Bas mula bergerak perlahan, Zati setia memandang pemandangan yang entah bila akan dapat dilihatnya lagi. Jarak kampung kelahirannya dengan tanah tempat dia menadah ilmu bukan dekat, kosnya sahaja mencecah ratusan ringgit. Pasti tidak mudah dia mahu datang untuk sekadar berziarah. Apatah lagi untuk orang sepertinya. Duit punya banyak keperluan. Bahagian untuk berseronok-seronok menjadi prioriti yang terakhir sekali. “InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi ye kat sini.” Dinah yang sedari tadi memerhatikan Zati dapat membaca isi hati sahabatnya. “InsyaAllah..tempat yang bakal kita rindui.” Dengan suara yang perlahan, Zati jug a mengharapkan seperti Dinah. “Ana bukan sahaja rindu tempat ni, tapi akan rindu juga pada anti. Insan yang banyak mengajar ana erti kehidupan.” Dinah yang dari semalam diselebungi rasa sayu menyatakan jujur perasaannya. Dengan renungan sayu, Zati merenung Dinah. Dia tersenyum sayu. Perasaan juga sama seperti Dinah. Dia antara kenangan manis yan