Duka tidak pernah lama
Salam Palestine Hanya punya beberapa minit menyudahkan tulisan ini. Senggang masa menanti Isyak. Sambil tangan sesekali menghayun buai sang puteri yang sudah layu matanya. Terpanggil menulis. Bersama sarat perasaan mendengar beberapa kisah dukacita yang berlaku di sekeliling. Rutin yang pastinya akan hadir dan menjengah catatan perjalanan kehidupan. Lumrahnya memang begitu. Hidup tidak sekadar datar bagai padang pasir yang tandus. Saya juga disebalik kegembiraan, keriangan dan kebahagian dianugerahkan cahaya mata penyeri hati, hadir bersama kesedihan, kedukaan dan kegusaran. Saya ingat lagi betapa sayu hati saya saat anak dilanda demam selesma saat hanya berusia dua minggu di samping jaundice yang berpanjangan selama sebulan. Tanpa pengalaman menjadi ibu, sangat sukar untuk saya menguntum senyum ketika itu. Itu baru ujian kesihatan yang saya kira sangat kecil berbanding orang lain yang lagi hebat ujiannya. Terbayang saya, apalah rasa hati ibu-ibu yang sedang menjaga permata h