Posts

Showing posts from May, 2012

Catatan Ulang Tahun

Salam Palestine Kerinduan sebenarnya mahu mencatat di sini. Apakan daya, sekali lagi laptop pinjaman masuk "ICU". Suami juga sudah beberapa kali bertanya, bila mahu keluar entry baru. Rupanya dia pembaca senyap bicara sufi. Terharu juga tulisan-tulisan di beri respon positif. Apatah lagi saat dia menyedari ada beberapa tulisan memang dikhususkan untuknya. Kelmarin ulang tahun saya yang ke 29 tahun. Terasa jauh benar angka ini. Ramai yang menghantar ucapan, berkongsi gembira kerana tahun ini saya menyambutnya dengan status puan. Namun jujurnya, sambutan tahun inilah paling biasa-biasa. Saya hanya bersua suami setengah hari sahaja. Itupun saya hanya menjadi peneman suami yang khusyuk dengan buku dan laptopnya. Kebetulan, dia sedang berperang dengan persiapan akhir untuk peperiksaan semesternya. Pertemuan kami diakhiri dengan makan tengah hari bersama. Bukan pun di tempat istimewa. Sebuah warung kecil hampir 40km jauh dari bandar Tawau. Usai mengucup tangannya, saya melambai say

Bicara Pengantin

Salam Palestine Alhamdulillah..sejuta kesyukuran dipanjatkan. Punya ruang dan kesempatan malam ini. Membuat sedikit catatan pasca majlis bertukar status. Mengisi kotak memori kehidupan. Berakhir juga majlis yang dinanti penuh debar. Terutama saat ijab dan kabul. Degup jantung sukar disembunyi getarnya. Walau diselindung dengan senyuman, masih terpamer riak di wajah, ada resah tersembunyi di kamar hati. Dengan sekali lafaz, seperkiraanku tidak sampai seminit, akhirnya sah bergelar isteri. Subhanallah..ada perasaan yang sukar dimengerti saat pertama kali tangan sang suami dikucup. Sukar ditafsir... Perkahwinan ini baru mahu genap seminggu esok. Apa yang mampu disimpulkan, indahnya Syariatullah. Berulang kali kami, suami isteri melafaz tahmid penuh syukur. Disatukan dalam ikatan pernikahan. Menamatkan penantian hampir 2 tahun. Isi cerita kami lebih kepada muhasabah sepanjang perkenalan. 2 tahun yang penuh ujian. Terutama hati dan perasaan. Kesetiaan dan kejujuran. Melakar perhubungan yang