Posts

Showing posts from October, 2011

Terasing

Salam Palestine Hujan sedang renyai membasahi Kg. Pasir Putih dan sekitarnya. Alhamdulillah..sejuk sikit petang ini. Kebiasaannya agak sukar kekal di bilik yang pasti dipanah mentari petang. Kipas siling usang yang sudah lama berbakti ini tidak mampu menyisih peluh yang membasahi tubuh. Jarang dapat duduk seharian di rumah tanpa sebarang tuntutan tugasan. Menyemak semula mesej-mesej yang masuk ke kedua-dua telefon bimbit murahku, sahih, tiada sebarang agenda yang perlu di hadiri. Bonda tercinta pantas memaklumkan, minta menghantarnya ke kenduri aqiqah keluarga. Aku akur kerana tidak punya alasan untuk menolak. Emak yang sememangnya sangat maklum aktiviti rutinku tidak akan meminta jika melihat aku terkejar masa. Rumah ibarat hotel singgahan. Balik untuk menyegarkan diri sahaja, kemudian pantas meluru keluar lagi. Sokongan emak penguat aku terus memotivasikan diri untuk memastikan diri melangkah di jalan juang yang masih panjang ini. Justeru, aku berusaha, semua keperluan emak aku tunai

Langkah pertama

Salam Palestine Catatan ini sedikit terlewat. Seharusnya ruang masa petang yang senggang semalam saya manfaatkan sebaiknya. Kondisi kesihatan fizikal saya kurang mengizinkan. Saya semakin akur, stamina saya berada pada tahap yang membimbangkan. Semakin memanggil "Bukit Cina" yang biasa saya daki hujung tahun lepas. Saya perlu bertegas dengan pengurusan masa. Kalau tidak terpaksa berkudrat warga emas. Hingga hari ini saya masih senang hati. Riang dengan berakhirnya kuliah pertama APSA. Ruang yang menjadi platform membugar tarbiyyah muslimat. Semangat kami barisan pengelola membara dengan sambutan akhir yang di luar jangkauan. Seketika saya merenung, mampu kah kami yang sekadar 5 orang ini merealisasikan aspirasi besar DMPNS terutamanya Ketua Muslimat kami. Melihat kecekalan Pengarah APSA Cawangan Sabah yang sedang sarat mengandungkan anak keduanya, saya menjadi segan sendiri. Alhamdulillah..usaha murni ini dimudahkan laluannya. Bantuan dan sokongan turun padang APSA Pusat yang

Mengaharap tanpa lelah

Image
Salam Palestine Berukir senyuman membaca laman muka buku hari ini. Bukan kerana penangan cinta muka buku yang sering di ulang nyanyi anak buahku atau anak-anak jiranku. Tetapi saat membaca khabar hijrah beberapa orang artis. Beralih dari kelam cahaya dunia glamour mereka kepada sebuah kehidupan bersuluh nur hidayah. Lebih membahagiakan, hijrah mereka di tambah nilai dengan terjun ke tengah masyarakat. Berkongsi nikmat bahagia yang sedang mereka kecapi kini. Indahnya bersama Islam. Tidak dinafikan, dunia glamour yang menjadi teman kehidupan mereka selama ini memberi kelebihan kepada pesona dakwah. Mereka tidak perlu mengenalkan diri kerana umum sudah mengenali mereka. Kisah silam mereka yang hitam diputihkan dengan sejuk mata memandang penampilan dan wajah baru mereka.. Alhamdulillah. Disebalik ini, pastinya yang lebih mencabar adalah untuk kekal dan istiqamah. Tiada siapa dapat menafikan payahnya menjaga istiqamah. Nabi SAW sendiri beruban dengan ayat Al-Quran daripada Surah Hud yang m