Kesekian Kali
Salam Palestine Catatan ini sedikit terlewat. Bukan kesan kesibukan mengejar waktu hingga saya tidak punya ruang menulis. Cuma saja kesan penyakit malas saya yang saya layan. Malas menyusun kata. Malas mengatur bicara. Selalunya saat saya di timpa sakit begini, saya manipulasikannya untuk rajin membaca. Membaca tulisan-tulisan yang saya gemari. Tulisan yang boleh merubah rasa malas saya untuk kembali pulih. Alhamdulillah..selalunya strategi saya ini berjaya. Sebagaimana saya berjaya juga ke sini dan meneruskan tugasan menulis. Tugasan saya untuk diri sendiri. :) Kuliah APSA berjalan dengan baik untuk kali kedua. Dengan beberapa penambah baikan yang kami usaha lakukan dengan sebaiknya. Walau saya tidak mampu mendabik dada mengatakan semuanya berjalan dengan jayanya kerana yang menilainya bukan kami urusetia, tetapi para peserta. Soal pengurusan dan teknikal tidak mahu saya bicarakan di sini. Bukan ruang yang terbaik. Sebaliknya jauh lebih utama adalah intipati dan objektif utama kuliah