Posts

Showing posts from June, 2010

Rindu serindu-rindunya...

Image
Salam Palestine.. Sejujurnya perasaan tidak beberapa enak beberapa waktu ini. Terutamanya sekembali dari Madrasah Darul Hidayah, Sg. Imam. Ditambah lagi dengan isu-isu semasa negara yang tidak pun mahu saya fikirkan sangat, tetap jua hadir menjerut emosi. Saya juga jadi buntu terus melayan desakan minda saya untuk berfikir dan memikirkannya. Saya bertambah buntu terutamanya apabila sendiri begini. Apa yang saya pendam jauh di lubuk hati ini, perlukan teman bicara..biar lerai segalanya dan bertemu sebuah konklusi. Saya bertambah tidak tenang jiwa, apabila rindu pada sebuah memori indah yang saya pernah lakar bersama mereka yang saya panggil teman seperjuangan bertamu di qalbu sepi. Saya masih tidak boleh menerima kenyataan saya sudah tidak bersama mereka. Saya masih tidak mahu menerima fakta mereka meninggalkan saya. Saya belum bersedia menerima semua ini.. Kami tidak bersama kerana sebuah kerjaya..agaknya mereka mahu menumpukan fokus yang penuh pada sesuatu yang telah mereka genggam..

Sakit lagi..

Image
Diserang penyakit malas..malas mahu menulis, malas mahu membaca, malas mahu berfikir, malas mahu dengar kuliah... Bila nak pulih ni??? Macam mana nak kembali kepada normal ni??? [kalau ada sesiapa yang sedang menderitai "penyakit" ini..tak payah pergi klinik pakar..just dengar aluanan ayat suci Al-Quran atau zikir-zikir yang melunakkan jiwa..sedang mencubanya ni...terapi jiwa!

Cinta yang hilang

aku kembali berdiam menyepi sekadar duduk dan memerhati membiar angin berdesir pergi membelai tubuh kaku berdiri damai dan nyaman terus begini kerana minda tidak sekaku diri diamku ini tidak seperti dulu yang lemas dijerut emosi lesu hingga aku lemah dan terus layu tanpa upaya menyingkir keliru kelam ku sudah cerah suram ku sudah sirna pandanganku tidak lagi gelita kini aku berteman suria aku sudah sedia memula langkah dengan menggenggam seisi dunia aku layangkannya ke lautan samudera tidak mahu membiarnya meraja di jiwa aku harus kembali mencari cinta yang pernah singgah di hati buta tanpa ku nilainya persis permata cinta itu masih ada masih menanti penuh setia untuk kembali ku takhtakan di jiwa biar menyinar seluruh takhta untuk aku berbekal taqwa menuju menghadap Tuhan Yang Esa [Ya Allah yang Maha Mencintai..izinkan aku terus hanyut dalam samudera CintaMu yang tidak bertepi..izinkan aku Ya Allah...]

Jangan pernah berhenti..

Image
Salam Perjuangan Berkesempatan menyaksikan ulasan "Kapal Mavi Marwara" melalui saluran astro 501. Siapa sahaja yang punya hati murni pasti tersentuh jiwanya. Melihat permainan jijik Yahudi laknatullah tidak langsung boleh dimaafkan dan dipejamkan begitu sahaja. Sesuatu yang tidak pelik apabila suara kebangkitan terdengar di seluruh pelusuk alam. Hatta bangsa Yahudi ada yang membantah kekejaman kaum mereka sendiri. Di negara-negara yang jelas nyata bersekongkol dengan Yahudi laknatullah juga terdengar suara pemberontakan. Semua bangkit atas dasar kemanusian. Fitrah semulajadi seorang yang bergelar insan. Semua respon yang hadir dari masyarakat seluruh alam ini tidak ada masalahnya. Cuma yang sedikit menggusarkan adalah asas kepada tindakan kita mengecam kekejaman Yahudi Laknatullah. Adakah ianya sekadar bermusim? Hanya apabila ada kes yang melibatkan warganegara kita, baru rasa mahu menunjukan protes? Pemikiran begini yang kelihatannya masih membelenggu "umat melayu"

Aku Ada Kamu

Image
Salam perjuangan.. L amanya tak menulis..ada masa menulis, "mood" menjauh hati..ada kemahuan menulis, masa membatasi..sudahnya bicara sufi ditinggal sepi... Hari ini Ahad dalam cuti 3 minggu. Cuti persekolah semester pertama. Cuti yang panjang bunyinya. Tapi tidak disedari berbaki 2 minggu sahaja lagi. Mulanya risau juga, apalah pengisian cuti ini, panjang benar rasanya. Alhamdulillah wa syukrillah..masa yang diizinNya, terisi dengan sesuatu yang bermakna. Hujung Mei lepas sibuk dengan Bengkel Bina Naqibat dan Muktamar DMPNS. Tawau menjadi tuan rumah. Apatah lagi menjadi "pengarah muktamar loncatan" memang haru-biru lah jawabnya. Kafarah tak jalankan tugs dengan sempurna semasa muktamar DMPKT lepas. ..hehe Minggu ini pun, Alhamdulillah..masa masih mampu dikualitikan. Semalam ada Rehlah DMPKT. Seronok juga lah dapat merehatkan minda sambil memantapkan jalinan ukhuwwah bersama sahabat seperjuangan. Hari ini pula sempat menghadiri Kuliah Mingguan. Sedikit mengecewakan,