Posts

Showing posts from April, 2010

Wahai orang MUDA

Image
Salam Perjuangan.. Dua hari lepas berkesempatan bersembang dengan seorang sahabat yang baru pulang dari musafirnya yang jauh. Gembira dan sedikit "cemburu" mendengar ulasannya. Cemburu yang dibekali azam, InsyaAllah..mahu menurut jejak nya suatu hari nanti. Perbincangan tidak lama. Namun, impaknya besar. Masih ku rekod kemas diminda butir katanya yang dia kongsi denganku hasil pengalamannya bermusafir bersama Ketua DMPP. [jeles lagi dibuatnya..rezekinya kan..]. Dia menyatakan bahawa, usia muda ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Harus melakukan banyak perkara di kala usia sebegini. Setuju benar, tatkala kudrat masih mengizinkan, masa juga belum terlalu banyak tuntutannya, maka sewajarnya ruang ini diberikan lebih sedikit pada sesuatu yang bermakna. Bukan sahaja buat diri sendiri tetapi juga untuk ummah dan perjuangan. Tetapi adakalanya, usia masih muda, namun jiwa sudah semakin tidak segar untuk terus lincah di medan perjuangan. Halangannya bukan usia, tetapi perubahan diri. Ka

Tidak penting!

Menulis seketika walau agak tergesa-gesa...CPU masuk wad lagi..huhu..kerapnya bermasalah..sepi malamku dibuatnya. Iyalah kan..biasanya malam lah online sehabisnya. Siangkan sekolah..kat sekolah tak boleh nak sesuka hati..nanti kena 'penalti'..hehe Terpaksalah bercuti seketika bicara sufi..bersikap positif..manfaatkan ruang, menghadam solusi yang rajin dibeli tetapi lambat di baca... [nampaknya tuan laptop pinjaman ini sudah menuntut laptopnya..huhu]

Izinkan aku terus menulis

Hampir sejam saya membiarkan "page" ini terbuka tanpa terisi sepatah kata pun. Saya punya rasa untuk menulis, keinginan yang saya tahan-tahan dari siang hari lagi. Tetapi apabila punya kesempatan, tiba-tiba saya jadi kaku. Minda saya sedikit beku untuk mengeluarkan idea-idea yang boleh saya kongsikan pada entry kali ini. Sudahnya, saya membiarkan masa berlalu dengan bersembang bersama seorang adik di YM dan seorang kenalan di FB. Saya sedikit berat untuk menulis, sejak pulang dari Hotel De Choice tempoh hari. Seorang sahabat berkata kepada saya : "Bagus ko tutup jak blog mu..itu lebih kepada blog peribadi bah tu" Ayat ini terpacul keluar tatkala perwakilan membahaskan tentang lujnah IT. Dengan pendengaran yang terbatas, saya dan sahabat itu, terdengar nama Amirah Izzati dan Bicara Sufi disebut. Tapi tidak jelas akan intipati penjelasan Ketua Lujnah Penerangan kawasan hingga menyebabkan nama saya terkeluar. Cuma saya menyimpulkan, bos saya memaklumkan kepada hadirin,

Sedar Diri

Bismillah Wal Hamdulillah Syukur kepadaNya.. terpilih untuk hadir ke muhasabah perjuangan di Hotel De' Choice hari ini. Walau sekadar sebagai pemerhati! Acara tahunan itu berlangsung secara "sederhana". Tiada isu-isu yang hangat luar dari kebiasaan menjadi perbahasan. Situasi yang aku senangi kerana bagiku, apa guna panas berapi di medan perbahasan, tetapi sejuk beku dalam gerak kerja perjuangan. Suasana perbahasan yang berada dalam kawalan, aku kira juga atas kematangan perwakilan dalam berhujah. Semakin bijak mengutarakan respond dan pandangan. Tidak membuang masa dengan mukaddimah yang berjela-jela. Terus langsung kepada isi dan fakta. Para pimpinan pula, sememangnya bijak memberi jawapan kepada persoalan yang diajukan. Tidak sekadar mempertahankan diri, tetapi meminta ahli turut serta merenung diri. Benarlah tindakan itu. Perjuangan ini milik semua. Baik pimpinan, mahupun ahli. Pimpinan menunjuk jalan dan membuka ruang. Ahli mengikut arahan namun masih terbuka memberi

Jangan dengar cakap orang..

Image
M asih berada di sekolah lagi saat menulis entry ini. Dengan perut yang berdondang sayang minta diisi, berteman kesejukan penghawa dingin bilik guru serta hujan yang renyai-renyai diluar sana, aku harus melebihkan waktu untuk setia seketika disekolah. Ada beberapa urusan kerja wajib diselesaikan segera. Kerja sudah beres sebenarnya, tetapi harus menjadi supir kekandaku. Sementara menanti dia sampai dari bandar Semporna, mengambil ruang yang ada untuk menulis sesuatu. :-) Bertugas di sebuah sekolah yang sangat indah pemandangannya, tenang persekitarannya satu bonus rasanya. Sesiapa sahaja bertandang ke "white bridge" pasti terpesona dengan landskapnya. Walau terdengar juga rungutan setiap hari Rabu [selepas perhimpunan rasmi sekolah] tatkala terpaksa memanjat lebih daripada 80 anak tangga. Tetapi, rungutan itu tidak lama. Melihat kembali kehijauan yang mendamaikan, hilang lelah yang singgah. [tangga yang yang harus "didaki"] Namun, keindahan, ketenangan dan kedamaian

Penjara Dunia

menyusur lembah nan hijau membelah laut membiru langkah terus tanpa undur walau ada tikanya jatuh tersungkur saat dan detik tak pernah henti memaksa untuk terus pergi walau ada kalanya hati pedih tidak mahu terus bertatih ruang langsung tiada peluang tidak mahu terbuka hanya ada kata kata paksa mengarah agar terus mengalah pada ketentuan yang sudah tercipta sesak lemas membalut rasa inilah sebuah ceritera dunia nikmatnya ada tapi sementara bahagianya ada tapi memperdaya hingga kerap menipu jiwa kabur membeza dosa pahala benarlah kata nan bijaksana dunia penjara mukmin bertaqwa jangan terpesona pada tenang, damai dan gahnya takut terpaut pada khayalan semata pandangnya sekadar sebelah mata jangan terpaut pada pesonanya. Dunia dan segala isinya.. sekadar sementara cuma. [izinkan ku berpuisi..melontar rasa sesaknya jiwa..melalui dunia yang mempesona..risau khuatir terkhayal seketika..hingga lupa pada syurgawi..yang hakiki dan pasti..] [Ya Allah..PENJARAKAN AKU DI PENJARA DUNIA..AGAR AKU B

Sekadar Teori?

Rasanya bukan waktu yang tepat untuk menulis jika difikirkan soal keutamaan masa. Apa tidaknya, ada beberapa perkara yang lebih utama harus disegerakan. Antaranya, menyudahkan soalan peperiksaan semester pertama subjek Kimia dan Tasawwur Islam tingkatan 4. Juga, sekali lagi amanah menyediakan buku aturcara Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SMKJP 17hb ini. Janganlah kerja ini tetap dan berpencen pula. Memanglah minat dengan "publisher" tapi mahu juga rasa berada di posisi berbeza. ^_^ Terdetik untuk menulis apabila teringat kembali insiden tengah hari tadi. Sedang aku bersiap-siap mahu pulang.. "Ada usrah kah petang ni?" Tanya seorang ustaz di sekolahku "Aaa...aa..sepatutnya ada Ustaz. Sebab sudah ada jadual tu." Aku menjawab gagap. Macam mana tak gagap, orang yang sepatutnya bagi usrah, lebih awal "cabut" daripada aku. Malas hendak bertanya lanjut pada dia, dengan alasan bersangka baik. Agaknya, dia tak balik rumah terus, keluar kejap sahaja kot. S

Kejora Sinar Zaman

Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka Desir berita hadir…kala berserinya pagi Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata Tuhan yang Maha Tahu Apa ketentuan takdir Kita hanyalah hamba Berserah kepada Dia Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani Merdu mengalun rima… bermadah dari hati Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya Menyerap dijika…tenggelam di alam rasa Sukar di cari ganti Mekar kasihmu ria Segar menghibur hati Tak mungkin dilupakan Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah Damailah…bahagialah…bersama kasihnya [lirik yang cukup puitis dan menyentuh jiwa..apatah lagi menghayatinya bersama alunan gemersik suara syahdu Zulkifli Rabbani..lagu yang didedikasi buat Allahyarham Ust Asri] [terfikir diri..andainya dijemput pulan

Tiada upaya

Image
Berteman Nota Cinta, album baru Saujana. Minat pada muzik masih mendalam. Sukar membuang minat yang satu ini. Dialog "kalau tak terlibat dengan jemaah ni, kali Amirah ni dah jadi penyanyi" pernah juga dilontarkan buat diri. Kelakar rasanya. Cuti tiga hari, tidak sangka aku lebih banyak berteman katil. Menahan perit sakit sendi, tulang belakang dan pening yang luar daripada kebiasaan. Hingga mahu mengendalikan ST 7909 K pun tidak larat. Pernah ku cuba melawan perit kesakitan ini, ternyata tersiksa benar sepanjang berada di kereta. Mejur selamat pergi ke destinasi dan kembali ke rumah. "Kak mirah penat betul bah ni..24 jam depan komputer" tegur adik bongsuku tatkala melihat aku hanya mampu terbaring menahan sakit. Aku juga rasakan itu punca kesihatan ku tidak berada pada tahap memuaskan. Kerja yang melebihi masa minggu lepas benar-benar menuntut waktu rehatku. Akhirnya aku tewas juga. Kemuncaknya, aku sendiri gagal hadir ke Muktamar DMPKT. Takdir dan perancanganNya me