Posts

Showing posts from August, 2011

Zahir kasih

Salam Ramadhan Punya ruang dan kekuatan untuk menulis malam ini. Hamdan wa syukran Lillah. Saya agak terkesan dengan program siang tadi. Walau sangat ringkas dengan hanya memakan masa tidak sampai 2 jam. Lawatan mesra DMPKT di bawah kelolaan Lujnah Kebajikan dengan kerjasama Nisa' Kawasan ke Hospital Besar Tawau. Meriah dengan dihadiri Ketua DMPNS, barisan kepimpinan DMPKT yang berkelapangan serta adik-adik Nisa' dan Mahasiswi yang sudah menerima sentuhan qalbu daripada Ketua Lujnah Tarbiyyah DMPKT beberapa minggu lepas. Ada beberapa perkara yang mencuit nurani saya. Satunya dengan perasaan terharu bercambur syukur yang dalam. Program ini dikelolakan dengan sedaya dan sesungguhnya oleh sahabat yang saya kasihi kerana Allah. Teman dari kecil saya. Semua pernah saya zahirkan padanya. Sayang, kasih, marah dan pernah suatu ketika mungkin benci. Apatah lagi saat dia benar-benar membuat saya terpempan dan terkesima tanpa kata ketika dia merubah tingkahnya dalam jalan dakwah ini. Jala

Salam Ramadhan

Image