Posts

Showing posts from November, 2010

Dakwah : Bukan Jalan Mudah

Image
Salam Palestine Waktu istirehat dari memikirkan urusan-urusan disekolah sudah bemula. Kini aku serahkan anak-anak didikku pada rahmat dan kasih sayang Sang Pengatur Buana agar melimpahkan ihsanNya, memudahkan anak-anak didikku menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Ujian kecil dunia. Mudahan beroleh kejayaan yang menjadikan mereka lebih bersemangat memburu kejayaan yang hakiki iaitu bertemu Sang Pencipta dalam keadaan cemerlang. Benar-benar cuti kali ini. Tugasan berupah menjaga STPM pun aku tolak. Alasan mudah, mahu rehat. Baru hari pertama tidak perlu hadir bertugas ke sekolah, satu mesej ku terima dari murabbi mayaku : "Cikgu, cuti sekolah dakwah jangan cuti ya" Tersimpul senyum manis dihujung bibir. Bersemangat Subuh ku pagi itu. Sebaris ayat ringkas yang mampu menyentak lena yang mungkin panjang, sepanjang cuti sekolah ini. Berbicara soal dakwah, satu tuntutan yang tidak mudah. Namun tidaklah payah hingga mustahil dilaksanakan. Memerlukan syarat iaitu ikhlas yang tulin,

Ditinggal pergi

Image
Diterjah sepi bermula semalam.Sunyi dan kosong benar taman hati.Tiada bunga indah mekar mewangi.Bagai dihujani dedaunan luruh semata.November dan Disember acapkali diterjah rasa sebegini. Aku sememangnya sangat tidak gemar pada cuti panjang sebegini.... From Gambar Sendiri

Kata setulus jiwa

Image
Salam Palestine Mata tidak terlalu segar untuk setia di hadapan laptop pinjaman ini. Tapi naluri mendesak untuk menulis. Kalau tidak diturutkan, pasti saja lena ku susah mahu kunjung tiba. Memejam mata dengan minda yang sibuk beroperasi. Penyakit yang sangat ku deritai. Balik dari Mesyuarat LPP DMPKT, minda ku ligat memikir. Kesal dan sesal yang kerap hadir. Tidak dapat menahan sebak, betapa ummah ini masih sangat jauh daripada sinaran Islam. Terus dibelenggu kejahilan fikrah hingga terus membiar diri dipimpin oleh mereka-mereka yang hanya tahu menabur janji manis. Lebih menyayat hati, mereka tidak punya keazaman mahu membentuk rakyat berpandukan syariat yang benar. Walhal jelas, Islam itu cara hidup. Bagaimana mungkin itu terjadi, mereka sendiri sangat jauh darinya. Bahkan adakalanya mereka yang terlebih dahulu menolak Islam yang indah ini. Hingga berani pula secara terang-terangan mendidik rakyat dengan budaya-budaya hedonisme berlebihan. Tidak segan silu meraih simpati dengan rasuah

Nota Cinta Khas Buatmu

Image
Salam Palestine Entry ini khas buat anak-anak didik White Bridge yang sedang berperang dengan masa, menghitung hari untuk berjuang dalam medan akademik. Berbaki 21 hari sebelum SPM tiba. Waktu yang kalian nanti-nantikan selama 2 tahun ini. Mengguna pakai segala teori, formula, hafalan, dan fakta yang sedang kalian usaha dengan gigih untuk lekatkan di minda. Jauh di sudut hati, persediaan kalian menghadapi suatu ujian bernama SPM bukanlah sesuatu yang cikgu gusar-gusarkan sangat. Cikgu berkeyakinan, dengan usaha yang ada, berkat doa bersungguh dari keluarga tercinta dan restu para guru yang menghalalkan segala ilmu yang dicurah, kalian sudah punya segenap senjata untuk turun ke medan peperiksaan itu. Lebih merisaukan cikgu sebenarnya, keadaan kalian selepas bebas daripada gelaran pelajar. Tiada sudah pakaian dan lencana sekolah yang membataskan tingkah kalian. Kalian bakal bebas tanpa jeling pandang seorang guru serta didikan daripada disiplin dan peraturan sekolah. Pada tika dan waktu