Posts

Showing posts from May, 2013

Duka tidak pernah lama

Salam Palestine Hanya punya beberapa minit menyudahkan tulisan ini. Senggang masa menanti Isyak. Sambil tangan sesekali menghayun buai sang puteri yang sudah layu matanya. Terpanggil menulis. Bersama sarat perasaan mendengar beberapa kisah dukacita yang berlaku di sekeliling. Rutin yang pastinya akan hadir dan menjengah catatan perjalanan kehidupan. Lumrahnya memang begitu. Hidup tidak sekadar datar bagai padang pasir yang tandus.  Saya juga disebalik kegembiraan, keriangan dan kebahagian dianugerahkan cahaya mata penyeri hati, hadir bersama kesedihan, kedukaan dan kegusaran. Saya ingat lagi betapa sayu hati saya saat anak dilanda demam selesma saat hanya berusia dua minggu di samping jaundice yang berpanjangan selama sebulan. Tanpa pengalaman menjadi ibu, sangat sukar untuk saya menguntum senyum ketika itu. Itu baru ujian kesihatan yang saya kira sangat kecil berbanding orang lain yang lagi hebat ujiannya. Terbayang saya, apalah rasa hati ibu-ibu yang sedang menjaga permata h

111 Bergelar Ummi

Salam Palestine Tiga bulan sepi tanpa bicara. Hingga saya sendiri merasa, berakhir sudahkah bicara sufi. Sungguh, tidak pernah hilang rasa rindu bermadah di sini. Tempat berkongsi rasa dengan sesiapa yang singgah membaca. Entah..menulis memberikan satu kepuasan. Saat sepi, terasa berteman. Tika pilu, bagai ada yang memujuk. Tatkala berbahagia, terasa semua turut merasa. Itulah yang sering saya khabarkan..menulis ini terapi jiwa. Mungkin saja kesan sikap diri yang sukar berbicara lisan dari hati ke hati. Cuma sekarang ini sahaja, semenjak bergelar isteri, sudah mula pandai berkongsi cerita hati. Agaknya, kerana itulah bicara sufi sering tertinggal sepi. Hari ini, genap 111 hari saya bergelar ibu. Bagai baru semalaman saya mendengar lafaz aku terima nikahnya dari sang suami yang tercinta. Juga masih segar di ingatan, di suatu petang Jumaat saya terasa teringin benar membuat ujian kehamilan yang membawa khabar positif. Sejak hari itu, saya mengharungi ujian yang kebiasaan terpaks