Dakwah : Bukan Jalan Mudah

Salam Palestine Waktu istirehat dari memikirkan urusan-urusan disekolah sudah bemula. Kini aku serahkan anak-anak didikku pada rahmat dan kasih sayang Sang Pengatur Buana agar melimpahkan ihsanNya, memudahkan anak-anak didikku menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Ujian kecil dunia. Mudahan beroleh kejayaan yang menjadikan mereka lebih bersemangat memburu kejayaan yang hakiki iaitu bertemu Sang Pencipta dalam keadaan cemerlang. Benar-benar cuti kali ini. Tugasan berupah menjaga STPM pun aku tolak. Alasan mudah, mahu rehat. Baru hari pertama tidak perlu hadir bertugas ke sekolah, satu mesej ku terima dari murabbi mayaku : "Cikgu, cuti sekolah dakwah jangan cuti ya" Tersimpul senyum manis dihujung bibir. Bersemangat Subuh ku pagi itu. Sebaris ayat ringkas yang mampu menyentak lena yang mungkin panjang, sepanjang cuti sekolah ini. Berbicara soal dakwah, satu tuntutan yang tidak mudah. Namun tidaklah payah hingga mustahil dilaksanakan. Memerlukan syarat iaitu ikhlas yang tulin,