Posts

Showing posts from October, 2012

Biar tinggal kenangan

Salam Palestine Malam yang agak lapang. Duduk dan menghabiskan masa di hadapan laptop. Puas menjelajah alam maya muka buku, saya singgah di sini. Menulis sedikit catatan isi hati yang kerap mengganggu akal fikir saya dua tiga hari ini. Tugas saya selaku guru yang berhadapan dengan remaja 16-17 tahun membuat saya sering berfikir, betapa masa dan keadaan mampu merubah suasana dan persekitaran. Umum menyedari cabaran semasa hari ini sangat merungsingkan orang-orang dewasa yang matang fikirannya. Terutamanya ibubapa dalam membesarkan anak remaja yang lebih kerap terdedah dengan unsur-unsur negatif berbanding membina aura-aura positif dalam diri. Mahu cari salah dan puncanya sudah berjela kertas kerja mendapatkan solusi ditulis dan dibentangkan oleh golongan cerdik pandai. Puas sudah para da'ie dan agamawan mengerah minda biar kreatif pendekatan dakwah dan tidak terus dipersalahkan dengan kejumudan dan dakwah bersifat syok sendiri. Hasilnya belum memberangsangkan bahkan mak