Melepas rasa
Salam Jumaat Sudah dua hari lepas terasa mahu menulis. Walau mungkin tulisan ini hanya dibaca dan difahami oleh penulisnya sahaja. Biarlah..bicara sufi sememangnya sering menjadi tempat melepas rasa. Rasa pada sebuah kehidupan. Kebiasaannya, naluri dan emosi untuk menulis membuak-buak setelah melayari 3 blog pilihan.. Tidak dinafikan empunya blog ini menjadi inspirasi untuk terus menulis sesuatu. Walau realitinya kualiti dan intipati penulisan sangat jauh berbanding mereka yang hebat ini. Sekurang-kurangnya apa yang tersirat dan terbuku di lubuk hati mampu diterjemahkan dalam sebuah tulisan. Selalu juga terfikir, macam mana mahu menjadi hebat seperti mereka. Mampu memberi sesuatu pada ummah. Aku mahu mengajak adik solat jemaah bersama pun sangat berat mulut. Kerja dan amanah dakwah yang diberikan pun jarang disempurnakn dengan suksesnya. Ada saja cacat lelanya. Kemudian mudah pula menuding jari pada orang lain. Mencari silap orang lain. Jauhnya aku dari karektor insan-insan yang hebat.