Posts

Showing posts from November, 2015

Perjalanan Masih Jauh

Salam Palestine 2015 yang semakin berakhir. Entry terakhir rasanya pada 21 januari 2015. Bicara tentang permata hati. Sungguh semakin sunyi bicara sufi. Jauh di sudut hati, tidak mahu ianya terus berkubur tanpa nota-nota cinta dan madah hati. Biarlah terasa syok sendiri. Setahun yang sunyi, ada waktunya saya menjenguk sendiri ke sini. Membaca semula coretan hati yang pernah dinukil. Senyum, terharu dan sejuta syukur..semuanya bercampur baur. Apatah lagi saat diri mula hilang motivasi dan diterjah rasa sepi, nukilan lama menjadi inspirasi. Kembali mencorak diri, bangkit dari kelesuan dan segar mengorak langkah pada kehidupan yang mencabar. Hari ini sebenarnya, bersendirian di sekolah. Menjalankan tugas mengawas anak didik dengan kertas Matematik Tambahan mereka. Coretan hari ini khusus untuk mereka. Sudah lama saya berkira-kira mahu menukil sesuatu untuk mereka. Kelas 5 Sains yang mengimbau kenangan lama. Saat saya juga seperti mereka. Berbaju dan bertudung putih, berkain biru. S