Jangan pernah berubah

Salam Palestine Petang yang tidak membahang. Hujan baru berhenti. Dedaun pohon mangga yang menghijau di belakang rumah kakak saya masih bersisa titisan hujan. Cuaca petang ini memang sangat kondusif untuk membelai mata. Saya sengaja tidak melayan pujukan mata yang layu ini. Sengaja tidak menyubur tabiat tidur petang. Risau malamnya saya menjadi "kelawar". Penyakit yang sering saya deritai. Saya mengambil ruang yang ada mengisi bicara sufi. Saya masih terkesan dengan apa yang berlaku dalam kelas Tasawwur Islam bersama pelajar tingkatan 4. pagi tadi. Subjek bukan opsyen yang perlu saya galas amanahnya. Saya yakin, pemilihan saya menjadi tenaga pengajar kerana zahir dan identiti saya yang seperti seorang ustazah. Walau saya sedar dan telah pun memaklumkan mereka yang memilih saya, saya akan usaha melakukan yang terbaik. Belajar sambil mengajar. Dan secara peribadinya, subjek ini menjadi subjek kegemaran saya. Ruang rasmi saya berkongsi keindahan Islam dengan mereka si anak didi