Posts

Showing posts from 2015

Perjalanan Masih Jauh

Salam Palestine 2015 yang semakin berakhir. Entry terakhir rasanya pada 21 januari 2015. Bicara tentang permata hati. Sungguh semakin sunyi bicara sufi. Jauh di sudut hati, tidak mahu ianya terus berkubur tanpa nota-nota cinta dan madah hati. Biarlah terasa syok sendiri. Setahun yang sunyi, ada waktunya saya menjenguk sendiri ke sini. Membaca semula coretan hati yang pernah dinukil. Senyum, terharu dan sejuta syukur..semuanya bercampur baur. Apatah lagi saat diri mula hilang motivasi dan diterjah rasa sepi, nukilan lama menjadi inspirasi. Kembali mencorak diri, bangkit dari kelesuan dan segar mengorak langkah pada kehidupan yang mencabar. Hari ini sebenarnya, bersendirian di sekolah. Menjalankan tugas mengawas anak didik dengan kertas Matematik Tambahan mereka. Coretan hari ini khusus untuk mereka. Sudah lama saya berkira-kira mahu menukil sesuatu untuk mereka. Kelas 5 Sains yang mengimbau kenangan lama. Saat saya juga seperti mereka. Berbaju dan bertudung putih, berkain biru. S

Penyejuk Mata Dan Hati

Panggilan umi dan abah sudah semakin jelas nyata tidak lagi kau tutur pelat senyum sudah berbalas tawa usikan semakin mesra manja semakin ketara terasa benar kau semakin membesar Sudah punya banyak pinta itu dan ini sudah semakin banyak tanya begitu dan begini Tika keluar melihat alam kau mahu di pimpin kiri kanan sesekali mengajak berkejaran berlari riang berteman gurauan Apa sahaja tingkah mu tidak pernah membosankan hatta tangismu apatah lagi tawamu senyumanmu menghilang lelah pelukanmu menghangat jiwa hingga mahu saja menghenti waktu jangan berlalu memisah kalbu saat kau tiada mata hati gundah resah gelisah membuak rasa segera bersua begitulah kamu si penyejuk mata sentiasa membuat hati umi penuh warna cinta Kamu..kesayangan umi! * 21 Januari tarikh yang di nanti..menghitung usia srikandi hati bertambah setahun demi setahun..puisi ini khusus untuknya..terima kasih lagi untuk bicara sufi..menyimpan segala rasa hati. InsyaAllah..mudahan semua akan d