Posts

Showing posts from September, 2011

Pergilah rindu..

Image
Senja ini khayalan ku jauh sendiri di anjung..termangu ada bibit rindu bercambah membuatku pilu menahan asakan sendu Kesekian kalinya aku tewas bertahan kalah di sapa ujian terlalai dibuai perasaan Dengan mata terpejam bersama mesra alam aku memujuk emosi tolong jangan bertingkah lagi beri ku ruang waktu merawat kelam nurani memutih hitam sanubari Aku cuba perlahan bangkit mendongak awan melambai mentari jingga menanti bintang dan sinar rembulan mengharap senja membawa pergi rindu yang tidak ku ingin lagi.... [Senja yang mendera jiwa..terasa ditertawa alam..malu mengaku..aku semakin kerap bermain rasa ^_^] [Mohon doa..berusaha memulih jiwa..] [gambar~google~]

Sinar yang menyinar

Salam Palestine Berperang dengan mata yang minta dibelai manja dengan mimpi siang hari. Dari semalam punya hajat besar untuk melakar coretan peristiwa kelmarin. Tidak punya ruang dek modem yang kesekian kalinya mengalami masalah teknikal. Lelah mengurusnya! Alhamdulillah, berjaya juga Program I'm Proud to Be Muslimah dilaksanakan. Walau dengan beberapa masalah teknikal, semuanya menjadi rencah pengalaman terutama kepada barisan pelaksana program dan generasi muda bakal penerus kepimpinan Nisa' Tawau. Beberapa catatan yang mahu saya gazetkan di sini. Kenangan peribadi yang akan saya selongkar kembali terutama saat iman menipis dan terasa payah melangkah di jalan dakwah ini. Cabaran mendepani golongan remaja semakin menguja akal. Segala saraf minda perlu di rancakkan. Pastinya perlu berfikir lebih ke hadapan daripada mereka. Beza benar dengan saat saya menjadi remaja. Kebelakangan ini saya semakin perasan, sambutan remaja kepada program bernuansa keIslaman semakin hambar. Kiasann

Hukuman

Image
Rembang senja ini menggamit syahdu Aku hanya diam dan membatu menarik nafas dalam memejam mata kejap menutup telinga yang tertadah tinggalkan seketika dunia nyata merangkak mencari khayalan mimpi tanpa bayangan silam yang kelam tanpa kenangan lalu yang pilu segalanya bagai suatu hukuman atas khilafku yang tak terpadam aku usap dada yang sesak membiar mutiara jernih mengalir perlahan aku tidak mampu menahannya lagi biarlah ianya membasuh biarlah ianya menyisih debu-debu noda yang terpalit pada sekeping hati yang aku kotori hingga menjadi hitam kelam seperti malam yang ditinggalkan senja hanya ada bulan yang tidak benderang bintang yang malu bersinar terang seperti juga rasa jiwa yang masih berbalut kabus dosa

Memimpin bukan menghukum

Image
Salam Palestine Heboh dan kecoh Syawal yang bersamaan dengan bulan kemerdekaan tahun ini. Yang malas membaca pun menahan mata menjelajah fakta sejarah yang dibentang dan terbentang melata di alam maya. Saya tersenyum sendirian. Berterima kasih kepada pencetus "provokasi". Juga berterima kasih dengan media berat sebelah kepada penguasa. Meluaskan lagi publisiti kisah sejarah ini. Sudah lebih 50 tahun merdeka dari tangan penjajah, mutakhir ini kisah siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan dicungkil dan diungkit kembali. Kebenaran di sorok dalam ruang sempit gelap pasti terpancar juga sinarnya. Beza pada ruang masa sahaja. Cepat atau lambat. Agaknya, pelajar ramai yang tidak gemar subjek sejarah kesan tiada keberkatan pada intipatinya yang dinukil tidak adil dan menyeluruh kepada semua pihak. Agaknya... Berbicara tentang keadilan, saya tersentuh juga. Betapa saya kerap tidak adil dalam menilai dan menghukum anak didik. Sering gagal menggunakan teori dakwah yang saya gemar mengkajin