Posts

Showing posts from March, 2010

Nota Pada Diri

Baru selesai menjamu keropok lekor [hadiah dari big bos dmpkt] beserta secawan teh o panas. Alhamdulillah..mengisi petang dan menutup siang yang sibuk hari ini. Tidak dinafikan minggu ini minggu yang mencabar fizikal dan mental. Kerja berantaian datang tanpa simpati pada diri. Lebih mencabar semua mahu segera dan sempurna. Bukan mudah! Sudah lama tidak di asak begini. Zaman di kampus dulu, keadaan begini sudah menjadi kebiasaan. Kalau tiada tugas dan kerja itu yang pelik. Masa harus dicabangkan kepada tiga yang utama. Akademik, perjuangan dan kolej. Harus semua kelihatan sempurna di mata mereka yang memerhati. Keluar alam kampus, di sambut alam kerjaya, keadaan sedikit berubah. Agaknya masih dalam fasa ta'ruf. Lagipun dengan imej "ustazah" yang dipamerkan, kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan di sekolah agak selektif. Satu rahmat dan terasa berkatnya memilih kekal dengan imej sebegini. Mudah-mudahan Allah terus memilih hingga hujung usia...Amin Ya Rabb. Ini belum lagi m

Demam AF lagi!

Image
K erja banyak namun rasa tidak tahu mahu buat kerja apa. Perkara biasa yang akan dihadapi tatkala kerja berlambak perlu diselesaikan. Sudahnya, mencari titik fokus agar kerja mampu diselesaikan satu persatu dengan baik, ku cari seketika "butang hijau" ku. Istilah yang ku pelajari daripada pakar motivasi tanah air, Dr Fadhilah Kamsah. Dan butang hijau ku malam ini adalah blogging..Apa "butang hijau" ni sebenarnya? Butang hijau ni adalah kita melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan motivasi diri kita. [ni tafsiran gaya bahasaku..kalau nak yang lebih tepat, tanya lah Dr Fadhilah Kamsah..hehe] Sebentar tadi, sempat menjenguk Diari AF, rancangan realiti no 1 Malaysia. Geleng kepala juga dengar makluman, hampir 10 000 rakyat Malaysia yang hadir untuk uji bakat. Betapa besarnya kesan hiburan kepada masyarakat. Namun, membazir masa sebentar tadi melihat telatah dan karenah pelajar-pelajar AF, menjawab persoalan dan kehairananku. Akademi Fantasia walau sudah sampai musim

Lara Jiwa

Image
Niatnya tidak mahu berteman bicara sufi malam ini. Namun desakan jiwa memadamkan hasrat siang tadi. Mungkin kesan emosi dukacita masih menyelubungi jiwa dan minda. Rentetan satu musibah yang menimpa keluargaku. Satu musibah yang cukup memberi tamparan hebat. Pastinya insan yang amat merasa peritnya adalah bonda. Melihat riak wajah sugulnya yang ada kalanya cuba diceriakan di hadapan anak-anak benar-benar menyesakan dadaku. Tatkala menerima perkhabaran perit itu, ku lihat semua ahli keluarga menitiskan airmata. Aku rasa aku dan 3 orang anak buah ku yang belum mengerti apap-apa sahaja tidak mengalirkan airmata. Bukan aku tidak punya perasaan, atau tidak tersentuh rasa, tapi, aku menggunakan rasional akalku dan mengumpul segenap kekuatan dari jiwa yang patah untuk menahan airmata itu dari terus tumpah. Aku tidak mahu terus hanyut dalam linangan airmata yang tidak mampu merubah apapun. Kisah semalam ini, meningatkan kembali memori 23 Mac 2008. Saat kami sekeluarga kehilangan insan yang ama

Jangan Ada Benci

M alam yang agak lapang. Malam-malam lain pun lapang juga sebenarnya, tetapi minda diberatkan dengan memikirkan tutorial di OUM. Hari ini, hari terakhir di OUM untuk semester Januari. Sesuatu yang cukup menenangkan. Tiada bebanan mental lagi. ;-) Ada beberapa agenda lagi menanti diselesaikan. InsyaAllah..bakal diharungi sedaya upaya dan sebaiknya. Lagipun kerja-kerja perjuangan ini bersifat jama'ie. Bebannya tidak terpikul sendiri, tetapi di rasai bersama. Cuma perlu bijak menjaga komunikasi agar tidak tersilap faham hingga mungkin akan mencacatkan amal jama'ie yang cuba dibina. Walau hakikatnya tidak mudah mahu sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Sekali sekala pasti diserang juga penyakit terasa hati hingga membawa kepada susah hati. Bohonglah andai ada yang mengatakan hatinya tidak pernah tersentap dek usikan nakal ataupun jelingan 'manja' sahabat-sahabat seperjuangan. Apa yang penting adalah kebijaksanaan mengurus konflik hati ini. Insan yang mengalami jangan terl

Bicara Air Mata

Sayu dan sendu meneman malam itu Tiada riak tawa menghias bibir mesra Duka tajam itu menghalau sirna ceria Semua tunduk dengan mata berkaca Sebak tidak mampu di tahan lagi Hancur luluh hati sang ibu masih sukar menerima takdir perit itu Apakan daya masa bukan milik manusia Bagai tidak mampu kaki berdiri Bagai lumpuh seluruh tubuh kosong sepi sendu dan sayu hanya itu yang hadir di hati [UJIAN pasti hadir..menimpa dia, kamu, mereka dan AKU... Jangan lari darinya, jangan berhenti menghadapinya Kembali kepada pencipta UJIAN. Mohon dan buat rayuan..UJIAN mampu dihadapi setabahnya dan paling utama UJIAN adalah laluan hampir dengan keampunanNya] Malam ini terasa benar rindukan kelibat insan bergelar bapa. Rindu pelukannya, bicaranya dan pimpinannya. Membantu menyisih duka perit ini. "Pak, maafkan anakmu ini, gagal menahan airmata mak dari tumpah membasahi bumi". Moga rohmu tetap tenang di sana...

You Get What You Give

Esok cuti persekolahan bermula. Tak sedar, sudah berada dalam Mac. Asyik tak sedar saja, bila nak sedar ni? Siang tadi berkesempatan bertemu beberapa bekas anak didik yang hadir untuk mengambil keputusan SPM. Pelbagai reaksi dapat ku tatap. Sedih, gembira dan tiada perasaan pun ada. Antara dialog kelakar : "Isk..tak puas hati lah keputusan ni cikgu" rungut seorang pelajar Macam mana tak kelakar, dialog ni dilontarkan oleh seorang pelajar yang kaki ponteng kelas, kerap tak siapkan kerja rumah, suka menyakitkan hati guru dan 1001 lagi sikap yang tidak menggambarkan langsung ciri-ciri pelajar cemerlang. Ternyata plajar tadi langsung tidak mengetahui hakkat dirinya. Samada memang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar. Realitinya, sikap inilah yang sering kita semadikan dalam kehidupan kita. Kehidupan yang menjadi pentas ujian. Keputusan hanya akan kita perolehi di akhirat nanti. Keputusan hanya ada dua. Syurga atau neraka. Tiada pilihan ketiga, keempat atau seterusnya. Kita seri

Bersedia atau tidak...bolos saja dinding itu!

Selesai menyemak Ujian Topikal Sains Tingkatan 5. Berkerut-kerut kening dan menggetap bibir berkali-kali jugalah sepanjang menyemak itu. Kecewa dan dukacita dengan pencapaian yang ditunjukan. Satu kesimpulan ku buat. "Budak-budak" ni tak ulangkaji. Apa tidaknya, soalan yang keluar adalah latihan yang baru diberikan kelmarin. Ikutkan amarah hati, mahu saja bagi "hadiah istimewa" dengan pelajar-pelajar tersayang ini. Mujur segera sedar, itu bukan langkah bijak dan terbaik. Kalau dengan mendenda mereka boleh menyelesaikan masalah, merubah sikap atau menjadikan mereka rajin, pasti kejadiaan ini tidak berlaku. Pasti tidak akan berulang. Bukan tidak pernah aku hadiahkan mereka "gula-gula panjang", menyuruh lari keliling makmal ataupun biarkan berdiri di luar kelas. Semua sudah pernah ku lakukan. Tetapi sikap masih sama, tingkah tidak berubah.Bukankah tidak bijak menggunakan pendekatan yang sama walhal sudah tahu hasilnya tidak berjaya. Kali ini, pendekatan lain

CIKGU = Celik Insan Kerana Guru Unggul

Image
Persekitaran yang baik tidak dinafikan memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Membentuk dan mencorak manusia, sekolah antara tempatnya. Maka sudah semestinya, sekolah wajib mempunyai persekitaran yang baik. Tidak ada ibu bapa di dunia ini, menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk menjadikan anak mereka manusia yang jahat. Impiannya pasti satu, mahu anaknya berjaya menjadi manusia. Walau ramai sebenarnya mahu anak mereka berjaya dalam akademik. Berjaya menjadi manusia pastinya tidak sekadar berjaya dalam bidang akademik. Tidak ramai yang meneliti perkara ini. Namun begitu, biasa juga kedengaran, anasir-anasir negatif di bawa ke rumah daripada sekolah. " Ibu, adik cakap "bodoh"..kakak mengadu pada ibunya. "Adik, di mana belajar cakap macam tu" soal ibu "Adik dengar kawan adik cakap di kelas tadi." jawab adik jujur Dialog yang biasa dirungutkan oleh teman sekerja tatkala mengulas karenah anak-anak. Justeru, perlu difahami, sekolah secara asasnya

Di Taman Teman

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Pasti kata-kata indah ini biasa kita baca atau terima daripada sahabat-sahabat kita. Kiasan sahabat dalam kehidupan. Sahabat ibarat sang mentari, pewangi nan mengharum, sumber motivasi bahkan teman menuju syurgaNya. Bukan kecil peranan seorang sahabat dalam kehidupan. Rasanya, [menggunakan perkataan "rasanya" sebab belum mengalaminya.. ;-) ] manusia yang sudah berteman hidup pun juga masih perlukan sahabat. Tidak kurang juga, ramai yang kelam dunianya, membusuk hatinya, hilang semangat hidupnya malah, bersama menempah tiket ke neraka kesan insan bernama sahabat. Sudah terlalu banyak bukti dan saksinya. Menerima padah dan bahana, kesan tersilap memilih sahabat. Fenomena yang sangat merungsingkan. Sahabat lebih dihormati berbanding ibu bapa sendiri. Sahabat lebih dipercayai berbanding g