Salam Palestine
29 Ramadhan hari ini. Sangat pantas kan masa meninggal pergi. Sama-sama lah kita muhasabah bagaimana rupa pengisian amalan kita pada bulan yang penuh keberkatan ini. Terlebih penting, sama-sama lah kita berusaha momentum seronok beribadah di sepanjang Ramadhan ini mampu kita kekalkan. Itulah kayu ukur, kejayaan kita di dalam madrasah Ramadhan ini.
Walau kesibukan membuat persiapan meraikan Syawal, sudah semakin terasa, semalam berkesempatan meluang masa bersama dua orang anak muda. Berbincang ilmiah seketika. Berkongsi pengalaman berharga mereka di lapangan dakwah. Walau usia masih muda, namun, komitmen dan konsistensi mereka harus ku beri pujian. Terasa kerdil diri. Masih sangat banyak yang perlu di pelajari. Masih perlu kerja keras kalau benar mahu bergelar da'ieyah sejati. Mudah-mudahan apa yang kami perbincangan selama 2 jam lebih semalam, akan mampu kami realisasikan dan paling penting mendapat redha dan keberkatan dariNya.
Semalam juga, satu kebakaran berlaku di kampungku. Belum hilang trauma dan lelah berhadapan banjir, di uji lagi dengan kebakaran. Simpati pada mereka yang dipilih Allah dalam ujianNya ini. Pastinya, berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Teringat sejarah kami sekeluarga pada 15 September 1995, pukul 1.05 petang, berhadapan dengan ujian kebakaran. Tinggal sehelai sepinggan. Betapa resah, kerut dan gelisahnya wajah bapa, mak dan kakak sulungku ketika itu. Memikir di mana lah kami mahu menumpang teduh. Sudahlah waktu itu hidup masih sangat susah. Bapa sekadar pemandu bas, sedang kami 9 beradik masih kecil dan bersekolah. Aku sahaja ketika itu baru berusia 12 tahun.
Apabila melihat keadaan kami sekarang..ternyata beasrNya kuasa Allah, Yang Maha Mengatur. Diuji hambaNya, tetapi DIA juga yang menyediakan jalan keluarnya. Allah tidak sama sekali zalim pada hamba-hambaNya. Bahkan sangat pengasih dan penyayang. Mehnah itu pengampun dosa. Bukan sahaja dosa insan yang diuji, tetapi juga dosa insan lain yang mahu mengerti dan memahami. Cuma manusia sahaja selalu keliru mentafsir takdir. Memandang kesusahan pahit, dan kesenangan itu manis. Walhal pahit itu adakalanya ubat dan manis itu kerap dikaitkan dengan penyakit.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang celik mata hati. Bersabar apabila diuji, bersyukur bila berhadapan nikmat. Ketaatan bukan datang dari kehebatan diri kita, melainkan dengan anugerahNya semata. Konklusinya, minta..minta dan terus meminta pada Yang Maha Pemberi..anugerahkan kita pakaian TAQWA, membaluti kita di sepanjang perjalanan panjang ini.
[harus segera mengundur diri..mak sudah semakin sibuk dengan burasnya, adik-adik sibuk dengan proses pembersihan rumah secara bersepadu..aku masih di sini..menekan abjad demi abjad.. ^-^]
2 comments:
Assalamualaikum Kak Mira... Salam Syawal 1431 Yg Bakal Tiba !!!
Erm, Terbaca Buras, Tercuit Senyuman.. Rindu N Teringinnya Masakan Tradisi Kita.. Allah !!!
" Walau D mana pun kita berada, sesedap mana pun masakan n makanan d negara musafir berada.. takkan bisa dikalahkan dgn masakan tradisi bangsa, Subhanallah... begitulah, sesedap manapun tangan yang memasak takkan sama enaknya masakan buatan ibu khas utk anaknya !!! "
Untuk warga yang mengalami musibah mehnah Allah.. smoga dikurniakan ketabahan n kesabaran yang tinggi seperti musibah yang pernah berlaku kpd orang2 yang pernah mengalaminya.. smoga digantikan Allah dgn tempat, kediaman, kebahagiaan serta kegembiraan yang berlipat kali ganda berkat kesabaran n redha dengan takdir yang Maha Esa Itu.. Ameen Ya Mujib !!! (",)
Post a Comment