Catatan Ulang Tahun
Salam Palestine Kerinduan sebenarnya mahu mencatat di sini. Apakan daya, sekali lagi laptop pinjaman masuk "ICU". Suami juga sudah beberapa kali bertanya, bila mahu keluar entry baru. Rupanya dia pembaca senyap bicara sufi. Terharu juga tulisan-tulisan di beri respon positif. Apatah lagi saat dia menyedari ada beberapa tulisan memang dikhususkan untuknya. Kelmarin ulang tahun saya yang ke 29 tahun. Terasa jauh benar angka ini. Ramai yang menghantar ucapan, berkongsi gembira kerana tahun ini saya menyambutnya dengan status puan. Namun jujurnya, sambutan tahun inilah paling biasa-biasa. Saya hanya bersua suami setengah hari sahaja. Itupun saya hanya menjadi peneman suami yang khusyuk dengan buku dan laptopnya. Kebetulan, dia sedang berperang dengan persiapan akhir untuk peperiksaan semesternya. Pertemuan kami diakhiri dengan makan tengah hari bersama. Bukan pun di tempat istimewa. Sebuah warung kecil hampir 40km jauh dari bandar Tawau. Usai mengucup tangannya, saya melambai say