Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Hujung minggu yang padat, bermakna dan ceria. Tidak hanya dihabiskan dengan memanjakan mata dan merehatkan tulang belakang. Siang Sabtu "bergua" di seluruh penjuru rumah. Diamanahkan oleh ahli rumah No 313, Blok B, Kg Pasir Putih untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan seisi rumah. Semua yang lain punya urusan di luar. [jarang benar aku ditinggal sendiri, kebiasaannya aku yang meninggal pergi..huhuhu]. Bila sendiri, fitrah wanita akan banyak membantu mengarah minda agar punya arah. Maka, beraksilah seperti lagak seorang wanita. Membersihkan rumah dan masak memasak. [aktiviti yang teramat lama ditinggalkan..^_^] Petang menjelang, aktiviti kedua menanti. Bergerak ke Madrasah Darul Hidayah untuk program Tafaqquh Fiddin dan Qiamullail bulanan. Sudah kali ke4 untuk tahun ini. Bagi aku, ini kali pertama. "Kalau sudah sampai program, ok sudah. Sebelum mahu datang tu..macam-macam halangan" seorang kakak memulakan bicara sementara kami menanti sambungan kuliah maghrib. &