Berani Untuk Bermimpi

Salam Palestine Mood "perjuangan" berada pada tahap memberangsangkan. Maklum sahaja, 3 minggu berturut di ziarahi pimpinan dari tanah semenanjung. Mendengar butiran kata penguat semangat untuk terus berjuang demi menyuburkan bumi bawah bayu ini dengan sinaran iman yang bermula dari penghayatan Islam yang syumul. Menyedarkan masyarakat Sabah yang menjadi negeri termiskin di bumi Malaysia agar sedar dan keluar dari kepompong kemiskinan ini. Keluar dari miskin harta dan terlebih utama miskin iman. Bumi bawah bayu ini terkenal dengan kesuburannya. Terkenal dengan alam hijaunya. Harusnya kedamaian dan nikmat anugerah alam ini membantu warganya untuk tidak terus dibalut apa jua kemiskinan. Mahu bebas darinya, harus dengan anjakan paradigma. Buang jauh-jauh mentaliti lama. Generasi lama perlu sedar zaman "di gula-gulakan" dengan kain batik, tangki air, RM50 sudah berakhir. Itu semua tidak harus dibiarkan menjadi senjata mereka si penabur janji manis untuk melindungi segala