Posts

Showing posts from October, 2009

Tidak mudah

"Esok sekolah?" tanyaku Sekolah.." Jawabnya mengangguk Ada apa? Keningku berkerut [aktiviti ko-kurikulum September lagi berakhir] Bukanlah sekolah, kami ada latihan poco-poco berkumpulan? Jawabnya jujur. Aku maklum mereka sedang sibuk dengan aktiviti yang pelbagai sempena "bebas" daripada PMR. "Tak payah lah turun..poco-poco tu bukannya boleh dalam Islam. Cuba cari internet pasal poco-poco." Jawabku tegas dan keras. Tidak ada suara lagi aku dengar selepas ayat penamatku itu. Semalaman aku lihat "mood"nya muram dan malamnya bertambah kelat. "Bolehkah pegi sekolah? Bukan untuk poco-poco. Tapi bincang pasal masakan dan gubahan" Pintanya di pagi hari. Tidak banyak bicara..aku sekadar memberi isyarat yang tafsirannya hanya satu TIDAK BOLEH! Aku dengar dengusan "bengang"nya meninggalkan kamarku. Aku sedar bersikap keras begini, bukan metod terbaik untuk mengajarnya. Mendidik dan membentuk orang menjadi orang bukan mudah. Pendek

Tiada jaminan

Image
9.30 am waktu yang tertera di skrin laptopku. Kalau di tempatnya, kini sudah dalam pukul 12.30. Katanya waktu di Tawau lewat 2 jam dari tempatnya. Segera aku membuka Facebook. Ada bunga-bunga harapan berputik di hati agar dia juga turut online. Sedikit kecewa, dia tiada. Pasti dia punya urusan lain. Sejak semalam, sewaktu aku mula melihatnya pertama kali setelah 9 tahun tidak pernah berjumpa, mindaku banyak dikuasai oleh dia. Bayangannya sering mengisi kotak mindaku. Membuat aku berputar dan menganalisis dirinya kini. "sejak bila berubah begini?" tanyaku sewaktu kami "chating" di Facebook semalam. "3 tahun lepas. Tapi dari dulu kan aku memang macam ni. Cuma sekarang berubah pakaian je. Aku still macam dulu, nakal. sekarang aku menzahirkan kenakalanku. Orang selalunya buat jahat ni sorok-sorok. Tapi sebenarnya dorang tu lebih "setan" dari aku." Jawabnya jujur. Semua jawapannya masih segar di kotak fikiranku. Aku tidak mahu mengulas panjang atas ap

Mencari Konklusi

Image
Sejujurnya emosi tidak berada di paksi ketenangan. Macam-macam bermain di minda dan fikiran. Akhirnya membibit celaru dan keliru. Sekali lagi saf perjuangan yang aku dokongi diuji oleh Dia yang maha menilai. Menguji untuk memilih dan membuat tapisan. Menguji untuk membezakan pejuang sebenar atau pejuang celupan. Jauh di sudut hati, aku yakin dan pasti saf yang sedikit "bengkok" ini akan kembali lurus. Selaku ahli biasa yang tidak punya kelayakan untuk mengulas bicara, aku hanya bisa berdoa dan bermunajat, pemeliharaan Allah sentiasa bersama kami. Kasih sayangNya terus menyatu hati kami. Apa yang berlaku ini adalah laluan dan pimpinanNya untuk kami lebih utuh dan kukuh di masa mendatang. Aku juga sangat yakin, barisan pemimpin perjuangan ini, yang telah kami baiahkan memimpin kami akan menyelesaikan kekusutan ini dengan sebaiknya. Apa jua keputusan yang akan diputuskan Rabu ini, InsyAllah akan diterima dengan lapang dada. Tidak dinafikan, kelahiran ruang media maya seperti blo

Cuti-cuti Malaysia..

Image
Alhamdulillah..selesai dan selamat sudah percutian ringkas aku dan adik-adikku yang banyak ragam itu. Tiket "murah" yang dibeli seawal Januari lalu, menjadi percutian yang ringkas dan padat buat kami semua. Walau sedikit sesal kerana percutian ini "clash" dengan Konvensyen IT di Kundasang. Program yang sepatutnya aku hadiri. Ya..aku akur, aku masih belum layak dikategorikan "pejuang sejati". Masih tewas memilih jemaah dan keluarga..Namun, masih menagih kasih dan simpati Ilahi agar terus memberi aku peluang dan ruang untuk berada dalam jalan perjuangan yang berliku ini... Balik kepada cerita bercuti, kali ini sedikit kelainan, aku memandu sepanjang berada di bandaraya Kota Kinabalu. Pengalaman baru yang menyeronokan. Percutian banyak diisi dengan menjelajah satu "shoping complex" ke satu "shoping comlplex". Berada di pusat bandar, tempat manalah lagi yang boleh dilawati. Hanya ada "hutan bangunan". Petangnya pula masa dihabiska

Kelainan perlu penyesuaian..

Image
Konsert Kesenian Islam dengan tema Berhibur Cara Islam anjuran Jabatan Pasti di bawah DPPKT telah berkahir semalam. Sebagai penonton dan bukan penganjur, aku punya interpretasi tersendiri tentang konsert semalam. Sempat juga pagi ini sembang-sembang mengulas konsert semalam dengan rakan sekerja yang turut membeli tiket dan hadir ke Dewan Masyarakat Tawau. Secara keseluruhannya, tidak dinafikan konsert semalam masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Waktu yang terlewat setengah jam daripada waktu yang tertera di tiket sudah mula merimaskan audiens. Mukaddimah konsert dengan ucapan perasmiaan oleh YDP PAS Kawasan menambah keresahan penonton yang hadir. Agaknya tidak menjangkakan konsert ini diselitkan dengan ucapan perasmiaan. Mujur YDP bijak membaca keadaan dengan meringkaskan ucapan beliau. Tidaklah resah penonton berlanjutan. Persembahan dimulakan dengan nasyid daripada johan Alam Ria Pasti kali ke 9 iaitu Pasti Merotai. Lagu yang meleret panjang masih tidak memberi aura &

Beri ruang dan masa

Hari Rabu memang kurang digemari oleh para pendidik di SMKJPT. Rabu sinonim dengan Taklimat Rabu atau nama glamournya Hari Profesionalisme. Para pendidik sekolah dalam taman ini [gelaran yang aku bagi untuk sekolahku yang tercinta ini..] kena mengahadiri taklimat selama sejam lebih dari pentadbir. Bermula pukul 12.30 hingga hampir ke pukul 2.00. Walapun mulut mengomel-ngomel malas nak hadir, tapi kami tetap juga hadir. Masih memberi komitmen semasa taklimat. Itulah kelebihan barisan pendidik sekolahku ini. Mulut saja "nakal" sikit, tapi kerja jalan. Cuma lambat cepat sahaja. Standard lah tu kan.. :-P Taklimat selesai dalam pukul 1.30. Perut sudah mula berkeroncong. Aku pun macam biasa singgah "Hotel Daya Maju" [rumah kakak sulungku]. Aku panggil hotel sebab memang aku selalu buat rumah ni macam hotel. Datang dan pergi sesuka hati. Mujur kakak ku sangat "sporting" orangnya. Tak pernah kisah dengan "feel" adiknya ini. Agak malang sedikit hari ini,

Kawan: Teman vs Lawan

Image
Bangun pagi hari ini terasa kenikmatan berehat semalaman. Tidur yang lena. Sebelum ke sekolah pula, mak sudah siap menyediakan sarapan pagi nasi goreng kampung beserta secawan teh o panas. Senyum lebarlah jawabnya. Jimat belanja. Mak memang kerap bangun awal untuk menyediakan sarapan buat anak-anaknya yang kebanyakannya keluar bekerja sebelum pukul 7 pagi. Kasih sayang mak, tidak pernah luntur. Sehingga kami sudah berhijarah ke alam kerjaya pun mak masih menjaga makan minum kami sebaiknya. Anak-anaknya ini sahaja yang acapkali alpa menilai dan membalas kasih sayang mak. Tiga tahun di alam kerjaya, tahun ini aku sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya. Awal-awal dahulu, aku terlalu "enjoy" dengan duniaku. Dengan dunia kawan-kawan. Tahun ini, aku sudah sedar, hakikat hidup, keluargalah yang paling harus kita utamakan. Sakit pening, susah payah hanya dengan merekalah bakal kita kongsi dan rasai bersama. Kawan ini, belum tentu sanggup bersama dengan kita dalam apa jua keadaan

Respond bila perlu

Image
"Kalau nak cakap pasal keadilan sekarang ni..susah. Bukan setakat di sekolah sahaja, di mana-mana pun. YB kepada rakyat, Bos kepada pekerja ataupun pengetua kepada cikgu..sama sahaja. Namanya pun manusia. Sebab tu akak, buat kerja niatkan ikhlas sahaja. Jangan fikir sangat pasal anugerah-anugerah ni." Antara butir bicara semasa aku bersembang-sembang dengan seorang cikgu berpangkat kakak di sekolah pagi tadi. Topik asalnya, berkaitan dengan APC [anugerah perkhidmatan cemerlang] yang saban tahun menjadi topik hangat. Adatlah, pasti ada suara-suara kurang berpuas hati dengan penerima-penerima anugerah. Ada yang kata pentadbir "bias" lah, pilih kroni lah. Tidak kurang juga yang bersetuju dengan rakan sejawat yang berezeki kali ini. Aku turut bersetuju dengan pandangan rakan sekerjaku, kerja ikhlaskan hati..insyaAllah pahala menanti. Namun, mengikhlaskan diri dalam bekerja, tidak harus dijadikan peluang oleh individu lain untuk berlaku zalim dan menindas insan-insan y

Tiada cerita

Hari ini kembali bertugas di sekolah. Setelah seminggu bertugas di sekolah orang lain. SMK Wakuba Tawau. Sekolah yang cukup mendamaikan dan menenangkan perasaan. Di kelilingi dengan alam yang menghijau dan bilangan calon yang sekadar 62 orang sangat mudah tugas mengawas PMR kali ini. Ditambah lagi dengan rakan-rakan pengawas yang mudah serasi. Segalanya mudah ceria dan menyeronokan. Itu kisah seminggu lepas. Semuanya sudah berlalu. Hari ini hari baru. Baru tapi statik saja coraknya. Pagi bangun awal ke sekolah. 12.15 tengah hari, bergegas balik ke rumah. Macam ada hal penting saja di rumah..hehe..Walhal sampai rumah bukan ada apa-apa pun. Paling tidak, ambil "remote" astro, tekan "channel" yang rasa mahu dijamah oleh mata. Selalunya mata tidak mahu menjamah mana-mana siaran..sebaliknya mata mahu dipejam dan direhatkan..Kalau ikut rasa, memang tidurlah jawabnya. Bila ingat padahnya tidur siang masa malam hari nanti, terus cepat-cepat "on" laptop. Hasilnya m

Kejayaan yang masih tertunda

Hari ini benar-benar terisi penuh. Dari awal pagi hingga ke petang ada saja aktiviti yang dilakukan. Awal hari ini diisi dengan tugasan di OUM, tanpa rehat berkejar ke meeting LPP DMPKT. Selesai menunaikan zohor yang ringkas, memecut laju ke Yassin Curry House untuk meeting penerangan kawasan pula. Mujur meeting bersama adik-adik pemuda ini santai sahaja. Sambil melayan "mee mamak" dan segelas horliks ais, berjaya juga kami menyediakan dan melengkapkan draf buletin sulung PAS kawasan Tawau. InsyaAllah..mudah-mudahan perancangan akan memudahkan perlaksanaannya nanti. Selesai urusan rasmi perjuangan, aku memenuhi jemputan rumah terbuka sahabat-sahabat SMKJPT. Menu nasi kerabu dijamah seadanya kerana masih kenyang dengan "mee mamak". Semuanya "full". Perut "full", masa pun "full". Kalau setiap hari macam ini pun tidak mengapa. Mengisi masa lebih menggembirakan daripada sekadar duduk rumah tidak tahu hendak buat apa-apa. :-) Malam ini, sepe

Menuju Puncak

Image
H ari ini hajat untuk panjat bukit tercapai juga akhirnya. Ajakan spontan kepada adikku bersahut dan kami realisasikannya walau tanpa perancangan awal. "Jom kita pergi daki bukit" Ajakku tiba-tiba. "Jom..jomlah k.mirah..tenangkan fikiran sebelum baca sejarah." Sahut adik bongsuku yang tengah "berperang" dengan PMRnya. Melihat dia bersemangat, dalam masa 15 minit kami pun siap sedia untuk menuju ke destinasi. Kasut yang sudah bertahun tidak di guna, barulah hari ini berbakti semula. Terakhir aku menggunakan kasut jenama "power" bata ini, Mac 2008 semasa ekspedisi mendaki gunung kinabalu. Dengan senyuman dan perasaan tidak percaya kami memulakan pendakian. Dengan stamina yang tiada, memang terasa "berat" sangat hendak menuju ke puncak. Lebih mencabar, kami nyaris-nyaris tersesat. Apa tidaknya, ini adalah kali pertama kami ke sini, tetapi macam dah berpuluh kali pula naik. Selamba "badak" saja meneruskan langkah. Sudahlah telefon

Gempur Sampai Hancur!

M emang pantas benar masa berlalu. Rasa baru sangat aku menjaga PMR di SM Convent St. Ursula. Hari ini aku mengulang peristiwa lama. Bezanya, kini di SMK Wakuba. Maknanya sudah setahun berlalu. Tidak sedar masa meninggalkan kita bersama kenangan dan peristiwa semalam yang tidak mungkin mampu diulang lagi. Pasti ada bezanya. Dalam setahun yang telah ditinggalkan, kalau dihitung secara analitikal, berapalah agaknya peratus kebaikan yang telah dilakukan. Lebih banyak, kurang atau sama sahaja dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan redha Allah. Perubahan diri rasanya tidak banyak yang berubah. Sedikit perbezaan, tahun ini, aku memang "berabis" untuk famili. Lebih banyak menumpu masa, tenaga dan harta buat mereka. Sebolehnya, kesal tidak sempat berbakti dengan sebaiknya buat arwah bapa dapat ku tebus. Kalau orang lain sibuk mengurus diri untuk menempuh alam baru yang bernama alam rumahtangga..aku pula sibuk mengurus rumah mak yang memang dah ada tangga ni..hehe.. Rumahtangga a

Adakalanya..

Masih di sekolah. Sesi perekolahan untuk sidang pagi sudah berakhir. Kebiasaannya waktu-waktu begini aku sudah lama memecut ST7909K balik ke rumah berehat-rehat. Hari ini, rasa malas mahu balik awal dan mahu menikmati kesejukan penghawa dingin di bilik guru. [rumah tiada aircond bah..hehe] Hanya ada dua kelas hari ini. Tetapi dua-dua kelas dilayan dengan mood yang satu. Mood marah dan mengomel. Muka yang manis awalnya berubah menjadi kelat. Lama sangat sudah aku tidak membebel. Biasanya apabila mereka tidak membawa buku latihan atau tidak menyiapkan kerja, aku hanya akan menasihati dan bermurah hati memberi mereka kertas untuk digunakan. Hari ini, aku masih bermurah hati. Bermurah hati memberikan mereka libasan rotan di tangan. Sebagai pengajaran, tidak setiap hari cikgu mereka ini punya mood sabar dan baik hati. Kekadang akan datang juga rasa marah apatah lagi bila kerap sangat makan hati. InsyaAllah..marah ini tidak berpanjangan..dah "cool" dah ni..tarik nafas..hembus..lega

Malam yang sepi

Malam sudah lewat dan semakin pekat. Angin malam dari tingkap yang menghembus lembut cukup menyamankan. Wajarnya tika begini, aku sudah lena diulit mimpi. Merehatkan diri dan minda. Esok Isnin InsyaAllah akan membuka tirainya lagi. Menandakan perlu bekerja. Perlu hadir ke sekolah. Mata malam ini entah apa masalahnya. Tidak mahu lelap. Adik pula baru sebentar tadi menghantar masuk secawan teh o panas. Dia yang sedang berhempas pulas untuk PMRnya sememangnya "tukang bancuh teh o panas" saban malam. Moga-moga teh ini tidak menambah luasnya mata yang perlu untuk lelap ini. Sunyi sedikit malam ini. Tiada teman bicara di ruangan YM. Sahabat-sahabat "Tawau" kebanyakan "offline" awal malam ini. Kesan kepenatan mengurus dan menjayakan Alam Ria PASTI siang tadi. Tahniah buat semua yang telah menjayakan program jemaah. InsyaAllah usaha murni kalian pasti ada nilaian disisiNya.. Mudah-mudahan "keciciran"ku hari ini bukan mukaddimah kepada keciciran-kecicira

SBCH4103

S aat menulis ini, sedang didendangkan zikir merdu Ustaz Amal melalui siaran Astro Oasis. Indahnya alunan kalimah merayu dan merintih pada Dia yang Maha Gagah Perkasa. Terasa benar kekerdilan diri sebagai hamba. Sudahlah lemah tidak berdaya, tapi masih acapkali berani mencabar kekuasaan Sang Pencipta dengan melanggar suruhanNya dan melakukan laranganNya. Benar-benar tidak sedar diri! Sedang berusaha mengumpul "mood" sebenarnya. Buku Macromolecular & Industrial Chemistry [SBCH4103] menanti untuk dihadam. Subjek berat yang menjadi amanahku pada semester September OUM kali ini.Kuliah ahad ini agak mengejutkan kerana aku hanya mengetahui punya kelas pada hari Selasa. Kelam kabut jugalah hendak buat persiapan. Mahu tidak mahu..rempuh saja lah.. Mudah-mudahan mood untuk "study" akan datang mencurah-curah sebentar nanti..harapnya.. Esok ada saringan Ihtifal Alam Ria PASTI peringkat Tawau. Secara rasminya aku tiada tugas. Tugas yang ada sudah diambil alih oleh orang l

Sabar yang sangat panjang

Image
Hari ini 12 Syawal 1430H. Alhamdulillah..berjaya juga menghabiskan puasa sunat Syawal. Kali ini agak istimewa sebab puasa di lalui bersama-sama emak tersayang. Setiap hari kami sahur dan berbuka bersama. Hati benar-benar tersentuh melihat mak yang jauh lebih berusia dari diri, tetapi lebih gagah berpuasa. Setiap hari balik daripada sekolah, aku akan memperuntukan masa untuk melelapkan masa sementara menanti asar. Mak pula, tidak senang duduk bahkan sentiasa saja ada kerja yang dilakukan. Paling tidak, melayan dan mengawasi cucunya yang tersangat "buas"nya. Masih ingat lagi, 2 atau 3 tahun lepas, emak pernah bertanya, "bulan Syawal bagus rupanya kita puasa 6 hari kan" "Iya..memanglah mak. Puasa sunat 6." Aku menjawab dengan senyuman. "Owh..kenapa tidak kasi tau..nanti mahu puasalah " Jawab mak lagi "InsyaAllah.." jawabku ringkas..senyuman masih berbaki di bibir.. Waktu itu mak baru pulang dari menunaikan ibadah haji. Ternyata perbezaan m