Zon Selesa

 Setelah sekian lama..

Seharian muncul 2 kata di minda seawal pagi hari ni. Zon Selesa..katanya buatku. Di definisikan dengan keadaan hidup sekarang. Barangkali kelihatan indah dan membahagiakan.

Jujur kata ini tidak memberi senyuman pun. Hanya mainan fikiran yang cuba disembunyikan dengan riak tidak punya apa-apa rasa. Manakan tidak..zon selesa ini penuh himpitan rasa bersalah, sesal dan kesal. Masih dibayangi perasaan keliru dan ragu.

Dia mengirim bersama satu dua nasihat untuk renungan. Seperti biasa..aku terus mengelak dan berlari. Lari dari masalah yang mungkin aku sendiri cipta.

Sehingga saat ini..masih belum ada konklusi untuk resah hati ini. Ya..perkataan yang paling layak untuk ku..lari dan terus berlari!

#semoga mereka terus mengirim doa untuk sahabat mereka ini.

#semoga juga aku berhenti berlari dan punya solusi untuk masalah hati ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kita

Pendam

Bertemu semula