Sunday, May 16, 2010

Hadiah Pada Diri

MEI penuh dengan ucapan "selamat"..selamat hari buruh, hari bapa, hari ibu, hari jururawat, hari guru dan juga hari ulangtahun AMIRAH IZZATI. Ada yang buat lawak.."Selamat Pengantin Baru" tidakkah di bulan MEI ini. Dengan sepantasnya aku menjawab "Tak sempat lah..MEI tahun-tahun mendatang tak pasti lah pulak. Rahsia yang hanya DIA yang tahu"

Masih mahu menulis berkenaan hari ulangtahun. Kali ini bercerita tentang hadiah pada diri. Menjadi kebiasaan, aku mengkhusukan hadiah "harijadi" buat diri sendiri. Tahun ini, ada dua hadiah istimewa yang aku sediakan sempena 13 Mei 2010. Sebuah buku yang sudah lama diidamkan berjaya dimiliki. Tidak sabar mahu membedah isi kandungannya. Biar menambah rasa cinta pada Baginda yang mulia. Insan yang menjadi asbab hidayat buat seluruh umat. Insan yang kasih umatnya hingga hujung nyawa. Mahu membalas kasih, sayang dan cintanya!

Disamping itu, sebuah kaca mata baru menjadikan Mei 2010 ini ceria indah. Rabun yang semakin teruk mendesak untuk menggantikan kaca mata lama dengan yang baru. Semoga penglihatan semakin jelas. Paling penting kejelasan hati sebenarnya. Biar arif membezakan mana yang hakiki mana yang sementara cuma. Semoga tidak rabun lagi!

Usia 27 tahun ini, banyak menjadi ruang muhasabah. Terutamanya mengenang hari semalam yang penuh noda dan dosa. Astaghfirullahalazim..gusar memikirkannya. Seakan mahu saja mengundur putaran masa. Memperbetul segala khilaf diri. Kesilapan yang paling disesali..selama ini rupanya terlalu banyak pergantungan pada manusia. Mengharap kasih dari manusia. Menagih simpati manusia. Tanpa sedar, manusia itu akhirnya hanya memberi pedih hati. Benarlah, manusia itu sekadar hambaNYA yang lemah. Kasih manusia tidak hakiki. Sayang manusia tidak sejati. Janji manusia tidak pasti.

Pantaslah, kita diajarkan, kalau mahu merasai nikmat dan lazatnya kemanisan iman, cintai Allah dan Rasulnya melebihi yang lain. Butanya mata hati sebelum ini. Astahgfirullahalazim..moga Allah masih memberi peluang aku menyemai cinta yang benar!

Usia yang semakin dewasa ini juga, menyedarkan bahawa dunia ini sekadar ujian semata. Kehidupan yang sedang dilalui, dinikmati ini akan berakhir bila-bila masa. Mungkin tanpa amaran ataupun kalau ada amarannya, manusia gagal membacanya. Hanya yang bijaksana sahaja akan mengerti.

"Orang yang bijaksana ialah mereka yang mengingati mati dan bersedia menghadapainya."

Luahan rasa seperti ini bukan menunjukan kekecewaan pada sebuah kehidupan ataupun menzahirkan rasa putus asa. Tidak sama sekali. Sekadar peringatan supaya kita beringat dengan apa yang sedang kita lalui dan miliki. Semua sedang diperhatikan dengan teliti dan akan dibicarakan di mahkamah keadilanNya. Justeru, berhati-hati dengan KEHIDUPAN.

Semoga 16 Mei hari ini, menyuntik kembali semangat untuk bergelar pendidik berjiwa murabbi. Bukan sekadar untuk memastikan mereka cemerlang peperiksaan, tetapi juga membentuk jiwa mereka menjadi insan berguna di dunia akhirat. Ini lebih UTAMA.

27 tahun di dunia dan 3 tahun di bidang pendidikan, aku mahu terus mengorak langkah cemerlang dibawah lembayung redha dan rahmatNya. Terus pimpin aku Ya Allah..




HADIAH PADA DIRI

2 comments:

Ustaz Kamarudin Toyo said...

Kitab Syamail Muhammadiah(krangan imam Tarmizy).. i like.oo da terjemahannya..bagus2. ni lah kitab yg first ana khatam n mndpt sanad dr Syeikh d bumi anbiya' mesir 2 mggu lpas, insyaAllah ramadhan syeikh bca smula..n insyaAllah pljr malaysia akn dpt sanad scra bramai2..mg mndpt kberkatannya.erm, klau dbri ksmptn, ana berazam tk mgajar ktab ni suatu hr nnt..doakan kak ya !. Agr kta sma2 mnconthi kpribadian Rasulullah S.A.W.. "khuluquhulQuran"

bicara_sufi said...

memang best..tapi kalau baca sendiri kurang lah bestnya..sebab ni hadis2 berkaitan Rasulullah kan..kena dapat penjelasan dari yg lebih
alim dan faqih..maksudnya, kena bertalaqi lah sebaik-baiknya..mudah2an..ada peluang itu kepada akk..amin ya rabb.

Pelangi Indah

  P agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak ...