Tiga Janji

Siling itu ku renung tajam. Membiar bebola mata mengikut putaran kipas yang akur berkhidmat menghilangkan haba panas bilik kecil berwarna hijau terang ini. Pandangan ku kosong sebenarnya. Sudah hampir 11 jam aku terperap seorang diri di sini. Hanya berteman laptop Toshiba 14 inci yang semakin kurang memberangsangkan prestasinya. Aku sudah tidak mampu menghadam e-book ilmiah memenuhi kotak memoriku. Aku sudah tidak punya minat melihat jutaan video menarik terhidang di Youtube. Bahkan aku sudah lelah menjelajah mukabuku. Melihat perkembangan rakan-rakan yang pelbagai warna. Ada yang sedang gembira bahagia, ada yang sedang berduka lara. Ada juga yang seperti aku. Kebosanan! Spontan aku bangkit, bertepuk tangan kuat dan menghembuskan nafas dalam. Tabiatku sedari dulu. Terutama untuk mengubah mood bosan menjadi lebih ceria. Terpamer riak kehairanan di wajah adik bongsuku saat melihat aku yang serabut terpacul tegak di hadapannya. "Bosankah?" Dia mendongakan kepalanya dan bertanya