Lamanya tak menulis..ada masa menulis, "mood" menjauh hati..ada kemahuan menulis, masa membatasi..sudahnya bicara sufi ditinggal sepi...
Hari ini Ahad dalam cuti 3 minggu. Cuti persekolah semester pertama. Cuti yang panjang bunyinya. Tapi tidak disedari berbaki 2 minggu sahaja lagi. Mulanya risau juga, apalah pengisian cuti ini, panjang benar rasanya. Alhamdulillah wa syukrillah..masa yang diizinNya, terisi dengan sesuatu yang bermakna. Hujung Mei lepas sibuk dengan Bengkel Bina Naqibat dan Muktamar DMPNS. Tawau menjadi tuan rumah. Apatah lagi menjadi "pengarah muktamar loncatan" memang haru-biru lah jawabnya. Kafarah tak jalankan tugs dengan sempurna semasa muktamar DMPKT lepas. ..hehe
Minggu ini pun, Alhamdulillah..masa masih mampu dikualitikan. Semalam ada Rehlah DMPKT. Seronok juga lah dapat merehatkan minda sambil memantapkan jalinan ukhuwwah bersama sahabat seperjuangan. Hari ini pula sempat menghadiri Kuliah Mingguan. Sedikit mengecewakan, kehadiran muslimat tidak memberangsangkan. Walhal, medan ilmu sebegini harus diraikan terutama bagi seorang yang bergelar da'ie. bukankah sebelum menyampaikan sesuatu kita harus punya bekal ilmu. Realiti ini pernah dihuraikan panjang lebar oleh Almarhum Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya Bahtera Penyelamat. Da'ie selalu sahaja sibuk menyubur iman mad'u hingga kekadang terlupa akan imannya sendiri.Apapun, pasti yang tidak hadir punya alasan yang tersendiri. Bukan sengaja menguzurkan diri. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Adakalanya manusia terlalu cepat membuat persepsi. Menilai selaku orang luar kita bebas mahu membuat konklusi. Tetapi sejauh mana kebenarannya, masih samar dan kurang pasti. Aku juga acapkali, diprovokasi oleh persepsi-persepsi yang mengujakan. Kalau benar mahu menambah kualiti diri, jangan pandang sebelah mata penilaian orang lain pada diri kita. Jadikannya sesuatu yang membina diri. Apatah lagi andai yang menilai itu sahabat seperjuangan kita. Pastinya dia menilai dari kacamata ketulusan nuraninya. Mahu kita berubah dan menjadi lebih baik. Tidak rugi mengaku kelemahan diri andai itu mukaddimah kita menjadi yang terbaik.
Moral entri ringkas ini, berterima kasihlah kepada sesiapa yang pernah menilai dan memberikan persepsi pada diri kita. Bukti mereka mengambil berat dan prihatin pada diri. ^_^
3 comments:
jadikan org lain untuk melihat kelemahan kita.jadikan ia menjadi cermin untuk memperbaiki akhlak kita
Salam. sabar kak.. semua ada hikmahnya kan, bla sbut hikmah hasilnya esok@lusa@mgambil msa yg lama akan terbuka.. teguran kta mnandakn sayangny kta pda dorang, biar Allah shj yg tahu & ana rasa teguran kta jg mreka faham.. cma biarla kta tegur dlaman yg khas(sms/usrah/ym/mesej. ini lg brkesn.kalau dlaman umum, wlupun mreka silap ckit mreka akan mmbantai kta dgn hujah tk tegakkan apa yg mreka rsa betul.. apapun saya rasa mreka faham apa yg akak nak smpaikn mlalui teguran tu...biarkanlah mreka sperti tu dlu.. lama kelamaan mreka jg pasti sedar n tahu mna satu yg dkatakan utama (islamik@x).sbb mreka jga mmplajari apa yg kta plajri kan..husnuz zhon jak kak..nnt mreka jg husnuz zhon pda kta..doakan mreka insyaAllah mreka berubah..
p/s : hehe :) mcm kenal jak tajuk2 post yg dguna(tajuk lagu artis baru tue)shahir n adira.. haha minat ya...
terima kasih atas respon dan pandangan..allahumma barik..
mai-nak kata minat tu tak da lah sngt..cuma nak tarik perhatian je [terutama anak murid] biar baca entry2 ni..sebab selalunya apa yg ada di bicara sufi..ilham bergaul bersama mereka. :))
Post a Comment