Posts

Showing posts from February, 2010

Tidak Mahu REHAT!!!

M alam sudah lewat..patutnya sudah menunaikan hak mata. Tapi, memandangkan seharian tidak online dek menunaikan tanggungjawab sebagai adik pada kakak yang banyak berbudi. Seharian di Taman Daya Maju, membantu kakak sulung membuang habuk tebal rumahnya kesan "renovation" yang belum 100% selesai. Habuannya, makan malam bersama ikan-ikan [tak tahu nama] yang besar-besar dan pelbagai rasa di Restoran Sri Titingan. Memang kenyang dan mengenyangkan. Bersama dengan sup ketam jagung, udang dan sotong goreng tepung serta segelas kicai "peng". Tapi yang pastinya tanpa NASI PUTIH. [sudah 25 hari 'puasa' nasi = baru turun 1kilo..adakah kena puasa nasi 365 hari, baru mencapai berat yang "ideal"?] Sempat juga mencuri masa, keluar menjenguk Quranic Teen Circle kali ke2 untuk tahun ini. Di kawasan solat muslimat, Masjid Kauthar. Angin yang bertiup lembut namun adakalanya agak "ganas" memang menyegarkan. Tahniah buat Ustazah Mardiana dan adik-adik peng

Cetusan Rasa

"Mak..bugis ni banyak betul kan adatnya..terutamanya majlis kahwin ni." Luahku di meja makan petang kelmarin. Tiada jawapanku terima..sekadar respon "muka" yang berkerut dan agak "masam". Aku telah memulakan topik "berat" dan sangat menyentuh sensitiviti mak ku. Namun, harus juga aku meneruskan topik ini. Sekirang-kurangnya, inilah usaha dakwah ku memberi kefahaman buat mak yang masih "tebal" dengan debu-debu 'kejahilan" adat yang "ntahapapa" pun. "Tengok tadi..adat tu "makan diri tuannya" juga. Tak pasal-pasal pihak pengantin perempuan tidak puas hati dengan kita [pengantin lelaki] sebab tertinggal "sompah" [beras dan beberapa campuran lain di letakkan dalam bekas. Duit hantaran yang telah di kira akan di masukkan dan digaulkan dengan beras ini]..aku meneruskan "bebelanku" "Itu memanglah.."sompah"tu ndak boleh ndak ada". Mak mula bersuara. "Kenapa pula mesti

Mengurus Masa = Mengurus Nyawa

Cuti rehat sempena CNY seminggu ini berusaha dimanfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah..banyak perkara juga selesai. Antaranya, mesyuarat-mesyuarat urusan perjuangan dapat dijalankan dengan selesa. Bukan selalu peluang cuti ini hadir. Walau peribadinya, aku mengharapkan pengisian lebih banyak lagi. Akur, bukan semua punya kelapangan masa seperti diri. Orang lain punya komitmen yang pelbagai. Ada yang sudah mula bekerja, ada yang punya suami dan anak-anak yang juga menuntut waktu dan komitmen yang tinggi. Jarang yang bujang dan "bebas" seperti aku. Jarang sangat... :-) Menyedari hakikat, masa perlu dihargai sebaiknya, hobi perlu dinilai semula. Sebelum ini, "on" sahaja komputer, "facebook" menjadi pilihan pertama. Walhal bukan ada benda sangat yang perlu dan utama di situ. Sekadar "ralit" membaca komen demi komen. Menjelajah profile demi profile. Bukan salah, cuma jangan terlalu dibaja. Manfaatnya tidak seberapa. Lebih terkesan tatkala membaca tulisa

Belajarlah dari mereka..

Image
" Mak Anjang nak balik dah ka? Kalau nak balik, ikut saya sajalah. Saya lalu juga rumah Mak Anjang. Sekali saya ambil bekas air dan periuk saya." Ajakku pada Mak Anjang seusai selesai mesyuarat tengah hari kelmarin. Ajakan dengan dua niat. Menumpangkannya sambil "cover" malu sebab dah lama membiarkan periuk dan bekas air dirumahnya. "Periuk dan bekas air tu Mak Anjang dah jual dah. Tak ada orang nak ambil." Balasnya dengan sindiran mesra. Aku hanya mampu tersengih-sengih. Akur atas kesalahan dan kesilapan diri. "Amirah nak balik sekarang kah? Kalu nak balik, Mak Anjang zohor di rumah lah." Tanya Mak Anjang mematikan sengihanku. "Aah..balik sekarang lah. Saya turun dulu ambil kereta, Mak Anjang tunggu kat bawah ya". Jawabku sambil mengemas buku dan mengeluarkan kunci kereta. Mak Anjang, seorang suri rumah yang aku kagumi. Mengenalinya seawal usia 14 tahun lagi. Masih segar di memori, saat aku dan seorang sahabat pergi ke rumahnya untuk m

Tiga Duri Hati [part 1]

Mata masih terlalu berat untuk terbuka luas. Namun, tidak punya ruang untuk di manjakan. Mulai hari ini, aku harus bergerak keluar ke sekolah sebelum pukul 6.00 pagi. Lewat beberapa minit, tersadailah aku dalam kesesakan lalulintas yang sangat tidak ku gemari. "Awal sampai..azam baru ka?" Tegur seorang rakan sekerja. "Sekarang duduk rumah mak, kena gerak awal..jauh kan." Jawabku ringkas dengan senyuman. Senyuman satu-satunya aset yang kumiliki. Kalau tidak senyum, pasti ditegur. "Seriusnya" "Ada masalah kah" "Banyak kerja" Antara pertanyaan yang terpaksa dilayan tatkala tiada senyuman mengukir mesra. Muka automatik jadi serius tanpa senyuman. Mahu tidak mahu, harus sentiasa senyum. Mujurlah senyuman itu satu sedekah. :-) Memulakan tugas di hari baru, bulan baru dan tahun baru. Pasti dibekali semangat untuk bekerja dengan azam baru yang juga padu. Azamnya tidak lain, mahu menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. "Assal

Lagi 30 tahun...

"Siapa yang tidak siapkan nota, berdiri..yang sudah hantar boleh duduk" Kataku tegas walau nadanya masih perlahan. Maklum masih pagi benar lagi, belum pukul 7.00 am pun. Kelihatan 3 orang pelajar lelaki masih berdiri sambil kepala tunduk merenung meja. Kelihatan muka yang pucat dan tidak tentu arah. Dengan muka yang cukup serius aku melangkah menghampiri mereka satu persatu. "Kenapa tidak siap ?" Soal ku ringkas dengan nada yang tegas. "Tak sempat cikgu" "Baru setengah cikgu" "Buku saya hilang cikgu" Koleksi jawapan yang dijadikan alasan. Pagiku sudah mula panas. Masa yang cukup panjang ku beri tidak dimanfaatkan sebaiknya. Tanpa membuang masa semuanya ku berikan "hadiah istimewa". Koleksi denda yang membuatkan mereka tidak berhenti mengusap peluh. Biar segar sedikit pagi mereka hari ini. Dalam perjalanan pulang ke bilik guru, seusai lelah dan kekeringan tekak mengajar tanpa henti 2 jam 20 mi nit, terfikir, ada lagi 30 tahun

Berjalanlah tanpa henti

K urang benar terisi bicara sufi akhir-akhir ini. Ingatkan sekadar Januari kesepiannya, berlanjutan juga hingga ke Februari. Ternyata kelembapan internet selama beberapa hari dan tugasan data SMM yang tidak berkesudahan menghalang dari terus aktif menulis. Selepas ini, harapnya setelah SMM tidak lagi minta perhatian, aku harus pula beralih ke SSDP [data lagi..tapi kerja data yang tak bergaji di dunia]. Kebetulan pula bidang tugas di sekolah lebih kurang dengan amanah perjuangan. Agaknya, kesan keakraban ku dengan laptop menjadikan aku dirasakan sesuai dengan amanah sebegini. Apapun, ianya sesuai dengan jiwa. Memang mahu beralih, dari "menonjol" di hadapan dengan harus petah berkata-kata, kepada lebih "pendiam" namun masih bekerja. Harapnya berjalan seperti yang diharapkan. :-) Hujung minggu ini ternyata agak padat namun penuh dengan kepuasan. Seminggu lepas fikiran tidak tenang dan perasaan kurang senang. Asyik memikirkan tentang aktiviti ko-kurikulum yang harus dik