Jarum jam seakan berhenti berdetik. Benarlah penantian itu satu penyiksaan. Menyiksa jiwa dan minda. Sesekali hati berbisik juga, menyumpah seranah. Mujur segera dibasuh dengan istighfar. Mengusap dada memujuk amarah yang mula menggelegak. Persis gunung berapi aktif. Menanti masa memuntahkan lava panasnya.
Zati Bertambah bengang kerana buku yang kerap diusung ke mana-mana tertinggal pula. Kesan terkocoh-kocoh mengejar masa. Risau terlambat. Walhal si teman yang dinanti bukan setakat lambat malah sangat lambat. Terbayang buku merah jambu Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia karangan penulis yang terkenal dengan buku La Tahzan, Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Sudah lebih dari setengah buku itu dihadamnya, kalau ada di bawa bersama tika ini, pasti dia sudah mampu menyudahkan pembacaannya. Rutin hariannya memperuntukan masa untuk punya ruang membaca buku. Tidak kira apa jenis. Samada novel Islami yang semakin banyak di pasaran seperti karya penulis kegemarannya Habiburrahman Al-Shirazy atau buku-buku ilmiah haraki karangan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia seperti Fathi Yakan, Mustafa Masyhur ataupun Al-Maududi. Andai terlalu sibuk dengan himpitan masa yang punya banyak tuntutan, dia akan membaca juga, walau hanya semuka sehari. Harus ada.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. MP3 usang berjenama Samsung pula kehabisan bateri. Kalau tidak, ada juga halwa telinga. Menyisih bosan yang bertamu. Sudahnya Zati hanya melihat gelagat manusia yang lalu lalang di hadapannya dengan pandangan kosong. Entah berapa kali dia bangun dan duduk kembali, mengintai-intai kelibat teman yang di nanti. Dia bagaikan penanti setia di pondok bas itu. Mujur mentari belum terik memancar. Angin pagi masih bertiup lembut. Setidaknya menyejukan tubuh yang membara di dalam.
“Assalamualaikum. Sorry..sorry..orang ramai sangat. Anti faham-fahamlah, bukan senang nak dapat bas hari cuti macam ni.” Dinah dengan muka bersalahnya tiba-tiba muncul di depan Zati.
“Waalaikumussalam..ada je lah kan alasan kalau dah lambat tu. Dah nak sejam tau ana tunggu anti.” Marah Zati tidak boleh di tahan lagi. Zati perlu menzahirkan rasa yang ditahannya sejak sejam tadi.
“Okey..okey..sorry erk. Jom ana belanja lunch. Sambil makan kita leh bincang assignment ni..jangan marah ye sayang..intan payung..” Dinah memujuk dengan bersungguh. Raut wajah bersalah dan kesal tergambar di wajahnya.
Mujur masih dalam mood belajar membina karektor yang mampu membenih bahagia. Terngiang-ngiang pembacaan Zati semalam, “hal-hal kecil akan mudah merosakan dan mengganggu perhubungan. Bahkan menjadi sebahagian besar penyakit yang berkaitan dengan jantung manusia”. Masih mampu Zati mengukir senyuman walau kurang menawan untuk menenangkan rawan hati Dinah. Tidak sampai hati pula mendera mental Dinah terus-terusan dihimpit rasa bersalah. Apatah lagi, saat inilah medan untuk Zati mengaplikasi ilmu yang dipelajari sepanjang pembacaannya beberapa hari ini.
“Dr. Aidh menulis, jika kebaikan telah memenuhi jiwa dan membahagiakan hati bermakna anda telah mendapat nikmat yang paling berharga. Justeru pelihara dan jagalah ia dengan baik. Ana tak nak nikmat ini hilang hanya kerana melayan marah ana kesan pengurusan masa anti yang tidak cekap. Tapi tolong pasak azam untuk berubah ye makcik.” Zati mencubit manja lengan Dinah.
“Aduh..pedihnya..Baiklah Cik Zati. Anti memang seorang yang penyabar, bijak mengurus masa, rajin, baik hati..
“Sudah-sudah..tak payah nak membodek lagi. Jom makan. Kata nak belanja kan. Ana memang nak makan yang best-best ni.” Zati pantas memotong dialog mengada-ngada Dinah. Menarik lengannya menyeberang jalan. Dinah menurut dengan sengihan panjang. Menzahirkan lesung pipit sebelah kiri pipinya. Manis!
Kafetaria bersebelahan kedai menjual alat tulis menjadi pilihan mereka. Selesa dengan rasa makanan dan harganya yang berpatutan. Sesuai dengan poket mahasiswa yang hanya mengharap duit pinjaman atau biasiswa. Lagipun pemilik kafetaria tersebut seorang yang dermawan. Tidak lokek menghulur sumbangan saat mereka iringkan kertas kerja program kampus untuk memohon derma. Orang berbudi, kita berbahasa orang memberi kita merasa.
“Aik kata tadi nak makan best-best. Ni makan ikan goreng dengan sayur je ni?” Dinah menegur tatkala melihat pinggan Zati hanya berisi nasi berlaukan ikan keli goreng sambal dan sayur kangkung goreng belacan.
“Bestlah ni..muak lah makan ayam. Hari-hari ayam. Nanti badan pun lembik macam daging ayam.” Zati berlucu.
“Ye lah tu. Cakaplah nak diet. Tak payah nak sorok-sorok lah cik adik.” Dinah terus menyakat.
“Janganlah cakap kuat-kuat. Seganlah orang dengar nanti. Sejak kawan dengan anti ni lah, badan ana naik tak turun-turun. Sikit-sikit makan. Makan..makan..makan.” Zati meluah rasa. Sememangnya bimbang dengan penambahan berat badannya. Walau masih dalam graf normal, tetapi dia tidak rasa selesa.
“Ana pulak yang disalahkan. Ana masih mantain pun..masih lagi dalam kategori berat badan unggul ye. Tak payah lah nak bimbang sangat. Anti ok apa macam ni. Nanti balik kampung, ibu anti mesti senang hati. Anak bahagia je duk di perantauan ni. Cukup makan!” Dinah mententeramkan gusar Zati.
“Pandailah anti kan..dah..makan cepat, asingnment tak terusik lagi ni. Lusa dah kena hantar. Tak pasal-pasal kena menghadap Dr. Mustaffa pulak nanti.” Zati mematikan topik perbualan berat badan mereka. Fokus pada nasi yang tidak sudah dijamah.
Habis sahaja perbincangan dengan Dinah, mereka membawa haluan masing-masing. Dinah mengambil bas untuk ke Kolej Kediaman Aminudin Baki. Zati pula ke Kolej Kediaman Ungku Omar. Mereka boleh dikategorikan bernasib baik kerana mampu tetap berada di kolej walhal sudah masuk semester ke 7. Kebiasaannya pelajar hanya bertahan duduk di kolej kediaman selama 2 semester sahaja. Ramai yang memilih untuk menyewa di luar kerana tidak mahu terlibat dengan program kolej. Pandangan mereka kekal di kolej membebankan dan menyekat kebebasan. Ada pula yang berhasrat untuk tinggal tetapi tidak berjaya kerana tidak mempunyai sebarang komitmen dengan kolej kediaman. Zati dan Dinah berjaya bertahan kerana kedua-duanya adalah Rakan Exco Kerohanian Kolej. Bahasa lainnya Ahli Jawatankuasa Surau. Bagi Zati dia selesa berada di kolej kediaman kerana keselamatan yang lebih terjamin dan kos hidup yang lebih murah.
bersambung.....
************************************************************************************
Cerita ini merupakan tulisan terpanjang pernah saya hasilkan..akan saya siarkan secara bersiri mengisi bicara sufi..selamat membaca dan mengikuti ceritanya..mudahan ada manfaat bersama..sebarang teguran sangat dihargai ^_^
5 comments:
tahniah dear...akhirnya...si kelalang kong menjadi seorang novelis yg sgt bagus...huuuu suke! suke! suke!
tahniah dear...akhirnya...si kelalang kong menjadi seorang novelis yg sgt bagus...huuuu suke! suke! suke!
hehehe..toche..toche..baru belajar bah geng..esok episod 2..tunggu ^_^
kisah ni lebih kurang kisah benar k.mira n k.dinah yer ms zaman kt kuo dulu..hehe ~ilham
~ilham
inspirasinya dari situ..cuma tidaklah benar sepenuhnya.. ;)
Post a Comment