Posts

Showing posts from 2016

Pendam

Image
Meluah bicara tiada kata Sekadar bermain di minda Sesak sebak rasa jiwa Hati berbisik sayu Pedihnya memendam pilu Balasan pada dosa lalu Yang membekas dalam sendu Akankah terungkai semua ini Pergi bebas jauh diri Aku mahu terus berlari Tanpa pautan duri-duri Tajam menusuk sanubari Lelah terusan begini Melayan monolog diri Beratnya beban rasa ini! Semoga malam ini Masih mampu bermimpi Esok mentari pagi Menyinar kelam hati Walau mungkin cuma sehari. # Dua hari lagi usia genap 33 tahun..beban ini masih tertanggung. # Semoga khilafku tidak diwarisi..