jemu dengan kebiasaan. Bercuti bagi ku adalah lari dari rutin harian yang tidak dapat dielakan. Menghirup udara baru biar nafas labih segar dan nyaman. Walaupun dibebel terlebih dahulu oleh si ibu. Katanya bercuti hanya mengeluarkan ongkos. Lebih kepada membazir. Apatah lagi terpaksa menyewa hotel berhari-hari dan makan minum yang berbayar sepanjang masa. Aku tidak menafikan katanya. Berasas dan benar. Ibu yang sepanjang hayatnya lelah memikir ali

Mahu dengan pasti

Salam Palestine Malam sudah sangat gelita. Hembusan dingin bayu malam terasa hingga ke tulang. Bebola mata masih bulat. Tiada tanda mahu berteman mimpi. Sungguh, di usia yang sudah semakin dewasa ini, aku masih tidak menyangka akan menderitai penyakit zaman belajar. Hujung 2011 ini ternyata menjadi saksi, aku masih sakit! Sudah Disember rupanya. Bahkan sudah 10 hari bertamu tahun baru Hijrah. Masa tanpa ulangan, pantas berlalu meninggalkan. Aku merenung kesekian kalinya. Setiap kali ke ruang muhasabah itu, aku akan berakhir dengan sebuah kekesalan. Hanya berteman dengan kemarahan. Sesal dan marah yang dalam pada diri. Ada juga saatnya, aku mengalirkan kemarahan dan kesesalan ini pada orang lain. Bukan mahu memindahkan dua rasa negatif ini, menjadi helah bela diri. Namun inilah mainan rasa yang adakalanya datang menghantui kemaruk jiwa yang sedang berada di luar paksi ketenangan. Cuma sering ternanti. Saat-saat begini, di mana teman yang sudi menasihati. Memarahi pun tidak mengapa. Kala