Posts

Showing posts from August, 2009

Kreatifnya Insan Bernama Manusia

Image

Hilang dan pergi...

Image
Salam Ramadhan.. Hari ini mengisi cuti yang terakhir. Memang terlalu "malas" bila memikirkan esok perlu ke sekolah. Bertambah beban di minda bila mengingati kerja-kerja yang menanti disempurnakan. Untuk tidak terus mematikan "mood" baki cuti ini, harus mengarah minda supaya berhenti memikirkan hari esok. Sebaliknya menghayati dan menghargai sepenuhnya hari ini. :-) Seharusnya begitu..hargai hidup yang sedang dilalui. Optimumkan sepenuhnya penggunaan masa untuk sesuatu yang berkualiti. Corak kehidupan hari ini adalah kenangan untuk esok hari. Mahu sentiasa punya memori yang manis untuk dikenang di esok hari, pastikan yang terbaik untuk hari ini. Antara tips menjadikan hidup lebih manis dan bermakna, ikat diri dengan jalan perjuangan dengan erat dan utuh. Jom..terus berjuang!

Terima Kasih Mak..

Image
Salam Ramadhan Semakin pulih..itu rasa hati tika ini. Fizikal pun bermula hari ini, sudah kurang sakitnya. Sakit yang "dideritai" seawal usia 9 tahun. Puas sudah menelan pelbagai pil, menyapu pelbagai ubat. Tidak juga hilang untuk selama-lamanya. Kekadang muncul dan memberi peringatan pada diri yang kekadang terlupa apa itu "sakit". Inilah hikmahnya "sakit misteri" ini. Peringatan buat diri! Esok ada satu program akan berlangsung. Sejenak di Kg Pasir Putih. Kampungku sendiri. Tugas sebagai ajk perhubungan dan promosi diamanahkan pada ku kali ini. Buat pertama kali program, aku terasa bergerak "sendiri". Tidak terasa amal jama'ie nya kali ini. Agaknya kerana tugasan kali ini memang tidak memerlukan keterlibatan sahabat-sahabat yang lain. Syukur sangat kerana mak yang tersayang sangat banyak membantu. Aku langsung tidak membuka mulut mempromosikan program ini. Memang aku jenis berat mulut. Apatah lagi dengan orang-orang kampung. Walhal hampir

Format Minda & Jiwa

Salam Ramadhan.. Memang pantas benar masa berlalu. Meninggal pergi kisah semalam, menyelam apa yang berlaku kini dan memburu sesuatu yang tidak pasti esok. Cuti persekolahan penggal kedua, cuma berbaki 3 hari. Ramadhan pula sudah masuk hari keenam. Semuanya bagai sekelip mata. Terus berlalu namun kehidupan masih jua tetap dan kaku begini. Sepanjang cuti sekolah ini, langsung tidak mahu memikirkan hal-hal persekolahan. Sememangnya mahu melupakan tugas-tugas itu. Namapun cuti. Kalau cuti pun nak fikir hal sekolah, baik tak payah cuti kan. Biarlah kerja-kerja sekolah itu diselesaikan di sekolah juga. Barulah kena dengan tempat dan masanya.[helah bela diri orang yang agak malas] Sejak Ramadhan membuka lembarannya, masa lebih banyak dihabiskan bersendiri di bilik. Samada bilik "tumpangan" di Taman Daya Maju [ rumah kakak] ataupun bilik "tumpangan" di Kg. Pasir Putih [ rumah mak ]. Kalau berteman pun berteman dengan laptop pinjaman ini. Kalau bercerita pun, bercerita deng

Sufi-Haraki-Ilmi

Semalam 4 Ramadhan, tidak sempat menukilkan sesuatu. Keletihan yang menerpa suluruh tubuh tidak memungkinkan jemari gagah mengatur kata menyusun bicara. Hanya mampu menyelesaikan amanah mengemaskini blog kawasan dan DMPKT. Syukur atas kemenangan di Permatang Pasir. Kemenangan Parti Islam yang pastinya adala kemenangan Islam sebenarnya. Pelbagai ulasan telah diberika oleh pelbagai pihak atas kejayaan ini dan kegagalan "parti satu lagi". Aku yang sememangnya kerap mengikuti perkembangan politik tanahair melalui pembacaan di pelbagai sumber media, adakalanya membaca dengan pelbagai emosi. Kekadang marah dengan sikap manusia yang sanggup melakukan apa saja demi sebuah kuasa, harta dan takhta. Kekadang menangis gembira kerana masih ada manusia yang sanggup mengorbankan harta, jiwa dan raga demi sebuah agama dan negara. Naluri jiwa ini sebenarnya kurang gemar dengan "kisah-kisah politik" .Tetapi terpaksa dibelai dan dipujuk agar jangan terus membutakan minda dan jiwa de

Rindu Terhenti

TELAH KU TINGGALKAN MEMORI SILAMKU ITU TIDAK KU BIARKAN HIDUPKU DIBELIT PILU WALAU DUKA MENAMPAR DADA WALAU SEPI MENCALAR HATI RINDUKU TERHENTI KU PINGGIRKAN SAYU YANG MERUNDUNG KALBUKU KASIH DULU KU BIAR BERLALU KU PINGGIRKAN LARA YANG BERPAUT DI JIWA KU TERUSKAN HIDUP TANPA DIA PADAM NYALA PATAH TUMBUH, HILANG KAN BERGANTI CINTA TIBA CINTA PERGI, YANG AZALI KU NANTI KU LUPAKAN MU JUA DISINI RINDUKU TERHENTI SEJAK KAU PERGI MENJAUHI RINDUKU TERHENTI [ketika mendengar lagu ini..terasa sesuatu yang mendalam di sudut jiwa..mencari dan menafsir apa kaitannya dengan diri..sesuatu akan berlaku 2 Syawal 1423 H..semoga rindu ini benar-benar terhenti..selamanya pun aku rela..]

Sahabat Bloggers

Image
Salam Ramadhan... Sejak 3 hari Ramadhan membuka tirainya, jadual cuba di atur agar berhadapan dengan laptop dan mengakses internet hanya apabila urusan-urusan "Ramadhan" selesai disempurnakan. Kebiasaannya waktu yang agak panjang untuk berlama-lamaan dengan bicara_sufi seusai tarawih dan moreh bersama keluarga tersayang. Sejak kewujudan bicara_sufi beberapa bulan ini, ada beberapa bloggers yang dahulunya merupakan adik-adik junior dan anak murid sendiri singgah kunjung di sini. Alhamdulillah keberadaan mereka di menara gading turut membuka minda mereka untuk tidak "buta" dunia tanpa sempadan ini. Blog-blog mereka juga sangat bagus. Punya "trademark" tersendiri. Lebih menyenangkan hati, daripada blog mereka jelas terpamer fikrah yang mereka dukungi kini. Kalau semasa di bumi peladang, tidak terzahir sejauh mana kefahaman mereka terhadap tuntutan perjuangan. Apatah lagi mereka bukan daripada generasi PERPPIS yang memang tidak dapat di sangkal sumbangan dan p

Usrah Panjang

Salam Ramadhan.. B erakhir lagi 2 Ramadhan..hari ini masa terisi dengan usrah "panjang" bersama pimpinan DMPKT dan DMPNS. Memang lama sangat usrah hari ini. Mahu hampir 4 jam. Berkelapangan semuanya.Tidak perlu kalut bergegas ke rumah untuk menyediakan hidangan tengah hari. Seperti kebiasaan aku lewat sejam kerana perlu ke SK Kem Kabota untuk sesi "mencari duit tambahan" [tuisyen]. Dan seperti kebiasaan juga, sepanjang sesi usrah aku sekadar menjadi pendengar setia. Tidak kedengaran butir suara ku bertanya atau menambah fakta. Entah kenapa..tapi aku perasan, memang begini tingkahku tika berada dalam kelompok yang usianya jauh lebih tua dan matang dari aku. Menjadi hobi untuk aku sekadar menjadi pemerhati. Belajar dari pengalaman mereka. Secara tidak langsung, aku yang paling muda dalam kumpulan usrah ini juga menjadi ahli usrah yang paling pendiam. Tidak mengapa, aku suka keadaan ini. :-) Hari ini, isu yang masih berbekas di minda isu ukhuwwah dan kebajikan sesama a

Kasih kian sirna

A lhamdulillah..berakhir juga 1 Ramadhan 1430 H. Banyak juga sms ucapan ramadhan yang kuterima. Walau tidak berbalas semuanya. Kurakamkan ucapan terima kasih sebanyak-banyaknya. Ingatan tanda kasih ukhwah yang menjadi sinar penyeri alam kehidupan. Walau sinar itu kurang sedikit serinya. Ada seseorang yang ku nanti sms nya tapi tidak jua kunjung tiba. Pastinya kesibukan mengurus hari bersejarahnya menyebabkan insan jauh nun di bumi bawah bayu ini tidak termasuk dalam minda dan jiwanya. Aku pula kekal dengan sikap "ego" tidak mahu memulakan bicara. Biarlah..membaja rajuk yang tidak dimengerti pun oleh dia. Dalam masa yang sama mahu mengurangkan perasaan hati pada makhluk bergelar manusia. Belajar mengeraskan hati! Pagi ini memenuhi "on call" meeting program pertama Ramadhan. Sepetang di Kg. Pasir Putih. Anjuran Lujnah Kebajikan DMPKT dan Nisa' Kawasan Tawau. Seusai "meeting" bukan intipati "meeting" yang berbekas di minda dan jiwa, tetapi sikap

Cuti Rehat Khas

Hari ini sengaja mengambil cuti. Memang teringin benar untuk merehatkan diri di waktu sepatutnya perlu bekerja. Lama sudah merancang mahu cuti. Baru terkabul hari ini. Mahu melupakan seketika dunia SMKJPT. Menyiapkan urusan-urusan perjuangan yang tertunggak. Bangun subuh hari ini, peti mesej handset ada satu pesanan dari setiausaha kawasan. "Harap dapat update blog kawasan dengan kadar segera" Mesej ingatan ingatan pertama untuk bidang tugas ku dalam penerangan kawasan. "Tukang Update Blog". Itu label bidang kerja yang aku berikan untuk diri. Terasa tidak seronok sebenarnya apabila mendapat mesej ingatan seperti ini. Terzahir benar kecuaian melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Namun, apakan daya, minggu ini benar-benar berperang dengan masa. Hingga aku tidak sedar, hari ini sudah masuk hari Khamis. Macam baru sahaja rasanya munaqasyah di Sg. Imam. Mujur aku cuti hari ini. Selesai sahaja urusan-urusan dengan DIA, segera aku membuka laptop "pinjama

Hari yang memeritkan...

Image
"Cikgu kelas sekarang.." Terjah pertama dari Sufi..pelajar kelas 5G Terbantut seleraku yang tengah menjamu nasi lalap di kantin pagi-pagi ini.. Dup-dap jantungku..ish..macam mana aku boleh silap jadual ni..Memang selera sudah mati..namun meneruskan juga suapan-suapan terahir..tidak mahu kelihatan gabrah dihadapan rakan sekerja yang juga tengah sama menjamu selera. "Ada Cikgu Kasma [baca Amirah Izzati ] ? Terjah kedua dari Penolong Kanan Pentadbiran. Muka sudah kelat pucat..semua guru dikantin menumpukan pandangan pada Penolong Kanan. "Cikgu ada kelas kan sekarang? Tanyanya padaku dengan wajah yang cukup serius "Maaf cikgu, saya terlupa" Jawabku dengan nada getar. "Macam mana boleh silap? Dah lama guna jadual tu." Bahasnya lagi "Tak tahu lah cikgu..saya silap tengok." Hanya ini yang mampu kujawab. Tanpa banyak berkata, sempat lagi aku meneguk teh tarik dan menyuap beberapa suapan ayam lalap yang pertama kali ku cuba dikantin tahun ini. A

Mood yang Sihat

Letih..lenguh..lemah. 3L yang sesuai menafsir keadaan diri tika ini. Pasti 3L ini turut dirasai sahabat-sahabat yang lain. Bermula hari Jumaat lagi jadual padat terisi dengan pelbagai aktiviti. Samada semasa di sekolah hatta selepas sesi persekolahan. Bermula dengan Quranic Qroup (Jumaat), ceramah Umum Salahuddin Ayub (Sabtu) dan berakhir dengan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden (Ahad). Ini program-program perjuangan yang wajib dihadiri. Ditambah lagi pengurusan data SMM yang kalut minta dihantar dan juga kewajiban memenuhi keperluan mak dan adik-adik yang juga tidak boleh dicuaikan. Syukur kesihatan mengizinkan. Mampu terus memandu ST7909K yang tengah bersalut debu tebal.Tidak ada ruang dan kesempatan mencucinya minggu ini. Kalau ada sedikit masapun, kudrat tidak mampu digerakan melakukan kerja "berat" mencuci kereta itu. :-D [ ada siapa-siapa nak offer tolong cuci? ] Tetapi bila direnung kesibukan ini, masih terlalu jauh dari perngorbanan yang telah dan sedang dilakukan ol

Perginya Tak Kembali

Image
Pasti ramai yang sudah maklum akan berita "pergi tak kembalinya" seorang insan bernama Asri Bin Ibrahim. Lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Asri Rabbani. Tatkala mengetahui kehilangan beliau menerusi blog episodesebuahperjuangan yang menjadi tatapan wajibku setiap hari, bagai tidak percaya rasanya. Terngiang-ngiang ditelinga lagu-lagunya yang menjadi santapan halwa telinga samada dirumah, sekolah ataupun semasa memandu. Aku sudah biasa mendengar alunan merdu suaranya seawal usia 9 tahun lagi. Kakak yang belajar di tanah semenanjung tika itu, kerap membawa kaset-kaset nadamurni. Dari situlah aku mula meminati irama nasyid hingga ke hari ini. Lagu-lagu yang masih segar ke hari ini seperti sunnah orang berjuang, ulama pewaris nabi dan pelbagai lagi lagu-lagu perjuangan sememangnya mampu menyuntik motivasi diri. Pergi secara mengejut begini pasti perit dirasai terutamanya insan-insan yang dekat disisi beliau. Aku pernah merasakan pengalaman ini. Kehilangan insan bergelar bapa

Pengalaman Guru Terbaik

Image
"Terbakar kan Kg. Vietnam.." cerita adikku di meja makan sedang kami menjamu mangga cicah sambal kicap. A ku, emak dan adik bongsuku terkeju t mendengar khabar buruk itu. Dari sumber yang aku baca dalam blog matbulan , kejadiaan berlaku dalam pukul 10.30 pagi. Sepanjang disekola h tiada langsung berita ini kedengaran. Balik sekolah sepetang pula aku memersp di rumah kakakku menyiapkan promo-promo program minggu ini sambil tolong menjaga anak buahku. Me mang tidak melihat dunia luar lah aku seharian ini . Mendengar khabar mangsa kebakaran ini, memang kami sekeluarga agak sensitif jadinya. Kesan kami juga pernah mengalami kisah hitam dan perit tinggal sehelai sepinggan. Peristiwa Foker 15 masih segar diminda kami sekeluarga. Walau mungkin ramai warga Tawau sudah melupakan peristiwa yang belaku pada 15 September 1995 pukul 1.00 tengah hari itu. Keluarga memang teruji benar tika dan waktu itu. Aku yang berusia 12 tahun, dapat merasakan keperitan kedua orang tua dan juga kakak s

PROGRAM MINGGU INI!!

Image

Tuntutan waktu..

B ermula esok, dapat kubayangkan betapa kelam kabutnya aku dengan sistem maklumat murid (SMM) yang baru. Biasalah sistem baru pastinya banyak benda baru. Setakat nak "explore" sistem tiada masalah sangat. Masalah pastinya untuk mengisi data-datanya nanti. Hampir 600 pelajar perlu diselesaikan sebelum 15hb ini. AllahuAkbar..mahu juga tersembul biji mata menatap laptop tajaan KPM ni. :-) Kuranglah ruang dan masa "bermain-main" dengan internet..huhu Tidak mengapalah. Berehat seketika. Lagipun bermula bangun pagi hari ini, jiwa terasa tenang sedikit. Agaknya kesan telah berjaya mendapat beberapa jawapan pada persoalan yang tertangguh beberapa bulan lamanya. Syukur sangat atas petunjuk dan bimbinganNya. Moga aku nekad dengan pilihan ini. Usah lagi ragu dan mahu berpatah kembali. InsyaAllah.. Sering berpesan pada diri, usia sudah lanjut. Sudah cukup dewasa. Sudah-sudahlah bermain-main dengan dunia. Sudah tiba masanya bahkan agak terlewat sudah, perlu fokus 100% pada perju

Masih samar

Tidak berniat dan merancang pun untuk menulis malam ini. Lagipun malam sudah agak lewat. Penyakit sukar melelapkan mata menyerang lagi minggu ini...Tetapi tiba-tiba pula rasa mahu menukilkan sesuatu. Desakan hati dan "mood" yang datang.Layan lah kejap.. :-) Petang sabtu dalam sebulan dua kali, jadual terisi dengan usrah DMPKT. Alhamdulillah, masih mampu hadir walau acapkali lewat dalam sejam lebih. Usrah mula pukul dua, tuisyen habis pukul 3. Hendak berhenti tuisyen pun tidak boleh. Sudah mengikat kontrak hingga bulan 10. Selesai sahaja tuisyen, terus memecut laju ST7909K yang hanya berkuasa 1.0 cc itu. Syukur juga punya kereta kan. Ada yang hanya naik motor ataupun berkenderaan awam sahaja. Macam biasalah, bila sudah lambat, banyak yang tertinggal. Sempatlah slot hadith dan muasabah pimpinan. Masih berbekas diminda slot muhasabah pimpinan hari ini. Walaupun diri belum mengalaminya lagi. Isu rumahtangga dan status sebagai isteri. Aku yang bujang, tetapi yang paling senyum leb

Menanti akhirnya..

Image
senja melambai sepi membiar sunyi hati berteman jawapan tak pasti masih kabur dan sangsi pada sebuah janji mampukah menjadi satu realiti masih duduk mencengkam rasa bagai kaku dan terpaku hilang arah dan punca laluan mana harus ditempuh sukar meramal dan mentafsir memilih tingkah terbaik agar tidak berulang sesal membekas diminda berparut dijiwa harus bagaimana menoktahkan dua pilihan yang serupa dan seiras namun tidak mungkin bersatu Bila akan akhirnya Keliru pada satu keputusan hingga tidak perlu menoleh dan berpaling mampu terus dan meneruskan mencorak dan melakarkan kanvas hidup berteman keyakinan jalan dan laluan ini pasti dan pasti menuju DIA yang sejati lagi hakiki!

Terimalah aku seadanya..

Image
B ermanfaat benar cuti H1N1 ini. Banyak perkara boleh diselesaikan. Sememangnya berkira-kira mahu meminta cuti rehat 1-2 hari sebelum ini. Mahu fokus membantu pengurusan kedai "Dr. Call Communication. Kedai adik lelakiku. Tanda sokongan padu padanya yang mahu berjinak dengan dunia perniagaan. Bagus juga ada usahanya ini. Kalau setakat mengharap gaji "office boynya" itu, hasrat hatinya untuk segera berumah tangga pasti sukar dipenuhi. Semoga langkah beraninya ini diteruskan dengan kesungguhan. Permulaan pagi yang ceria ini dibuka dengan berdua-duan bersama bonda tercinta. Berkelapangan aku untuk membawa mak bersarapan roti canai di restoran yang digemarinya. Sempat lagi dia menyatakan hasratnya teringin makan laksa di "warung jawa". Jarang benar mak meluahkan permintaan sebegini. InsyaAllah...akan ku tunaikan sesegera mungkin. Apatah lagi mak jenis tidak suka makan diluar. Dia hanya akan makan roti canai dan kopi o panas di Restoran Keningau, laksa dan cendol di

Kita yang kini JAUH

Image
[KLIK SINI] untuk dengar lagu ini... Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih Doaku semoga dirimu bahagia Aku yang kini jauh Damba keampunanmu Khilaf antara kita Kan terlerai akhirnya Bersama ka sih kita dan cinta Moga berbahagia meniti harimu yang indah Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua Doaku semoga dirimu sejahtera [sekadar lagu...sekadar gambar..namun lebih bermakna andai dimengerti dengan setulus hati..moga bertemu sinar kasih suci]

Generasi Penerus Perjuangan : Satu pemerhatian

SABAH masih terlalu jauh daripada roh Islam dan pendaulatan amal islami. Ini realiti yang harus diterima oleh semua pejuang agama suci ini. Berwadahkan PAS sebagai wasilah perjuangan, generasi penerus perjuangan perlu menyedari bahawa kefahaman kepada politik islam hanya akan lahir setelah memahami dengan baik dan sempurna asas-asas Islam. Tiada "short-cut" ataupun jalan ringkas untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai kesyumulan Islam ini melainkan melalui gerak kerja dakwah yang tersusun, konsisten dan berhikmah. Para pejuang perlu hadam situasi masyarakat. Kenal mereka sedalamnya. Baru mudah mengatur kaedah dan pendekatan terbaik. Apatah lagi masyarakat Sabah, Tawau khususnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum. Adat dan budayanya berbeza antara satu sama lain. Namun, kondisi ini tidaklah menyukarkan sebenarnya. Berdasarkan statistik keahlian pendokong gerakan Islam di bumi Tawau ini, generasi pejuangnya terutama generasi mudanya 70% adalah darip

Bicara akhir malam

H ari sudah lewat malam. Hembusan angin malam sangat mendamaikan. Apatah lagi hujan baru selesai membasahi bumi. Memandangkan esok cuti beriku ruang berjaga sedikit lewat malam ini. Cuti yang tidak dinikmati oleh semua. Hanya untuk 9 sekolah menengah di daerah Tawau. Penangan H1N1. Baru juga sebenarnya 1/2 jam berada di rumah. Seharian hari ini memenuhi masa dengan urusan perjuangan. Alhamdulillah..ruang dan peluang masih menjadi milik diri dan masih dihargai oleh jasad dan hati. Diari hari ini diakhiri dengan sesi dialog Tn Guru Haji Hadi bersama barisan pendokong perjuangan di bumi peladang. Tidak mahu menghurai panjang perkongsian sesi lawatan ini. Sekadar mahu merakamkan: Kesusahan yang dilalui hari ini tidaklah sesusah penderitaan dan keperitan yang telah dilalui oleh Rasulullah, para nabi dan pejuang Islam sebelum ini Allah tidak akan bertanya mengapa masih tidak mencapai kemenangan..tetapi akan ditanya apa yang telah dilakukan untuk mencapai kejayaan... Cukuplah 2 frasa kata ini

Kasih tercipta

Image
"Awak dah ok? Ambillah masa..hibernasi.." "Usah berduka walau dilanda badai..teguhkan pendirian..hanya Allah menjadi penilai.." A ntara kata-kata yang kuterima melalui panggilan telefon dan juga sms tika jiwa gelisah dan berteman airmata. Terima kasih tidak terhingga buat 2 sahabat yang telah teruji dan terbukti ketulusan mereka sepanjang berada di layar persahabatan denganku. Melalui bicara YM juga ada 2 orang sahabat memberi kata perangsang dan memintaku tabah menghadapi ujian perasaan ini. Juga ucapan terima kasih tidak terhingga kurakamkan di ruang bicaraku ini. Inilah kehidupan. Tidak pernah statik coraknya. Tidak pernah tenang badainya. Bohong andai aku bisa berdiam saja tanpa sebarang kecewa dan gelisah atas apa yang telah berlaku. Apatah lagi hal dan keadaan ini melibatkan komitmen kepada perjuangan. Perjuangan yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Pasti tidurku tidak lena, makan ku kurang berselera memikirkannya. Namun, bak kata sahabat semuan