Posts

Showing posts from August, 2010

Ramadhan : Shahrul Quwwah

Salam Palestine Maghrib esok, genaplah seminggu puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Pantas kan masa berlalu. Seakan kita sedang berkejaran dengan masa. Kita alpa dan leka, masa pantas memintas meninggalkan kita. Ternyata Ramadhan dengan keberkatannya, sememangnya bulan yang dinanti bagi insan yang serius memburu taqwa. Ternyata tingkah laku dan sikap semasa bulan ini sangat mudah dibentuk dan dibimbing. Buktinya, di bulan mulia ini, sangat ringan mahu bertilawah dan menjadi sahabat akrab Al-Quranul Karim. Sehari menghabiskan 2 juzu' tidak sesukar mana. Sangat kontra tatkala berada di selain bulan Ramadhan, mahu membaca semuka Al-Quran sehari pun, perlu disiplin diri yang kuat. Tidak hairanlah jika ada ulama' memberi jolokan Ramadhan Kareem ini sebagai Shahrul Quwwah, yakni bulan potensi. Ramadhan seharusnya menjadikan kita lebih proaktif. Terlebih khusus dalam soal beribadat. Bagi meraikan ganjaran berganda yang Allah tawarkan khusus di bulan ini. Cuma adakalanya, sedikit masal

Luaskanlah..jangan disempitkan.

Image
Salam Palestine Rasanya ini kali ke 4 dalam minggu ini, aku berhajat untuk menulis. Namun sekadar tinggal hajat sahaja. Idea ada, tetapi jemari seakan kaku menari. Pincang gerak gerinya buat menukil sesuatu meneman bicara sufi. Musibah ujianNya masing belum berakhir. Tidak sangka ST7909K terlalu lama ditahan di "wad" hingga aku hilang fokus pada segala perancangan menyambut shahrul barakah yang hanya sehari sahaja lagi sebelum membuka tirainya. Beberapa perancangan di sekolah sedikit kelam kabut. Apatah lagi, teman berfikir dan berbincang juga turut di uji oleh Yang Maha Menguji. Sahabatku terpaksa mengambil cuti kecemasan balik ke kampung halamannya, semoga semuanya dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya. Apa jua yang bakal berlaku, moga dia tabah menerimanya. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata seorang rakan sekerja sewaktu aku ziarah ke rumahnya. "Cikgu-cikgu di sekolah kita tu, kurang sensitiviti pada agama..itu yang jadi macam itu" Ulsannya pada satu isu

Tidurlah mata

Image
Tidurlah mata malam sudah terlalu gelita berteman sinarnya purnama di sisi bintang nan bercahaya Tidurlah mata jangan biar minda terus berbicara membuka semua kisah dan segala memori yang tercipta Tidurlah mata jasad sudah letih lelah perlu rehat agar esok ceria tanpa beban dan serabut jiwa Tidurlah mata mohon izin pada Pencipta esok masih mampu terbuka kembali menerus lagkah memburu redha dan maghfirah Tidurlah mata..tidurlah..tidurlah..