"Dari kelas mana? nampak letih semacam je.." Aku menegur Nabilah yang kelihatan tidak bertenaga. Sambil menjinjit buku rancangan mengajarnya yang berbalut kemas.
"Biasalah..kalau muka dah macam ni, tak lain tak bukan dari 4 Gemilang lah" Sambil duduk menyandarkan badannya, Nabilah menjawab pertanyaan ku.
"Saya masuk sebelum balik nanti..lagilah kena bersabar..budak-budak tu dah panas punggung nak tinggalkan sekolah" Tanpa soalan daripada Nabilah, aku menyatakan jadual ku bersama kelas yang sangat "digeruni" oleh guru-guru.
"Ni nak pegi mana? Ada kelas ke?" Nabilah bertanya saat melihat aku bangkit dari kerusi dan siap untuk berlalu.
Saya nak ke makmal. Nak prepare eksperimen PEKA esok" Aku menjawab soalan Nabilah ringkas.
Melihat jam di tangan, waktu masih panjang sebelum kelasku yang seterusnya. Aku mengambil keputusan untuk melencong ke kantin dahulu. Mengisi perut yang berkeroncong. Tidak sempat bersarapan pagi tadi. Takut terlewat kerana langit kelihatan mendung. Bimbang hujan turun bila-bila masa yang pastinya akan mengganggu kelancaran lalu lintas.
Sunyi kantin daripada rakan sekerjaku. Kebiasaanya waktu-waktu begini ramai yang sudah selesai menjamu selera. Aku saja yang terlewat kerana nekad mahu menyiapkan analisis kehadiran bulanan yang bila-bila masa saja di minta oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Hanya ada beberapa orang guru lelaki sahaja sedang rancak berbual. Pantas aku meluru masuk ke ruang makan yang kerap digunakan oleh guru-guru wanita. Walau tanpa label pengasingan, namun secara spontan semua maklum perlunya menjaga adab dan tatasila pergaulan. Budaya yang aku senangi di sekolah ku ini.
Sambil mencicip secawan teh tarik dan sebungkus nasi lemak, minda ku ligat berputar. Tidak punya teman bicara, aku hanya bermonolog semata. Fikiran ku tertumpu kepada kelas 4 Gemilang yang kerap menjadi bualan para guru. Hatta guru lelaki pun ada yang bagaikan mati akal dengan karenah para pelajar kelas itu. Guru perempuan lagilah. Tunggu masa angkat bendera putih sahaja.
Kenakalan pelajarnya sangat mencabar kesabaran. Seakan tepu minda dan beku hati daripada menerima nasihat dan bimbingan. Sudahnya mereka kerap di layan seperti pelajar juvana. Berlembut diperlekehkan. Berkeras bertahanlah dalam beberapa minit. Selepas itu kembali berpesta pora. Aku pasti berteman rotan untuk kelas yang satu ini. Hanya itu senjata yang mampu memastikan mereka tetap punggung di kerusi masing-masing. Lontaran vokal juga perlu semaksima mungkin volumenya. Masa mengajar kerap terbuang 20 minit awal untuk menjinakan mereka. Memujuk rayu agar bertenang dan beri perhatian pada pengajaran yang mahu di sampaikan.
"Assalamualaikum..makan ke mengelamun ni?"
"Waalaikumussalam..terkejut..tetiba muncul. Baru nak makan juga ke?"
Aku menjawab salam Hani sambil mengusap dada. Memang terkejut dengan kehadirannya yang tidak ku sedari. Hani teman baikku di sekolah. Juga teman seusrah di hujung minggu. Bersamanya lah aku kerap berbincang hal-hal ummah yang kami masukan dalam diari kehidupan kami.
"Tadi ada keja kat bilik kegiatan Islam. Esok ada kolokium, minta budak susun kerusi siap-siap. Tengah fikir apa? Macam berat je." Sambil menyuap mee goreng telur ke mulut, Hani bertanya lanjut.
"Hmm..tengah monolog dalaman ni. Biasalah pasal budak-budak kelas hero tu lah..4G."
Hani tersenyum mendengar jawapan ku yang berbaur rungutan.
"Saya tak ajar kelas tu, tapi saya dapatlah gambaran fi'il budak-budak tu. Pandangan saya lah, awak kena guna kaedah berhikmah. Tak kan orang yang dah ditarbiyyah sejak dari alam kampus tak leh implementasikan ilmu berharga tu dengan pelajar sendiri. Ini ruang awak sebenarnya. Jangan sempitkan fikiran dengan menganggap budak-budak tu sebagai student awak semata, mereka sebenarnya adalah mad'u di depan mata."
Aku merenung dalam pandangan Hani. Terbayang di mindaku sepotong ayat daripada surah An-Nahl ayat 125 :
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk."
"Iya...saya setuju. Sebab tu lah..saya ni lebih kerap tertekan daripada mencari saranan. Puncanya saya mewakilkan diri saya sebagai cikgu semata. Saya lupa yang saya sebenarnya perlu memakai gelaran da'ie kepada mereka. Da'ie yang teman akrab seruannya adalah hikmah."
"Apa pendekatan hikmah yang awak hendak gunakan?" Hani bertanya soalan yang berat untuk ku jawab.
"hmm..hikmah ni maksudnya tindakan yang tepat kan. Saya kena cari pendekatan yang mampu menghalang budak-budak tu daripada terus dengan tingkah mereka yang silap dan dalam masa yang sama mendidik mereka dengan tindakan yang sewajarnya." Aku menjawab dengan ilham yang datang secara spontan.
"Teorinya memanglah macam tu..dari sudut praktikalnya macam mana?" Hani masih bertanya soalan yang mencabar mindaku.
"Soalan awak ni kan..lebih pedas daripada nasi lemak saya ni..hmmm..pandangan sayalah..saya kena mendahului apa yang mereka fikir dan mahu lakukan. Saya kena mengenal mereka dengan mendalam. Tahu latar belakang keluarganya dan mencari sebab dan punca mereka jadi senakal ini. Pasti ada sebab semuanya. Umumnya saya rasakan kesan tidak punya didikan agama yang baik. Maka saya sewajarnya cuba sedayanya menampung kekurangan ini. 10 minit sebelum saya mengajar Sains, saya wajibkan diri untuk mengajar mereka agama terlebih dahulu. Bukan saya mengecilkan usaha guru agama mereka, tetapi saya memberikan sesuatu yang di luar daripada silibus akademik."
"Saya setuju..awak mengajar mereka berdasarkan silibus kehidupan. Awak kena mempromosikan kepada mereka bahawa dengan beracuankan Islam sahaja mereka dapat merubah kehidupan mereka. Jangan sekadar melibas mereka dengan rotan tetapi membiarkan hati mereka tanpa sentuhan. Awak kena pastikan ada tautan hati antara awak dengan mereka. Tautan hati yang dasarnya kasih sayang berpaksikan keimanan."
"InsyaAllah..akan saya usahakan.terima kasih atas buah fikirannya."
"InsyaAllah..aja-aja fighting!"
Kami masing-masing tertawa. Berjalan beriringan meninggalkan kantin, aku memasak azam yang padu. Aku akan menjadi da'ie berjiwa murabbi!

[gambar~En. Google]
No comments:
Post a Comment