Bisik Hati

"Assalamualaikum.."salam ku hulur, sambil menguak pintu perlahan. "Waalaikumussalam"..kedengaran suara mak jauh di hujung dapur. "Sinilah makan.." kedengaran lagi suara mak. Aku segera bergegas ke dapur. Tidak mahu memancing rajuk mak. "Iffah kenyang dah mak..tadi lepas dari kuliah di Masjid Al-Kauthar, singgah makan dengan adik." Aku menolak perlawaan mak lembut. Lauk ikan bakar dan sayur kubis tumis tidak membangkitkan seleraku. Sepinggan kueh teow basah dan segelas air sejuk sudah cukup menyenakkan perut. Menjadi rutin, setiap kali selesai kuliah maghrib pada Ahad dan Isnin, aku akan membawa adikku makan di luar. Memancing minatnya untuk mesra masjid dan ilmu. Mendidik anak remaja, bukan semudah menambat kerbau di hujung tali. Perlu kreatif dan sabar yang tinggi. Strategiku menampakan kesan positif. Sambil menjamu selera, kami punya ruang berbincang hal-hal keluarga atau isi kuliah yang kami tadah. Lewatnya balik hari ni, keluar bukan main awa