Posts

Showing posts from March, 2019

Kisah Kita

Catatan pertama setelah bertahun-tahun. Mujur kata laluan masih belum hilang dari ingatan. Memang berhajat mahu menulis hari ini. Anak soleh sedang beradu, anak solehah sedang bersekolah dan sang suami masih belum kunjung tiba. Kelapangan dan keseorangan yang sangat membenarkan untuk menukil sesuatu. Catatan ini sebenarnya khusus untuk anak didik SPM 2018. Pelbagai emosi dirasa hari ini. Ada yang tersenyum bahagia dan pastinya ada yang berselindung duka. Takdir yang sudah tersurat. Secara keseluruhannya hati Cikgu juga tidak berbunga ceria. Sudah menjangkakan hari ini akan tiba. Putaran roda kehidupan. Mana mungkin terus-terusan berada di atas. Sampai masanya akan kembali ke bawah. Cuma saja rezeki di bawah ini bersama kalian. Batch yang pelbagai watak. Disebut-sebut sebagai anak JP yang berimej baik. Samada akhlaknya mahupun prestasi akademik sejak Tingkatan 1 lagi. Syukurnya, wajah duka tidak perlu di zahir. Muhasabah secara monolog dalaman sudah awal-awal dilaksanakan. Usai sah