Rindu serindu-rindunya...

Salam Palestine.. Sejujurnya perasaan tidak beberapa enak beberapa waktu ini. Terutamanya sekembali dari Madrasah Darul Hidayah, Sg. Imam. Ditambah lagi dengan isu-isu semasa negara yang tidak pun mahu saya fikirkan sangat, tetap jua hadir menjerut emosi. Saya juga jadi buntu terus melayan desakan minda saya untuk berfikir dan memikirkannya. Saya bertambah buntu terutamanya apabila sendiri begini. Apa yang saya pendam jauh di lubuk hati ini, perlukan teman bicara..biar lerai segalanya dan bertemu sebuah konklusi. Saya bertambah tidak tenang jiwa, apabila rindu pada sebuah memori indah yang saya pernah lakar bersama mereka yang saya panggil teman seperjuangan bertamu di qalbu sepi. Saya masih tidak boleh menerima kenyataan saya sudah tidak bersama mereka. Saya masih tidak mahu menerima fakta mereka meninggalkan saya. Saya belum bersedia menerima semua ini.. Kami tidak bersama kerana sebuah kerjaya..agaknya mereka mahu menumpukan fokus yang penuh pada sesuatu yang telah mereka genggam..